Tuesday, October 28, 2008

TOPIK 13 :

Salamz....

Minggu ni.. agak best la sy bercuti,hari Ahad.. sy gi Melaka melawat adikku heheh... x der kejer jugak r... pi men boling.. kalo x, nk naik.. bender tu.. ntah aper namernyer.. nanti sy letak pic.. agk membangun jugakla.. Melaka yerla.. lagi2 semenjak Shah Rukh Khan bakal di beri gelaran Dato'(ader kener mengener ke?)hheehe.. tp mmg ramai la.. maser kami lalu Bandar Hilir tu.. yg dkt Stardhyust tu.. (btol ke sy eja ni hentam sajerla)...LAYAN...

Tp.. jammed nyer jgnla nk kater.. giler punyer jammed.. dok mengesot cam siput jer nk sampai dr satu traffic light ke traffic light yg len.. tp akhirnyer setelah kami pusing satu Melaka.. kami berjaya sampai ker Mahkota Parade.. heheh...

Keadaan papaku x mengizinkan berjln begitu jauh walaupun die x ckp.. tp as the eldest sendiri mau tau..la.. semacam ajer abahku ni...luckily smua escalator boleh pakai... so.. naikla.. kire die x jln.. byk sgt..sy risau gak tgk die.. jln.. what to do..hmm.. kami men 2 game jer.. Ms muler2 asyik msk longkang jer aper la.. mcm x bp nk btol sgtla.. ha3..buat malu jer.. ha3..rasernyer mulutku sorg yg x henti2 berckp..sampai adikku kater "kecoh r akak ni?".mcm x knl jer dah kakak die mcm ni..kalo sy x suker or marah mmg sy matikan diri.. ckpla.. camner pun sy buat x layan...

Mmg best r men boling even ntah baper kali msk longkang.. ha3...abahku pun men sekali.. tp.. kat situ nampak r agk x imbang die.. berdiri.Hmm..
luckily he can stand well...sampai.. hbs game.. kami pun pulang.. menghantar adikku ke kolej.. huhuhu..biaserla.. muker.. msg2 kalo dah penat..sedap tido.. je.. ha3

Dalam perjalanan pulang ke rumah, tiber2 tercetus idea nk berjln lagi esknyer ha3.. nk gi umah Beah.. better plan well bg cantik..ajak Shakira.. br besh!! Yeye!!! plan mcm cantik giler.. ha3.. elok sgt.. r tu...

Seperti yg dijanjikan esknyer gi umah Beah.. mls nk drive si Merah.. so, abahku hntr gi Klang cek point yg akan menemukan kami..bertiga.. Naik keter Shak jer... agk lamer tggu die.. mau r 1jam lebih.. sabo jerla.. sy pun dah hangus.. dok kat tgh2 klang tu...nsb a der beah so, layan jer...

Gi.. rayer.. then.. dalam.. 6 lebih blk.. mls nk call.. bah suh amik sy pun naikla.. bus.. mcm sardin.. tol.. hmm.. sabo jerla.. hati... akhirnya.. ku slamat tiber jam 7.10mlm.. ..Hmm.. actually dah a der plan tok.. esknyer means hr ni..la..

Hehehe.. sperti biase..bgn pagi2.. gi taman rakyat beriadah.. bersama mamaku.. then.. blk.. mengemas la.. aper yg ptt...pastu.. mmg nk kuar tp yg kawan kejer 2 org ni.. x.. plak. angkat2.. tepon...geram gak.. r.. tp.. sabarla.. hati..bosan.. tol.. sy ni bkn geti dok diam.. hbs2nyer.. t'tido.. ha3.....sbb mlm semlm x leh tido...

Hmm.. pas. solat call...lagi mereka2 ni.. huhu akhirnyer dapat.. ha3.. then.. ckp ngn mama.. nk gi umah.. mereka... spt biaser..mama jd escortla.. kalo.. sis... nk gi sorg2.. seram gak.. x familiar.. ngn tmpt.. tu..Pastu, plan punyer plan.. nk gi umah Yuga dulu sampai dgn jayernyer- x lamer pun kejap2 jer,umah Apak.. (baby sitter sy ) yg jaga sy dah tiada yang tinggal Apak jer la.. dah x sihat die...ish.. tersentuh hati.. ni..aderla dalam 1/2 jam berbual kami memohon diri..last station umah Kak Tilaga...sng gak r gi umah die.. sbb dlm area Andalas. tapi Tmn len...dpt.. r tgk.. decor beras die.. tp die wat simple jer..hehhehe.. mcm pelik jer.. berayer Deepavali.. ha3.. org ajak kiter gi r... bkn slalu...pun..

Ni..pun mater dah kelat...mcm... dah nk.. tido.. dah.. Hmm... k.la.. artikel seterusnyer agk pnjg... tp.. insyaAllah pengisiannyer berbaloi.. hehhee... panjg r jugak.. x tau r saper larat nk bacer...hehehhe...tp insya Allah "Alah bisa tegal biaser"...............

Monday, October 27, 2008

GRAVITI HATI


(Sedetik Cuma, tiba2 graviti bertukar memberi alasan)

Hati umpama magnet. Ia mempunyai kuasa menarik sesuatu yg di luar diri.Apa yg dirasakan menentukan apa yg diterima sbg pantulan. Justeru , penting sekali bersangka baik, agar kebaikan akan ditarik ke dalam diri. Jauhi prasangka dan dendam kerana itu jua akan diterima sbg balasan.

Sekali lagi…hati umpama magnet ,semaikan rasa yg baik2, pasti kita akan menuaikan kebaikan. Jgn sekali-kali menyemai badai, nanti terpaksa pula kita menuai taufan!!

Hati itu berbolak-balik sifatnya,sabda Nabi bagai kuah yang mendidih dan menggelegak. Simpang-siurnya begitu licik . Naik turunnya , berbolak-balik. Kekadang ia baik, bagaikan asal mulanya sejak dulu.Ia menjadi kain yang bersih yang menghamparkan kejernihan dan kesucian. Namun,seketika bertukar menjadi kelam , kusam dan hitam bagaikan lakaran syaitan yg memantulkan kejahatan.

Para muttaqin pernah memberi petunjuk .. apabila hatimu keras , buas dan liar bukalah Al-Quran, bacalah dan tadabbur akan makna dan rasanya.Al-Quran itu bukankah penawar hati?

Namun jika hati masih keras juga, dirikan solat. Solat itu zikir penyucian hati ..Namun sekiranya masih keras jua.. bangunlah waktu dinihari.Berwuduk dan berdoalah, pintalah kepada Tuhan agar dikurniakan hati yg lain kerana hati yg kau miliki waktu itu hakikatnya bukan lagi hatimu!!

Hati itu ditarik antara 2 graviti . Pertama, graviti tahap tinggi pintalan ilham para malaikat.Kedua, graviti menjunam lembah kehinaan simpulan para syaitan.Ketika meihat-lihat si miskin meminta-minta , suara hati berdetik … bantulah dia,insan lara yang datang kerana kemiskinan. Namun sedetik cuma, tiba2 graviti bertukar, memberi alasan, biarkan …itu balasan buatnya akibat kemalasan!!!Kau prasangka??Bukan Cuma berhati-hati .Dan atas alasan berhati-hati ramai yang telah enggan memberi tetapi tetapi masih merasakan diri baik hati.

Ingat mati pembasuh hati yang gelisah dan jiwa yg resah.Cukuplah mati sebagai peringatan dan amaran. Ingat mati akan memadamkan rasa nikmat melakukan maksiat.Ingat mati akan memadamkan rasa enggan melaksanakan kebaikan .Ingat mati itu sesungguhnya menghidupkan hati..

Tetapi sayang, aku kian lupa untuk mengingatinya .Lalu aku terkapa-kapa antara tarikan graviti hati …membuat kebaikan belum terasa kemanisannya,melakukan kejahatan tidak sunyi diburu rasa keresahan!*


Dipetik dr ANIS

Friday, October 24, 2008

KAJIAN MENGIKUT BULAN

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah. * Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

DIALOG DI PINTU RASULULLAH S.A.W

Pada suatu hari Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Ali Bin Abi Thalib r.a pergi berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w.Setibanya kedua-duanya di depan rumah Baginda,mereka saling mendorong rakannya untuk masuk terlebih dahulu.

Abu Bakar : Majula kau , ya Ali!
Ali : Bagaimana aku akan mendahuluimu ya Abu Bakar, sedang Rasulullah pernah bersabda tentang engkau, “Belum pernah matahari terbit atau terbenam atas seseorang sesudah para nabi , lebih utama dari Abu Bakar”.

Abu Bakar : Mana mungkin aku akan mendahuluimu , ya Ali sedang Rasulullah pernah bersabda : “Aku telah menikahkan wanita terbaik untuk lelaki terbaik, aku menikahkan puteriku Fatimah dengan Ali Bin Abi Thalib.

Ali : Mana mungkin aku mendahuluimu , ya Abu Bakar, sedang Nabi pernah bersabda, “Kalau iman umat ini ditimbang dengan iman Abu Bakar, tentu akan lebih berat lagi iman Abu Bakar”.

Abu Bakar : Mana mungkin aku akan mendahuluimu ya Ali, sedang Nabi pernah bersabda tentang engkau, “Dikumpul Ali Bin Abi Thalib di padang Mahsyar di hari kiamat berkenderaan dengan Fatimah , Al Hasan dan Al Husin, lalu orang – orang bertanya , “Nabi siapa gerangannya itu?”.Lalu ada yang menjawab, “Dia bukan Nabi , tetapi Ali Bin Abi Thalib dan keluarganya”.

Ali: Mana mungkin aku akan mendahuluimu ya Abu Bakar, sedang Rasulullah pernah bersabda tentang engkau; “ Kalau aku harus mempunyai kekasih selain dari Rabbku,tentu aku memilih Abu Bakar sebagai kekasihku”.

Abu Bakar : Mana mungkin aku kan mendahuluimu ya Ali, sedang Rasulullah pernah bersabda: “Pada hari kiamat aku bersama Ali. Lalu Allah berfirman kepadaku . “Wahai kekasihku, aku telah pilihkan untukmu , Ibrahim Al Khalil sebagai ayah terbaikmu , dan aku telah memilih Ali sebagai saudara dan sahabat terbaikmu”.

Ali : Mana mungkin aku mendahuluimu , ya Abu Bakar sedang Allah Taa’la pernah berfirman tentang engkau : “Dan orang yang datang membawa kebenaran dan orang yang membenarkannya,mereka itulah orang2 yg bertakwa”. (Az zamar 33)

Abu Bakar : Mana mungkin aku akan mendahului engkau ya Ali, sedang Allah pernah mengisyaratkan engkau didalam Firman-Nya : “ Dan diantara manusia yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya”. (Al Baqarah 207)

Pada waktu kedua-duanya sedang asyik memperbincangkan keutamaan rakannya, Malaikat Jibril alaihissalam datang berkunjung kepada Rasulullah s.a.w seraya berkata, “ Ya, Rasulullah s.a.w, di luar sana ada Abu Bakar dan Ali hendak menemuimu. Pergilah menjemput keduanya……..”.

Maka Rasulullah s.a.w segera bangkit dari duduknya , menyambut mesra dan mempersilakan kedua sahabatnya yang mulia itu. Rasulullah s.a.w menempatkan Abu Bakar di sebelah kanannya dan Ali di sebelah kirinya , seraya berkata k epada mereka , “Demikianlah kami kelak dibangkitkan di hari Kiamat”.

Diambil dr Muslimah

Wednesday, October 22, 2008

MATA HATI

Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu)dengan cara yang lebih baik apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu dengan serta merta akan menjadi seolah-olah sahabat karib (Surah Fussilat:34)

TIPS MENOLAK PERMUSUHAN

Maafkan,tanpa mengira pihak siapa yang benar atau salah.

Jika tidak mampu memafkannya cepat berlalu dan diam tanpa membalas

Kenangkan detik2 manis atau kebaikan yang pernah dilalui bersama dengan ‘musuh’kita itu.

Muhasabah hubungan kita dengan Allah. Mungkin Allah mendidik kita melalui karenah musuh kita itu.

Sedarlah, kita hanya hamba, penuh kekurangan dan kesalahan. Kita layak disakiti disalahtafsirkan dan sebagainya…

MUSUH VS SAHABAT

Di ambil dr SOLUSI

Tuesday, October 21, 2008

TOPIK 12: ????

Salamz..

Selamat pagi smua.. cantik tol matahari..hari ni.. (sbb hari ni br muler.. jogging blk ngn mamaku..) ha3.. dah lamer x kuar pagi..& dah lamer jugak tak post artikel and merepek kat blog ni..

Hari Jumaat sampai ahad ader tetamu dtg.. heheh sepupuku..la.. so, mcm .. abaikan.. dulu.. la bab ngadap2 PC.. ni.. enjoy outing with her.. agak giler2 remaja sat.. bkn slalu.. pun.. kan..

Gi jalan and jalan and jalan2 dgn die.. ha3.. mmg kejer giler.. best tol release tensen sbb kiter org mmg agk akan2..la.. perangainyer..mmg best r.. ha3...

Hmm.. m.b pasni.. sy start blk merapu.. kat blog.. insya Allah..got to g0...sbb.. nk siap tok gi kejer.. ha3...

K.lah, kpd yg membacer blog sy yg x seberapa.. ni.. trskn pembacaan anda.. ha3...

Thursday, October 16, 2008

TOPIK 11: INTERVIEW

15/10/2008

Salamz and selamat petang smua…

Ni sy nk share citer sedihla.. hari ni..kalo ikutkan pttnyer hari paling best tp.. tu..la.. mcm lirik.. ni kusangkakan panas berpanjang rupanya gerimis , rupanya gerimis mengundang….(Slam) hehhe.. jiwang sat..ni nk habaqla.. dok excited dpt call interview.. dr Petronas.. saner 4 2nd round..Hmm.. tp sygnyer ader jer yg x kener hari ni.. dr semalam sampai la.. hari ni..dgn PC nyer even dah siap but still something wrong,elok2 morning walk semalam ngan mamaku.. kaki cam skt.. jer.. (ganas tol!!)tibe2 pagi ni xleh nk jln so, jgn mimpi nk pakai heel r… abaikan pakai selipar jer.. ha3.. suker hati sy jer lantakla.. peduli aper.. sy smart x smart sgtla…dr menyakitkan kaki baik xyah…

Seawal jam 3.45 a.m sy dah bgn tok study.. kononnyer.. hati pun cm x sdp dok berdebar jer.. per.. lagi trs..la.. solat.. bg bertenang…then br smbg m’bc..sampai kul.. 5 lbh abah dah tanyer nk g kul baper ni kater.. kul.. 8pg. KTM Klang pun satu x der surau asing2 ader ker surau lelaki ngn perempuan tmpt yg samer sengit tol…so, sy pun bersiap ala kadar tema hijau hari ni.. bg nyaman sikitla.. kononnyer…hmm.. turun tangga jer rs cam kaki len mcm.. alamak naper x le jln ni.. adoi parah.. tempang plak tu..kaco.. sy pun ckp ngn mama.. tapak kaki.. cam yg dkt ibu jari mcm lebam r.. huhu.. cam nk nangis jer kalo pakai heels..xyahla.. pagi2 mama and abah dah bersemangat nk hantar.. hmm, hrpn mereka mcm agk besarla.. yerla.. saper x seronok ank dpt call interview.. bkn calang2 company la.. katerkan..

Ruper2byer mama dah bg tau atok,and pakcik2 ku yg len.. amboi.. c.wang yg excited dah mintak bahagian die..,c.atan plak just wish me best of luck..cok noh m.b x tau.. kot.. kalo x alamat smuala.. tahu.. byk sgt reporternyer… x sangker.. plak. Mereka sgt mengambil berat psl diriku.. mcm raser disayangi gitu.. ha3…kirenyer mcm bawa harapan keluarga la.. actually ank c.wang kejer as engineer kat saner.. ni.. pun sy try an error jer x sangker pas..kat maner td.. ha.. x jd nk pakai heels mama bwkn multivite + calcium magnesium and tamar…(luluh sat hati ni)tp control je…Abah seperti biaser diamkn diri jer…

Sampai kat KTM.. tmpt beli tmpt beli tiket x bukak lagi haru.. tol.. mesin satu lagi withal.. nsb leh guner mesin satu lagi.. tp org dpn sy ni.. lmbtla.. plak.. kuarkn duit.. tren 1st sampai.. xdpt.. nk kejar disbbkn kaki.. yg sakit.. ni.. jln pelan2 jer mcm kura2.. bio lmbat asal selamat sajer positifkan diri…kire2 6.30 pg.. br la.. dpt naik tren syukur sgt .. dpt duduk.. kalo.. x jgn mimpila.. mmg dok bc doa dipermudahkan jer.. mama dah dok psn berkali2…suh bc..sampai kat KL Sentral spt biaserla org berpusu-pusu ke destinasi masing2..sy pun pelan2 jln.. smpai ke mesin.. beli tiket ke KLCC.. dah lamer gak x gi saner.. tren yg ke-4 x silap.. brla.. sy dpt naik.. LRT.. ikut Qla.. katerkan..sampai saner.. sy trs jumper guard tanyer nk g tower 1 cmner…Sy dtg kire awal.. 10minit..la.recep pun suh tggu sat..giler besar.. la.. ish..

Hmm.. nyaris sesat sbb byk sgt lif hehe.. sy interview kat level 36.. blik 3613.. dtg2 sy org 1st apehal.. ni xkn sy sorang kot? Then beberaper minit kemudian.. org len menyusul..1st isi form.. 2nd jwb essay bedal jer.. 3rd comprehension 4th case study x thn tajuk global warming mcm MUET plak.. byk x leh jwb.. lantak situ.. r.. 5th Numeric test.. calculator wat hal x perasan plak dh mati scientific calculator tu.. haru.. tol.. maner yg dpt jwb jerla.. Pastu sudah pastila.. kepaler skt cm nk pch.. tgk nombor.. macam mabuk pun ader…then, test end.. will be informed within.. 1 month…per.. lagi jgn mimpi saya nk berjalan..2 memandang kaki sememangnyer skt, kepaler mcm nk pecah + mabuk tgk nombor.. sy pun rs cpt2 nk blk.. lalu.. kat shopping complex tu pun cam.. nk ting tong jer.. tp ku gagahkn dirila.. balik punyer psl.. x nk blackout lagi cm hr tu dlm KTM..citer.. kelakarnyer.. aderla.. dpt message huhu.. relief skt.. tp.. mmg dah x le.. blah..la.. sepupu pun tanyer perkembangan.. mmg depa.. taka care tol.. r… syg tol ngn depa smua.. tp.. tu..la.. rezki.. smua.. kiter x tau.. bkn samer pun.. kn sy redha jer dapat ke.. x, cumer.. kalo x dpt mcm agk meng upsetkn org2 sekelilingku..la.. my beloved family…but what to do..boleh.. plak.. sy ni dah beli tiket pergi balik dr Klang.. sy pi beli lagi.. punyerla. Teruk sy ni.. mmg dah agak shortla.. thn jer..org bg sms pun mengarut je.. jwb.. ha3..lamer gak tggu KTM sampai.. nsbla.. ader bench tok duduk… lega skt.. dlm tren .. mmg lelapkn mater… jer… x sabo nk sampai umah…punyerla.. sms abah suh amik.. die.. dok relax.. jer.. sabo jerla.. tau td.. sy bw keter sendiri.. tp saper.plak nk tkn clutch nanti ha3.. so, kener sedar dirila.. kaki dah skt..xle. watper.. da.. tepon abh.. and sabo jerla.. menjadi penunggu… until abah sampai…balik.. umah.. solat.. then tido.. , tido pun mcm tido2 ayam.. jer.. pastu solat Asar.. ni dok ngadap laptop…

Tu..la.. citernyer.. moral of the story, bykkn bc bender2 yg factual.. ni.. huhuhu.. make sure calculator boleh guner.. check before bring it together…..jgn men lasak2.. if esknyer interview(kan dah xle jln.. ayu2.. )ha3.. ayuker?x le blah.. tu je.. paper.. yg jadi I must accept it.. ..

TOPIK 10 : BERAYER!!!!!

12/10/2008

Salamz.....Ohaiyo!!!

ALhamdulillah tercapai cita2 nk berjumper dgn classmate form 5 saya.. Gumbirenyer x terkater.. yerla.. agak happy.. la.. jumper mereka.. exchange stories heheh..Kire o.kla.. nk share dgn kawan2 aper yg saya lakukan.. he3…

Seawal pagi.. jam tujuh.. saya keluar beriadah bersama mama saya… agk .. dah lamer jgk x morning walk… terjah je.. huhuhuhu.. agk letihla.. semlm.. tp.. sbb ader agenda yg len so, kire, bertahanla.. ha3…what to do..?Mmg kalo x kuarkn diri bosannyer tahap dewa dewi…alang2.. mama dah bagi permit keluar aper lagi… jalanla.. heheheh..

Pulang dari beriadah sy bersiap dgn lajunyer…he3 janji ngn kawan nk dtg umah kul 9.30pagi.Tema serba merah heheh ceriala.. katerkn.. heheh..Pegi umah Pujah pagi2 ehhee.. die blk sat jer nanti g blk.. Mesir blk.. .die still cam dulu.. .. ha3.. actually pd ms yg samer wat surprise kat die.. ha3… ajak bib and dayah sekali tp sbb depa lmbt .. kit sy bertandang ke umah die dulu. Ha3…

Biaserla.. citer mcm2.. dr hal sekola, ke perihal kawan2…. Hmm. Yerla.bkn slalu leh jumper pun…itula..spt yg dirancang .. sy pun dok.. kater dgn Puja.. "jom temankan aku gi amik kawanku sat… Jomla…. Nanti ku hantar mu blk.." pd muler nyer.. mmg ssh gak nk convince die.. but.. tgk r saper yg.. ckp.. kah3…In sake of friend.. I enjoy doing it.. tipu sikit jer…ha3…

Bib call.. dah sampai ni.. kat tmn saujana.. o.k then.. kami pun gerak.. yer2la.. ku salam mak pujah.mcm .. x jumper lagi.. jer.. mak die bagi kek lapis..sabah pada saya.. ha3 terharu dibuatnyer.. ngeh3 rezeki jgn ditolak.. btol x?

"Sampai kat simpang tu.. ku ckp dgn pujah . ha’ dah sampai pun kawan aku.. ni.. ha3.. nk tergelak tp control cun jer… Then saya kater tgkla.. la saper kat dlm.. keter tu?" Hehhehe.. ko mmg .!!! Dpt sebijik.. kat saya.. ha3..biler lagi nk wat camtu…kih3…"Makcik, pakcik, sy dtg tok round ke-2" hehhe.. best gak… kenerkn org tp.. ala.. bender baik rasernyer x slh kn?lamer gakla..dok bersembang…sebelum beransur ke rumah sendiri…depa nk jenguk rumah kecikku.. he3…

Pujah x mau ikut.. die lagi selesala dok kat umah… yg kiter org ni.. ligat nk berjln.. lagi2la, mama bg green light aper lagi.. ha3…tp mmg agk malu..la.. nk g umah kawan yg x baper nk knl sgt.. ni.. even satu sekolah.. tp.. layan jer… gi sat Telok Gadong dr umahku… hmm xlamer.. r gi saner.. kejap2 jer.. nk ber racing ke shah alam plak.. he3.. umah chat fren ku.. ha3.. angkut jer… yg len pegi dua keter.. sy ajk bib dok ngn sy .. aper lagi dok ngarutla.. kami berdua.. dlm keter.. ha3…..gelak usah katerla.. mcm nk pch perut ni.. ish.. btol release.. semlm…

Punyerla.. psg2.. kat.. s.alam.. tu… dah elokla.. msk jln.. tu… psg lagi.. and akhirnyer.. sy sampai.. kat umah..cik khairul ummah ha3.. ntah die bc.. ke x? blog sy.. ni…hmm.. malu mmg x terkaterla.. ha3… taram jer… o.kla.. biler.. lg nk ketemu kalo bkn hr ry tol x? kih3…jumperla.. sat.. borak2 sikit si Dayah pun xle lamer.. so, kami pun beransur.. last station.. umah Bib.. mmg giler teringin nk gi umah die.. kat Meru jauh x jauh sgtla.. tekan pedal minyak jer.. punyerla,.. saya jln sakan semalam.. best tol.. umah die.. camm suasana kampong cmtu.. mmg fresh and white la die punyer air.. tu mcm blk kampong plak rasernyer.. ha3…sy kater ngan bib.. kalo raser2 nk blk.. kmpg.. ku blk umahmu… le.. ha3.. die kater o.k jer.. tu yg best tu.. ha3….

Hmm.. sbb.. jam pun dh menunjukkan waktu asar.. solat.. sat.. and mintak diri..la.. sempat gurau ngn mak bib.. ha3.. raser walaupun pertamer kali berjumper.. ngn mak die.. raser cm close.. sgt.. heh3… mmg.. sah saya.. ni.. jns x kisah.. redah jer.. ha3…k.lah… sy pulang sendiri.. jer.. Bib teman kan Kiah gi.. umah dayah x dapat nk gi.. terpakse.. mintak dr.. bkn dekat2 pun.. sampai umah pun nk.. dkt.. magrib.. but I really enjoy it!!!!

Sempat bergambo.. kat umah.. bib.. hehehhehe.. penting tu… btol r.. sy.. kalo dah suker.. dah xle.. nk le nk watper.. dah.. ha3… nk jugak.. .. mcm budak kecik jer….hehhehe..padahal dah tua bangka.kih3

Monday, October 13, 2008

TOPIK 9 : KOMPUTER ….LAPTOP…(^^)

Assalamualaikum ..and Morning Glory!!! Heheheh =)

Harap semua sihat sokmo.. heheh .. Alhamdulillah sy kat sini sihat hendaknya.. hehhe..
Seperti biasa saya mahu bermonolog kat sini tajuk as abovela.. camner wokey x?ha3.. sy raser bkn saya sorang jer suker mengadap depa.. ha3.. mesti kawan2 yg len pun samer..

Disebabkn jadual yg still just temporary.. nk tau.sy punyer jadual dok ngadap PC plus laptop camner.. agak dasyatla.. sampai dah x larat dah rasernyer heheh PC and aptop pun dok nyampah tgk saya ha3 pedulikkan die.. LAYAN….

So, aper yang bestnyer ngadap PC & laptop ni lelamer? Kalo cam sy la, semenjak 2 buhsan tahap dewa-dewi ni sy create blog ni.. kat sini..la.. nk merapu ker? Nk share idea ken k share tips or knowledge ke.. papojerla.. sbb tu dok setia ngadap PC ngan LAPTOP ni.. Ohh .. luper jadual for temporary.. nk tau..

Kul 4.30a.m Online dok baca… baca… dan membaca artikel.. ha3….surf la..
Kul 7.00a.m Ngadap laptop plak.. dok mengarang ( nk elak tido pas subuh sebenornyer ha3.. tp kdg2 tertido.. gak gara2 membaca )
Kul 10.15a.m On duty kat pharmacy as data entry mestilah ngadap PC ha3… rest kul 1.30 p.m …
Kul 2 p.m sambung till 5.00 p.m
Balik umah ………………………….Mata leh tahan lagi…
Kul 5.30 p.m Online , bls mail,penpal,chat ( kalo ader org yg nk dikacaula. ha3)
Kul 7.00 p.m Off…
Kul 8.40 p.m On balik nk hilangkan kebosanan.. sambil dgr news.. x tgk TV pun… mlsla..On samapi tgk tahap ketahanan dah raser2 cam dizzy .. taip pun dah merapu.. naik..ats tido..

(Itulah routine harian PC and laptop saya…ha3) dasat x dasat sangat la.. camner?Kire kawan baik saya yg paling best… !!!!! Kalo nk tau..la.. if x tau nk ckp ngn saper2 .. itula kejer saya.. yerla.. x nk..bosan2 jer kener isi maser yg ader ha3…

Tp.. tau x.. affect dok dpn depa lamer2 hmm.. nanti sy lampirkan ..luper plak nk amik… hehehe.. kat PC gak.. Mater sy slalu penat sbb ngadap PCla.. ish…makin naiklah power spect ni.. hari tu pun br naik.. tu kire saya pakai slalu x penah tanggal pun.. huhuhu….

Mamaku pun risau saya dok ngadap PC jer.. ha3….sampai x tercakap dh.. dasat.. x? Yerla dulu blaja.. skrg x blaja.. melayan jerla.. ha3….Kalo.. sy wat perintah berkurung dalam bilik.. alamat x baca buku plak nanti…ngeh3….

Selen dok sibuk bacer artikel and surfing.. sy suker dengar lagu.. or paper jerla halwa telinga.. yang boeh dilayan.. ha3…smua saya layan.. tp yg heavy tu.. mintak maapla.. pocah kepalo den.. hehehhe…

Tu..la.. serba sedikit psl PC and Laptop… kalo x der mereka.. raser cam x bestla.. ha3… raser mcm ni menaip jer ha3… no wonderla… sy suker merapu byk.. k.la..Mohon diri dulu……….Adios….; )

*******************************************
Ni sy taip b4 PC breakdown.. sabo jola.. nk wat camner agak geramla.. maner xnyer kawan baik msk clinic plak.. punah hatiku.. heheheh… rs busan kitla.. ish…biler la die nk balik.. tertunggu2 saya.. ha3…rindu giler..

Thursday, October 9, 2008

SAHABAT

Setiap hari hidup kita dikelilingi sahabat,teman rapat dan teman biasa. Kita kadangkala mengkategorikan teman itu sbg rapat , biasa2 atau tidak erat. Oleh sbb itu tidak semua cerita boleh kita ceritakan kepada semua teman yg kita miliki ..Dalam dunia yang penuh dengan pura2 seperti hari ini , sejauh manakah pentingnya sahabat dalam hidup kita?Bagaimanakah kita mampu menilai kejujuran dan keterbukan seseorang dalam menerima kita sebagai sahabat?dan apakah faktor yang membolehkan hubungan teman biasa itu menjadi persahabatan yg erat?

APAKAH PERLUNYA SAHABAT?

Bila kita meletakkan kategori kepada setiap teman yang kita miliki secara tidak langsung kita meletakkan had pergaulan kita dengan org tersebut. Orang yang kita anggap sahabat, rakan sepermainan atau rakan kerja hanya melibatkan lokasi tertentu sahaja.Pengiktirafan sebagai kawan karib bukan mudah untuk dibuat . Penilaian demi penilaian sehingga diri dan jiwa boleh menerima keadaan tersebut . Ianya lebih kepada bagaimana hati kita menerima keadaan tersebut.

Oleh sbb itulah bukan semua cerita boleh kita ceritakan kepada semua teman yang ada. Pada keadaan ini terlalu sukar untuk memberi dan menerima kepercayaan . Apa yang paling penting ialah diri kita. Kita harus mempercayai diri kita dahulu .Apabila kita boleh mempercayai diri sendiri barulah kita boleh memberi kepercayaan itu pada org lain..

Tapi kita sendiri tahu kita tidak boleh hidup tanpa sahabat. Sahabat juga boleh membantu kita apabila mengahadapi musibah. Jika kita hendak org yang kita pilih sbg seorg sahabat menghormati kita, kita seharusnya menghormati dirinya terlebih dahulu.Begitu juga jika kita ingin sahabat mempercayai diri kita, kita juga harus mempercayainya . Di dalam persahabatan harus ada kepercayaan dan keikhlasan. Bila kita mempunyai teman yang kita anggap rapat dan erat , kita tidak seharusnya mementingkan diri. Kita harus menjaga hati dan perasaan kawan karib.

Persahabatan harus ada kejujuran . Apabila kepercayaan dan kejujuran berjaya dimiliki perhubungan itu akan kekal sampai akhir hayat . Kita boleh menilai kejujuran seseorang itu melalui pergaulan dan tingkah laku semasa bergaul. Apabila kita bergaul dengan insan yg bernama sahabat , perasaan kita selesa dan tiada konflik.Apabila kita mempunyai masalah kita menceritakan masaah perkara tersebut dan sahabat kita ini membantu dengan memberi sokongan..

Secara tidak langsung , kita merasakan orang ini sesuai menjadi tempat utk membantu samaada susah atau senang . Apabila kita menganggap seseorang itu sebagai sahabat karib , kita mengharapkan dia sebagai seorang yg tahu segala2nya mengenai dr kita.Kita sendiri mengharapkn sahabat tidak mengkhianati persahabatan tersebut..

Tidak smua dari kawan kita boleh menjadi kawan karib. Tidak semestinya juga kita mempunyai seorang sahaja sahabat karib. Sesiapa sahaja boleh menjadi kawan karib. Kita juga harus ingat , apabila mempunyai sahabat baik, kita harus bersedia menerima sebarang kemungkinan yang akan berlaku.Kita akan melalui proses untuk mengenali antara satu sama lain . Sifat toleransi harus ada dalam persahabatan.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang boleh berkongsi susah dan senang .Ianya berlaku tanpa berlakunya kepentingan diri. Sahabat sejati adalah sahabat yang sentiasa menjaga hati dan perasaan….

RAPI Edisi Okt

****************

Macam menarikkan topic kat atas ni? Yup! It’s true.. mmg menarik.. hehe sedikit sebanyak aderla terkena kat batang hidung sendiri..ha3 perkara dah lamer berlalu.. walaupun hati liat untuk menerima kenyataan tetap terpapar jelas diingatan..walaupun hati sudah memaafkan tapi berat raser nk mengakui yg I miss friends very much!!

Kat maner die? Ha3 dok satu tmn jer, last jumper pun.. ms sorang teman blk dr Australia x igt semester baper br jugakla lagi thn ni kot?Seperti biaser sy yg degil plus nakal ni.. wat cam biaserla.. sempena hari Ry ni.. sms mohon kemaafan dipinta atas perbuatan yg kurang disenangi tp respond x diberi, pk positif jerla.. m.b dieorg x der krdt.. or bz kot..

Kawan2 mmg sng nk dicari dan dirapati.. lebih2 lagi sy ni friendly person x knl maka x cinter gurau jer.. x kenal maka x taula.. sy ni camner.. ha3..mudah didekati and sng diajak bual.. but.. tgk jgkla..keadaan.. kalo angin monsoon timur laut dtg.. sy lagi suker diamkn dr….

Sekarang sy dah x men kategori2 dah cukupla.. dulu zaman kanak2 dulu…sekarang sy treat smua org samer rata but tgk case..la.. xkan smua nk citer x? lps incident tu sy lagi suker sendiri.. hubungi kawan biler.. perlu.. byk2 kan pembacaan dan sakat adik sy yg sorg tu.. she’s the one who know how suffered I am.. padahal time tu die kecik lagi.. sekolah rendah kot.. ha…mama pemberi semangat sentiaser disisi….Alhamdulillah, sy dpt bangkit blk …walaupun raser kehilangan..

Hmm.. kawan2 mmg ramai x terkire.. and for my beloved friends thank’s 4 accept me as ur friend.. in need or indeed I’ll be there.. Hope same as all of you..K.lah, x semestinya kita selalu kat atas btol x? kdg2 kita diuji supaya berada dibwh samer jgkla.. time kiter blaja atau paperpun.. ujian perlu ditempuh walau aperpun…

Wednesday, October 8, 2008

TOPIK 8: HARI RAYA

Assalamualaikum . smua..

Hmm hari ni.. br ader kesempatan nk menaip kat laptop.. ni.. hehehhe 2 hari ni.. kepaler sakit x henti2 naper.. ntah.. pagi ni.. alhamdulilah o.k la.. hope.. xder problem..

Harap sy x terlambat nk citerkan kisah hari Raya saya.. Hari Raya tahun ni sempoi jer tapi very meaningful to me..sy balik kampong 28/9 hr tu dan blk semuler ke Klang 5/10 lamer x lamer sgt a.. standard la tu…sy pun x keje tetap lagi.. so, bos pun x kisah janji datang blk keja ha3…

Saya sangat bernasib baik sbb thn ni tak jadi delivery girl.. ha3..phew.. leganyer.. kejer2 mengemas pun kurang simple2.. jer.. la..heheh..sesampainyer sy di Pontian Johor sy bermalam di kampong belah abahku dulu..esknye br gerak ke kg mamaku..sbb takut crowded so, dpt tdo smlm pun jadila.. tp sy x kisah tdo maner2pun janji dpt tido.. penting tu..

Xder activity sgt pun sbb sy tau..esknyer br mamaku muler cr brg nk msk2.. hehhe luse br men msk2…o.kla.. men msk2 sbb punjungan (kunjungan) dah dihantar just nk masak utk 1 Syawal jerla..so, msk pun simple2 jer ayam msk kicap,sambal goreng,rendang daging,tu jer kot.. mmg simple.. la.. lagipun nanti ader punjungan ken sampai x termuat peti sejuk nanti.. ketupat pun msk x byk ader kot 50 bijik..

1 Syawal…

"Bangun2 mamaku kejut.. dah cpt2 dah nk subuh ni.. cpt2 nanti bilik air penuh.." namer jer ader 2 blk plus 2 toilet tp phm2 jerla sorang2 kalo dah masuk mcm x nk kuar.. ha3….yerla2 nk bgn la ni..hish.. setelah bersiap.. sesempoinyer.. sy pun dok tolong menghidang aper yang patut..dah, terus salam rayerla.. maner atoknyer kater mamaku. Atokku segak dgn jubah hijaunyer.. hish hensem la plak.. hehe.. die x beraper sihatla.. dok tdo jer jer.. kalo bgn pun solat and ngaji pastu turu (tido) blk…

Jom salam.. heheh saper yg sy nk salam dulu nih.. woh mamaku muler dulu.. disbbkn family yg len lom sampai family cik atan ngan sy jerla.. yg muler dulu .. alamak.. janji x moh nangis.. meleleh gak pagi2 rayer ni.. x leh bla.. sayu sungguh..!! .. aper ke he.. plak.. la dok sensitip jer baper hari ni..hmm.. dah selesai semua di salam ngan dicium.. aper lagi breakfast time..la.. ha3 disbbkn x nk perut wathal.. jamah je.. ketupat ngan ayam kicap.. seingat sy raser sikit jer rendang..jns perut x thn ni pyh sikit.. serba nk jagerla..kalo x sakit perut berguling-guling..

"Assalamualaikum…"dahnyer x sempat saya nk hbskn ketupatku yg sebijik adik atokku dah dtg..dgn ank2 plus cucu2nyer.. kali ni x ramaila.. kalo x satu rombongan.. yg ni kire boleh thnla..layan..seperti biaser sy on duty.. pergh!! Lega sikit cik aya plak sampai dgn hero2nyer serba ungu.. hehe.. org smua g masjid.. x dptla.. nk ikut Rayer kali ni… takbir kat umah jerla.. ngn cik aya and cik simah..2 family lagi lom sampai2 aper yg depa wat ntah…


Namer pun rumah org tua. Ready.. jerla.. air + kuih muih.. pinggan mangkuk plus cawan yg nk dicuci boleh thn lagi.. relax.. hehhe..rayer petama jgn mimpi nk kuar umah.. dok diam2 ha3..Biler smua baik dari mesjid barula sesi bergambar muler atok x baper sihat tapi last2 die pun x lpskn peluang gambo samer.sempatla.. dok men usik2 sepupu yg ader biler lagi.. maser tu jer kumpulnyer kalo x jgn hrpla ..

Mmg ramai gilerla.. rayer pertama.. letih toksah kater…mcm pe jer.. uhuk3.. tapi alah bisa tegal biaser.. org bertali arus sampai ke mlm.. mlm pun rombongan dr Muar sampai 4 kereta.. hehe saya cool jer.. x pe2 sabola.. hati.. sat gi mmg ku pulun tido hbs2 ha3….

Tido mmg nyenyak.. raser mmg nikmat tol la dpt tido.. ha3.. tula.. citer rayer Pertama…Rayer ke-2 brla.. kami muler berjalan.. dr dumah kerumah..tu pun x dpt hbskn smua.. ats sbb2 yg x dpt dielakkan….

Yang x ble tahan tu.. org kater sy ni br 18 thn.. kah3.. mudernyer.. sayangnyer sy dah tua dah..sebenarnyer heheh.. tp kire halal r org dah kater cam tu hanyer senyuman yg mampu sy berikan.. heheh..

Walaupun rayer thn ni mmg sgt2 sempoi i will miss it a lot.. Ramadhan pun sy raser berat hati nk tinggalkan …nikan lagila.. rayer ( 1Syawal) …Kesimpulannyer, I will be missing all the moments…Raser cam terang kot jln tu.. ha3…But I really mean it…

Moga saya dpt bertemu lagi Ramadhan yg seterusnyer….Insya Allah….


Salam syawal penuh kesyahduan..


Sunday, October 5, 2008

TOPIK 7: ADIKKU




Assalamualaikum & Selamat Malam...




hehhe ni 1st time.. tak taip dulu trs direct dr PC sis ku.. wakaka..Actually br balik dr kampung ni.. penatnyer yg amat mcm sy plak yg drive.. wakaka.. hmm..aper nk citer eh? oopps.. kalao ikut tajuk kat ats.. nk citer psl.. adikku yg satu ni.. tiada 2 dan tiada 3...




Kalo die.. bacer pun.. elok gak tu.. meh sini.. kakakmu mau brain wash kamu.. wakakakka..Hmm what i'm going to say.. hmm.. LIFE is LIFE.. aper2 jer yg berlaku kener tempuh gak..Saya dah knl.. adik sy ni dah 17 thn ikut umur die..la.. wakaka.. kalo.. x der.. die.. mmg sy x der kawan.. nk gado.. ala.. gado2 manjala.. katerkan.. hehe.. yerla.. ngn saper.. lagikn..nk bergurau senda kalo x ngn adik sendiri...




Die.. ni.. nk kater..ni.. boleh didescribekan.. sebagai seorg yg.. erm.. org fakta.. get it? oh may be not.. die ni beza sikitla.. dr saya..sy suker karangan cakera die suker fakta.sy pandai melukis die x baper sgtla..bab2 membebel.. pun bg die..la.. kiter x byk ckp sgt, ckp pun merapu wakaka..nakal tu dah turun temurun kot.. tambah ngn degil sikit.. hahha.. lebih kurangla.. tu.. cam sy.. tp die ni.. x voice up her feeling like.. me.. paper jer.. ader je.. nk dibebelkan ngn mamaku..tp die ni.. jns control skt.. tp.. sbg kakak of coursela.. kiter ni kener peka.. just want to make her happy..




maner x nyer tergolek2 die gelak.. dok dgr lawak saya.. hmm.. just tok release die punyer tension...saper x stress ngadap buku.. kalo ikutkan sy dulu s'tiap kali rayer dok trauma sbb naik2 jer exam.. mau x senget kepaler.. hahhaha...die.. ni.. cam tu..la.. br nk expression.. sikit.. sebagaimaner.. cara2 nk amik gambo.. pendek kater.. nk tggu gambo yg ditangkap adik sy cantik.. tu.. boleh dikirela.. adush!! parah tol.... pic die. smua.. lawao2.. ku tangkap.. sabo jerla..




Cumer hari ni.. die.. mcm pelik sikit .. x penah nampak die nangis.. maser kiter org hntr die.. blk.. hostel..as a big sis, for sure sy dpt tangkap sikitla.. aper yg terjadi even i never question it to her..instinct kener aderla.. wakakak.. aper kater org tu telepati..yg sy ni plak.. pantang nampak.. nangis 2 ni muler.. la dok sayu.. tp.. control cute jerla.. cam x der paper.. wakakak..




pastu, biler sampai umah jer.. die.. kate nk ckp dgnku.. ape ke he.. la plak..? mcm serious jer.. sy pun dok pening2 lalat barang byk nk punggah...then saya kater bg sy refresh dulula...br best nk story telling ke aper ke.. boleh plak.. die.. dok..mendung kat surau.. ish3.... sayu.. jer..slalunyer minah ni brutal sikit.. yerla.. x nk tunjukla.. kan.. sedih ker.. look strong sokmo.. then she said say something la kak. aaaaa... sudah kalo dah mendung baper minit lagi.. nk hujan la.. kan.. yg sy ni .. pun.. boleh plak.. tangkap..sedih samer.. hish!! emosi x stabil mmg mcm ni.. slalunyer.. hahahhaa..




aper yg mampu ku kater.. u can do it!! Ganbate!!! Buat satu2la.. sbb kakaknyer pun nk control suara.. pun.. dah sangkut2.. alamak.. x masyuk.. r kan.. aper kater org tu.. x macho la.. hahhaha..Hmm.. then.. sebagai reporter yg terhebat sepantas kilat sy ckp ngn mamaku.. elok jer.. mamaku lps solat.. tepon smua.. atok, nenek, pakcik & makcik.. mengatakan kami selamat sampai.. 7.15ptg tadi.. Then Mamaku.. pun.. tepon..hehhe.. sy dok jadi pendengar setia sambil makan yogurt blueberry hahhaha..




Mama bagi kater2 perangsang mcm biaserla.. maser sy .. dok.. raser feeling down.. dulu.. but the situation little bit diffrent from her.. so, mcm psychologist skitla..nasib mamaku x nyanyi lagu bola2 api.. hehhe maser sy dulu siap die nyanyi lagu bola2 api.. wakakkakak.. yg kiter ni dok.. tersedu sedan pun gelak la..berbunga sikit hati ni..semangat nk blaja.lamer x lamer sgtla.. mama ckp..then.. perbualan diakhiri.. dengan .. salam...huhuhu..




Hari tu.. sy nk buat something tok die.. hmm sbb kn bz.. kenerla.. tangguhkan..nanti..la. sy gunerkan ke kreatiffan yg ader..create something for her.. hope die cheer up!! and semangat blaja!!!




Hmm...mater sy pun cam dah kelat ni..ader x bgn kang sok...


k.la.. for my little sis..


Blieve in urself in whatever u do!!!!


May Allah Bless You..


We're always.. be there for.. you...


Luv.. You.. so much!!!!!!!




Luvly Sis,




Miss Bubbes..