Monday, October 27, 2008

GRAVITI HATI


(Sedetik Cuma, tiba2 graviti bertukar memberi alasan)

Hati umpama magnet. Ia mempunyai kuasa menarik sesuatu yg di luar diri.Apa yg dirasakan menentukan apa yg diterima sbg pantulan. Justeru , penting sekali bersangka baik, agar kebaikan akan ditarik ke dalam diri. Jauhi prasangka dan dendam kerana itu jua akan diterima sbg balasan.

Sekali lagi…hati umpama magnet ,semaikan rasa yg baik2, pasti kita akan menuaikan kebaikan. Jgn sekali-kali menyemai badai, nanti terpaksa pula kita menuai taufan!!

Hati itu berbolak-balik sifatnya,sabda Nabi bagai kuah yang mendidih dan menggelegak. Simpang-siurnya begitu licik . Naik turunnya , berbolak-balik. Kekadang ia baik, bagaikan asal mulanya sejak dulu.Ia menjadi kain yang bersih yang menghamparkan kejernihan dan kesucian. Namun,seketika bertukar menjadi kelam , kusam dan hitam bagaikan lakaran syaitan yg memantulkan kejahatan.

Para muttaqin pernah memberi petunjuk .. apabila hatimu keras , buas dan liar bukalah Al-Quran, bacalah dan tadabbur akan makna dan rasanya.Al-Quran itu bukankah penawar hati?

Namun jika hati masih keras juga, dirikan solat. Solat itu zikir penyucian hati ..Namun sekiranya masih keras jua.. bangunlah waktu dinihari.Berwuduk dan berdoalah, pintalah kepada Tuhan agar dikurniakan hati yg lain kerana hati yg kau miliki waktu itu hakikatnya bukan lagi hatimu!!

Hati itu ditarik antara 2 graviti . Pertama, graviti tahap tinggi pintalan ilham para malaikat.Kedua, graviti menjunam lembah kehinaan simpulan para syaitan.Ketika meihat-lihat si miskin meminta-minta , suara hati berdetik … bantulah dia,insan lara yang datang kerana kemiskinan. Namun sedetik cuma, tiba2 graviti bertukar, memberi alasan, biarkan …itu balasan buatnya akibat kemalasan!!!Kau prasangka??Bukan Cuma berhati-hati .Dan atas alasan berhati-hati ramai yang telah enggan memberi tetapi tetapi masih merasakan diri baik hati.

Ingat mati pembasuh hati yang gelisah dan jiwa yg resah.Cukuplah mati sebagai peringatan dan amaran. Ingat mati akan memadamkan rasa nikmat melakukan maksiat.Ingat mati akan memadamkan rasa enggan melaksanakan kebaikan .Ingat mati itu sesungguhnya menghidupkan hati..

Tetapi sayang, aku kian lupa untuk mengingatinya .Lalu aku terkapa-kapa antara tarikan graviti hati …membuat kebaikan belum terasa kemanisannya,melakukan kejahatan tidak sunyi diburu rasa keresahan!*


Dipetik dr ANIS

No comments: