Quran jadi teman karib 3 alam
- dunia, kubur dan akhirat -
Hebatnya Al-Quran, dengan mendampinginya kita akan dapat tempias mukjizat Nabi SAW. Tetapi sayang, ramai yang memandang remeh sahaja nikmat Al-Quran yang besar di hadapan mata. Sehinggakan Allah berfirman, “Mengapakah kamu menganggap remeh sahaja Al-Quran ini?”(Al-Waqiah:81)
Bagaimana seharusnya kita memndang Al-Quran? Ramai di kalangan umat Islam sendiri tidak kenal ; apa itu Al-Quran sebenarnya dan hubung-kait dengan keselamatan dan kebahagiaan hidup mereka?
Kita mesti pandang Al-Quran sbg satu benda yang penting.Umpama kita hendak keluar rumah kita mesti cari kasut . Tak ada kasut kita rasa tak boleh berjalan. Sama macam pakai baju dan seluar, kalau tidak ada pakaian itu kita rasa hidup kita tak sempurna ,seperti ada yang tak kena. Jadi Al-Quran kalau sehari tidak dibaca kita akan rasa resah gelisah,serba tak kena rasa hidup tak sempurna.
Tapi manusia hari ini menganggap kasut,baju dan seluar lebih penting dari al-Quran .Kalau tak ada kasut baru rasa gelisah, tapi kalau x baca al-Quran x rasa apa2. Malah diri terasa cukup hebat dan bergaya apabila membeli barangan tersebut dengan jenama yang mahal.Masyarakat seperti ini sebenarnya menuju kepada kehancuran. Hati menjadi keras dan jauh dari Allah. Sahabat2 Rasulullah menjaga a-Quran bagai menatang minyak yang penuh. Kalau x dpt pegang dgn tgn sanggup gigit dgn gigi, tak sanggup lpskan krn bg mereka Quran lambang kekuatan , lambang dkt dgn Allah dan Rasul.Meninggalkannya bagaikan mengecilkan hati Rasulullah . Para sahabat cukup berhati-hati tidak berani melawan arus dengan apa yang diarahkan oleh al-Quran.
Sebaliknya hari ini ramai org sombong apabila rasa diri telah hebat dgn setiap usaha dan kudrat sendiri.Tak rasa usaha itu bersumberkan dari Al-Quran sebenarnya.Ada yang kaya tapi x pernah tenang. Harta itu Allah berikan dalam bentuk istidraj – penghinaan.Ramai yang tidak sedar apabia mereka telah lupakan Al-Quran, itu petanda Allah menghina mereka. Kita tak nampak cara Allah hina ramai yg x perasan.Contohnya apabila anak yang bermasalah dihantar kaunseling sana sini,tp x juga berubah,anak semakin melawan , cakap kasar , ini satu penghinaan dari Allah. Sebabnya apabila seisi rumah sudah lupa Quran,Quran akan tinggalkan kita . Sehari kita tinggalkan Quran 10 hari Quran tinggalkan kita.Bayangkan bertahun-tahun kalau kita tinggalkan Quran ,Quran tak akan kenal kita . Masa sudah nazak baru kita hendak cari Quran.Sudah terlalu lambat , kenalan kita itu sudah jauh tinggalkan kita macammana dia hendak tolong kita masa kita hendak mati ? Kalau ada anak yang amalkan Quran dia saja yang boleh bantu kita..
Apa yg perlu dilakukan untuk dpt merasakan diri amat perlu kepada Al-Quran?
Antara usaha yg perlu kita buat:
- Kalau x pandai baca Quran sekalipun , pandanglah Quran,peganglah Quran,ciumlah Quran dari hati sepuas-puasnya. Kalau tak pandai baca pun , sebutla alif,alif atau a..a…Dengar org baca Quran sama pahalanya dgn org yg membaca - spt kita mendengar imam membaca Quran dlm solat , kita sbg makmum diam. Allah hendak beritahu betapa mulianya mendengar Quran dalam solat.
- Letak Quran ditempat yg mudah dicapai jgn letak dlm almari berkunci.Quran kalau boleh letak diatas meja supaya senang dicapai.Macam kita letak kasut dirak senang diambil. Kalau boleh semua tempat ada Al-Quran di dapur,ruang tamu, bilik tidur, laman santai, dalam kereta pun kita letak Quran kecil supaya senang dibaca. Bacalah sampai lunyai, kena minyak pun x mengapa sbb ia akan menjadi saksi di akhirat. Apabila Quran senang dibaca dimana-mana, barulah kita boleh mengaku Quran sbg teman. Macam askar mujahidin di Afganistan , Al-Quran sentiasa ada dalam kocek baju untuk dibaca ketika lapang sbb itu musuh ssh tawan mereka. Hati mereka kukuh dgn Allah.Kalau letak dalam almari yg buka sethn sekali, itupn terbaca sbb ada Ramadhan ia disebut kenalan sbb jarang berjumpa.
- Mesti biasakan ahli keluarga membaca Al-Quran sejak kecil lagi.
- Budaya membaca Quran setiap hari . Misalnya jadi amalan sekeluarga membaca Quran slps Maghrib . Org kampong pd zaman dahulu waktu mlm disetiap rumah terdengar org mengaji al-Quran. Anjung rumah penuh dengan ahli keluarga mengaji .Orang sekarang anjung rumah penuh juga org tapi lebih masa menonton TV dari membaca Quran.Kalau ada siaran tentang Quran x ramai yg mahu menghayati.bergaduh sesame sendiri nk tgk rancangan yg lebih menarik nafsu.Sedangkan Allah memberitahu bahawa dengan melihat dan mendengar org membaca Al-Quran juga kita mendapat pahala dan dinaungi malaikat.
- Bagi yang boleh membaca Al-Quran dgn baik bacalah 100 ayat sehari. Nabi SAW menyebut didalam hadis “Sesiapa yg boleh baca Quran dgn sempurna tetapi dia tidak membaca 100 ayat satu hari, Quran akan melaknatnya”. Walaupun begitu,dalam keadaan usul fiqh jika tak boleh buat semua jgn tinggal semua.
Baca Quran ini suatu perkara yg sgt penting, x boleh bc 100 ayat, bc 10 ayat sehari. Kita kena minta ampun sungguh2 pada Allah kalau kalau tak boleh hendak baca, “Ya Allah,aku x dpt baca 100 ayat hr ni aku sibuk ya Allah.Ampunkan aku ya Allah dari dilaknat”.Kita mengadu betul2 pada Allah atas kelemahan diri.Alah maha mengetahui, Allah nampak kesibukan kita itu.Jujur dgn Allah.Jgn tak buat langsung kalau kita hendak a-Quran betul2 jadi kawan dan teman karib kita.
Ustaz apa tempias Al-Quran yg kita boleh dapat?
Kehebatan Al-Quran ialah Allah menjaganya mmg kita boleh mendapat keberkatan mukjizat al-Quran ini.Allah memang hendak beri kemuliaan mukjizat ini pada sesiapa jua ,sbb Quran ini hadiah Allah khusus untuk Nabi Muhammad saw Nabi yang paling dikasihiNya. Nabi wariskan al-Quran kepada kita.Harta kekal sehingga kiamat.Jadi umat Nabi saw juga Allah sangat kasih sbb itu Allah mahu Quran ini dijadikan teman karib. Baca fahami dan kajilah kebesarannya . Hanya orang yg telah bersahabat karib dgnnya sahaja akan dpt merasai nikmat kehebatannya .
Allah SWT menjaga al-Quran. Ada para malaikat Allah perintahkan menjaga setiap huruf dalam al-Quran.Sebab itu al-Quran tak boleh diubah sesuka hati , hatta ditukar setiap huruf atau barisnya sekalipun , rak boleh dikhianati , tidak boleh dijangkiti virus kerana ia mukjizat yg sgt hebat untk umat Nabi Muhamad saw.Hadiah istimewa khusus dr Allah utk umat akhir zaman.
Kenapa kitab Taurat,Zabur dan Injil pada hari ini boleh dipinda oleh manusia sesuka hati?
Allah sudah tidak jaga lagi kitab2 itu selepas adanya Al-Quran. Kandungan dari ketiga-tiga kitab itu yg bersesuaian dgn umat akhir zaman teah Alah pindahkan ke dalan A-Quran.Mana yang x bersesuaian dgn umat Nabi Muhammad saw Allah tinggalkan dalam kitab2 tersebut .Jadi Allah sudah tidak jaga 3 kitab itu.Alah hanya jaga A-Quran,mukjizat yg paling hebat khusus untuk kekasihNya, Nabi Muhammad saw dan umat baginda. Firman Allah: “Sesungguhnya kamilah yg menurunkan Al-Quran dan kamilah yg memeliharanya”.(Al-Hijr:9)
Umpama org yg hendak berpindah rumah ,pasti ada barang2 penting yang bersesuaian yg akan dibawa pindah bersama.Selebihnya akan ditinggalkan terpulanglah kepada sesiapa yg hendak mengambil,membuang atau mengubah suainya.Begitulah keadaannya kepada tiga kitab tersebut.Apabila zaman kenabiannya berlalu maka tuntutan syariat terhadap kandungan kitab itu juga sudah lupus. Hanya Al-Quran sahaja yg tidak akan lupus dan musnah , mukjizat besar ini akan kekal ke hari kiamat.Org kafir tidak boleh pegang Al-Quran kalau x msk Islam.Selalunya apabila musuh hendak memusnahkan Quran mereka akan mengkaji kandungan Al-Quran . Mereka bukan menjumpai keburukan sebaliknya menemukan hikmah dan kebesaran ayat yang berkait dengan kehidupan dgn zaman ini.Akhirnya, ramai yg msk Islam .Inilah .. mukjizat.. dari Allah..
**************************************************
Jadi sbg umat Islam , umat Nabi SAW kita sebenarnya sgt bertuah kerana bahan bacaan yang kita baca itu adalah terus dari Allah.
Hebatnya Al-Quran apabila dipegang dan dibaca kita dapat trs berckp dgn Raja segala Raja dengan tiada perantara. Tiada perlu protocol . Padahal dialah yg Maha Agung. Hebatnya Allah , dia tidak menyusahkan kita untuk bercakap denganNya malah dipanggil sangat dekat denganNya malah dipanggil sgt dekat denganNya untuk diberikan rahsia2 kebesaranNya didalam al-Quran. Kita tanya diri,apakah ada manusia didunia ini sanggup berkorban dan memberi segala-gala miliknya kepada orang lain?Pastinya tidak kerana manusia sifatnya sangat2 terbatas..Hanya Allah memiliki segala kelebihan .Selayaknya Dia kita cintai melalui kesungguhan membaca al-Quran.
Mesra dan kasihnya Allah,dengna kita apabila,kita membaca ayat-ayatnya dijamin akan memberi ketenangan .Al-Quran ini Allah jamin boleh membelah 7 petala langit dan 7 petala bumi..Apatah lagi kulit kita nipis lagi mudah ditembusi hingga diketahui segala isi hati.Al-Quran ini umpama pokok –pokok yang tumbuh rendang didunia ini.Jika ranting-ranting kayunya diambil untuk ditulis kehebatan mukjizat al-Quran ini pasti khazanah AL-Quran tidak akan habis digali.Al-Quran ibarat pokok ,semakin kita baca dan semakin kita mendalami ilmunya semakin luas cabangnya ilmunya .Hukum tajwid taranum, nahu,ilmu sains perubatan ,astronomi dan macam-macam lagi .Itu kita belum lagi kita pelajari tentang kelebihan setiap huruf dari Alif hingga Ya..yang ada malaikat2 menjaganya…..
Hanya org bercinta shj yg tahu nikmat erti percintaan. Cuba tanya orang bercinta dia boleh tak ceritakan keadaannya ?Mabuk rindu jangan dikira . Hanya org yang istiqamah membaca dan dan rasa pentingnya Al-Quran sepertimana rasa pentingnya memakai kasut sahaja yang dapat merasai kelazatan membaca setiap ayat al-Quran itu.Quran ini hidup. Dia ada roh .Dia mengenali siapa yg mendampinginya setiap hari .Apabila roh Quran bersatu dengan si pembaca , ia bagaikan suasana antara ibu dan anak , terlalu sayang.Macam anak dengan emak apabila kita suap makan anak tak gigit jari kita sebab rohnya bersatu dengan roh kita. Kita bagi peluang pendidikan disekolah, kita bagi dia baju ,begitu juga dengan Quran yang dibaca dia tahu siapa yang menghargai dia akan jaga kita didunia ,didalam kubur dan pada hari akhirat. Hebatnya sahabat seperti ini,dia bantu kita dalam 3 alam berbeza.
Kalau kita mati ,apabila malaikat hendak pukul kita dalam kubur,Quran akan tahan, Malaikat pula bertanya , “ Tidak ada siapa yang lebih berkuasa selain Allah, siapa kamu yg hendak tahan aku?”.
“Aku Al-Quran,” jawab Al-Quran.
“Apa hubungan kamu dengan orang ini?”tanya malaikat.
“Dia kawan,dia teman,dia sahabat aku didunia,”jawab Al-Quran.
Inilah kelebihan bertemankan Al-Quran sepanjang hidup kita .Membaca al-Quran bukan sahaja menjamin ketenangan didunia.tetapi teman karib kita ini mengikut kita sehingga ke dalam kubur.Dijaganya kita dari seksaan kubur .Disinarnya kubur kita dengan cahaya dan dilapangkan kubur kita.
Bahagianya memiliki teman setia sebegini. Manusia dan binatang kesayangannya kita hanya mampu menjadi teman karib semasa didunia sahaja .Tetapi setelah kita melangkah ke alam kubur tk ada siapapun yang sanggup sepanjang masa tunggu diatas kubur kita untuk menjadi teman. Sebaliknya al-Quran bukan sahaja menjadi teman setia semasa didunia sebaliknya mengekori kita sehingga ke dalam kubur.Setianya menjadi teman walau beratustahun tanpa mahu berpisah dengan kita hinggalah hari kiamat.Iniah teman yang benar2 sejati………
(dipetik dari Anis)
2 comments:
betul²..masing² sibuk dgn hal dunia je...
ha3.. tau x.. per.. kater nk.. gi heaven.. dah roger2.. ker?
Post a Comment