Saturday, December 13, 2008

TAHUKAH ANDA??

1) Terdapat lebih kurang 2000 ayat di dalam Al-Quran yang serupa samada di permulaan, pertengahan mahupun hujung ayat.

2) Ayat Al-Quran hanya sekitar 6,234 ayat menurut pendapat Ahli Kuufah. 6666 ayat adalah menurut pendapat yang lemah.

3) Pengamalan bacaan surah As-Sajadah dan surah Al-Mulk sebelum tidur adalah 'amalan rutin Rasulullahi shollallahu 'alaihi wasallam dan Baginda menggalakkan Muslimiin serta Musliimat menghafaznya.

4) Surah Al-Kahfi adalah surah yang digalakkan oleh Rasulullahi shollallahu 'alaihi wasallam membacanya pada malam dan siang hari Juma'at.

5) Pembacaan surah Al-Baqarah dan surah Aali 'Imraan sudah mencukupi simpanan perbendaharan untuk seorang Muslim di Akhirat. Bayangkan dengan membaca keseluruhan Al-Quran.

6) Surah Al-Kaafiruun, surah Al-Ikhlaash, surah Al-Falaaq, dan surah An-Naas adalah surah-surah 4 Qul yang diamalkan Rasulullahi shollallahu 'alaihi wasallam sebelum tidur dengan mengulangi 4 Qul dan dihembuskan ke tapak tangan lantas disapukan ke seluruh anggota badan bermula dari kepala hingga ke kaki sebanyak 3 kali.

7) Pembacaan Ayaatul Kursiy sebelum tidur, Allah mengutuskan Malaikat menjaga si pembaca dari sebarang gangguan jin dan syaithon sehingga bangun dari tidurnya.

8) Maut tidak menunggu kita dari berlengah-lengah membaca Al-Quran setiap hari, oleh itu mulakanlah dengan segera hari ini!

9) Al-Quran sebagai pembela bagi orang yang benar-benar membacanya dan Al-Quran juga sebagai pendakwa bagi orang yang tidak benar-benar membacanya ketika berlakunya perbicaraan 'amalan di Akhirat kelak.

10) Bagi penghafaz Al-Quran, akan dikurniakan Allah kepada ibu bapa mereka pakaian dan mahkota kebesaran dari cahaya di Akhirat kelak. Bayangkan anak yang menghafaz Al-Quran itu sendiri, lebih hebat kurniaan Allah kepadanya berbanding ibu bapanya.

halaqah net

No comments: