Saturday, February 28, 2009

TOPIK 35: SELAMAT HARI LAHIR..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Salam semua & selamat petang..

Mama sy kata msk jer Maghrib dah kire hari esok..(Atok ckp.. ehe~)Ala.. rindu samer Atok..
Hmm kire.. genapla sy 24 tahun.. (1.3.2009).Ermm.. kalo org puteh suh make a wish....sbb sy ni Melayu kejawaan..sy x der la.. nk wish2 ni.. beser2 jer..Seperti biasa.. azam tok hari lahir..nk perbaiki diri nk jadi ank solehah.. xder.. la.. yg tinggi menggunung.. harapan.. tu.. he~

Oleh itu,sy dgn senang hatinyer berharap hari2 yg sy lalui.. mematangkan sy..ehe~ tu jer.. kot..Semoga diberkati slalu.. huhu... Paperpun.. Terima kasih kat MAMA & ABAH sebab dah besaukan sy.. dr 4 kg.. sampai.. ntah baper kg ntah skrg ni.. ha3..

Tu jer kot...xder bender nk ckp..pader kengkawan yg ingat terima kasihla bebanyak...yer sbb igt gak kome kat hari lahirku.. means.. kome smua ingatla padaku.. huhuhu...

Pada yg igt wat2 x igt.. tu.. xper.. r..yg x igt langsung pun xkisah pun kire halal r ader kawan2 yg kiter teringat tu.. insya Allah kiter wish.. huhuhu..

Sebab seingat2 sy x ramai kot yg rapat ngn sy.. ngeh3.. org slalu lone ranger..

But i know.. Allah always.. with me..whenever i need..

Sajer je nk ucap tok diri sendiri ...Just want to appreciate Myself...huhu

Thursday, February 26, 2009

TOPIK 33 : SEMBANG2

Salamz...

Hari ni.. rutin berubah sikit sbb gi interview...cam beserla kalo dah interview kat Uitm.. makin trk rasernyer keadaan trafik kat saner.. agk skt jntg r cr parking yg tak kunjung tiba.. tapi alhamdulillah nasib menyebelahi sy.. sy, mendapat idea disaat2 akhir dgn menolak tong sampah berwarna biru.. yang menghalang satu space yg s'mmgnyer boleh memuatkan sebuah kereta...

Bisik hati, x aperla.. alhamdulillah dah dpt msk.. nanti pk plak camner nk keluar kemudian..Hmm.. kire o.kla.. tu.. pergi utk yg dipanggil inteview jerla.. pastu tu jenguk2 keadaan jobshop.. tu..blehla.. tapi kecik2 jer...mostly byk bank ngn insurans..

Not bad r.. interview.. hari ni even sy.. pun x baper nk sihat.. sgt.. tapi gagahkan dr jugak r.. pergi...hu..tadi x derla.. trk sgt..ni mcm kener blk.. plak.. selsemanyer.. haru gak r...ntah.. r x phm tol...Alhamdulillah..sy ader terbacer.. kat artikel.. kalo kiter skt tu... means.. Allah still sayangkan kiter..hmm.. (kalo salah tolong g tau)he3.. biaserla manusia mudah luper..So, sy fikir positif jerla..kan.. lagipun sy pun jarang kener demam yg x macam demam ni..tapi sy mmg raser agk x selesala.. beberapa hari ni.. mcm ngantok jer...mood pun kureng baik.. huhu...

Lps interview tu sy jumper kawan sy..die temankan sy buat sijil kelahiran (ter miss place he~)..dah lamer x jumper kengkawan rindu..nyer yg amat..maklumla.. skrg msg2 dah kerja..kalo ader yg igt pun means.. die igtla.. kiter..sy x kisah pun... lagipun dah biaser sendiri.. tapi tipula.. kalo.. x.. nk berborak ngn kawan2...lamer gak.. r.. pas gi plaza Massalam... then sajer la.. makan kat PKNS...sambil2 tu bertukar-tukar..cerita..Dalam.. pukul 4 lebih..sy pun hntr kawan sy ke KTM..Kebetulan hujan renyai2... ader 4 payung dalam kereta.. tapi cam beserla.. ader yg x baper leh.. guner..sy bg payung putih.. yg parents sy beli kat Mekah.. he~

Die kater kalo jumper.. nanti aku pulangkan.Time..salam.. tu.. cam sedih.. r.. hmm.. kawan pun bukannyer ramai.. yg igt plus.. yg baik...(paham2 jerla..pikir r sendiri he3)..Kami pun berpisah di stesen KTM Padang Jawa...

Mata macm nk tertido.. jer mcm dibius.. gitu, tapi xleh jaD.. kenerla.. berjaga... tgh2 drive nanti len plak jadinyer he~

Ahad ni... genapla sy 24 tahun.. huhuhu~(Dah 24 tahun dah rupernyer...)raser cam br pas form 5 he3... raser cam x terkire..la.. pengorbanan Abah ngn Mama membesarkan sy...sehingga sy tamat belajar di Menara Gading.. Raser nk ckp.. jer ngn Mama ngn Abah betapa terima kasihnyer... banyak 2 kepada mereka..Alamak..sesi.. sensitif bermuler..sebakla.. plak.. he3..

Sekarang turn my sis plak..kener pastikan die tamat pengajian.. dgn jayernyer...

K.la.. dah byk plak berceloteh .. mlm ni.. nk mengaja.. lagi..he~kener simpan energy mlm.. plak..
walaupun keadaan cam agk trk.. r..Org jarang demam ni.. demam pun org x nmpk..nmpk.. sihat jer.. ha3...Selamat...

Monday, February 23, 2009

PROGRAM FORUM KEIBUBAPAAN

Dianjurkan Oleh: (ISMA)Shah Alam,(SAK) Klang.

Diantara pengisian yg sy peroleh sepanjang program berkenaan adalah berkenaan dengan tanggungjawab institusi sesebuah keluarga yang perlu dimainkan oleh Ayah selaku ketua keluarga,Ibu sebagai penasihat dan juga anak-anak.

Bagaimana hendak membina sebuah BaitulMuslim?

Ia dapat dibina melalui:

Peribadi seseorang itu sendiri
Bentuk yang dikehendaki untuk sesebuah BaitulMuslim
Bimbingan dari masyarakat sekeliling
Pembebasan tanah air dari kuasa luar
Memperbaiki kerajaan sehingga menjadi kerajaan Islam

Untuk membina sebuah keluarga yang bahagia, perkara yang paling utama mestilah bermula dari akar umbinya.Ini dapat dimulakan dengan bimbingan awal yang bermula dari rumah iaitu salah satu faktor pembentukan anak-anak itu sendiri. Ia juga dikenali sebagai sekolah pertama yakni pendedahan awal anak-anak .

Sebagaimana yang diterangkan oleh Ustaz Rushdi, pendedahan awal bagi kanak yang berumur bawah 6 tahun adalah sangat penting,dari segi belaian dan kasih sayang.Dalam tempoh ini pukulan tidak harus dipraktikkan.Bagi yang berumur 7 tahun didikan berupa arahan dan bimbingan perlu untuk melatih anak-anak supaya patuh kepada arahan yang diberi dan bagi yang berumur 10 tahun keatas penegasan bagi setiap yang dilakukan adalah perlu untuk memberi mereka disiplin yang mantap dalam melaksanakan sesuatu tugasan contohnya dalam isu melaksanakan solat.

“Sekiranya sesorang lelaki itu tidak keluar dari rumah maka aib baginya”
– Imam Ghazali.

Disini peranan Ayah didalam sesebuah institusi keluarga itu perlu diterangkan kepada anak-anak secara terperinci,begitu juga dengan peranan seorang ibu. Dengan itu, anak –anak akan mula mengerti kegiatan harian yang dilakukan oleh kedua ibubapa mereka, tanpa rasa ragu-ragu.

Tanpa wanita yang bergelar Ibu juga sekiranya tidak betul hasil didikannya akan menghasilkan umat yang cepat rosak ini juga diakui oleh orientalis Barat.Oleh itu, Al-Ummu Madrasah itu pun penting bagi sesebuah institusi keluaraga agar dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang dan berilmu.

Pernah Nabi s.a.w bertanya kepada seorang wanita : “Apakah kamu mempunyai suami?”Wanita itu pun menjawab , “Ya..”.Baginda bertanya lagi “Bagaimana kedudukan kamu disisi suamimu?”Lalu wanita itu menjawab, “ Aku melakukannya sekadar yang termampu”.Maka lihatlah kedudukan disisi dia kerana dia adalah syurga dan neraka..
(Riwayat Ahmad)

Aisyah berkata: “Baginda adalah orang yang paling baik,sangat banyak tersenyum dan sangat periang”.

Hak seorang anak dari ayahnya:

Mendapat seorang ibu yang baik.
Mendapat nama yang baik
Diajarkan Al-Quran

(Umar Al-Khattab)

Sunat dinamakan seseorang anak itu pada awal kelahirannya, dan sunat diberikan nama oleh Ayah atau datuknya.

Anak perlukan perasaan bahagia:

Menghormati perasaannya
Berinteraksi dengan mereka mengikut umur mereka
Sudi mendengar rintihan mereka.
Mohon kemaafan kepada mereka ketika marah
Tidak menghentikan tangisan mereka sehingga mereka betul-betul berasa lega
Sentiasa memberi senyuman kepada mereka
Membiarkan mereka bermain dengan anda sehingga menjadi kekuda untuk mereka
Menyatakan perasaan sayang lebih dari sekali dalam sehari
Menganggap pentingnya tanggungjawab anda dirumah


Rasulullah s.a.w seorang pendengar yang baik.Baginda akan mendengar segala isi hati sahabatnya sehingga sahabatnya mengeluarkan segala isi hatinya…

Anda dianggap membentulkan kesalahan anak anda jika:

Mendahulukan ganjaran lebih dari hukuman
Menggunakan rotan sebagai jalan akhir
Menggantikan sistem ganjaran dengan sistem bintang
Beusaha untuk tidak meninggikan suara ketika berhadapan dengan mereka
Tidak menggunakan penampar,penumbuk atau kaki.

Anda boleh jadi Murabbi yang cemerlang

Mencari kaedah-kaedah baru dalam pendekatan tarbiyyah
Memahami dengan cara yang sebenar bahawa anak-anak adalah terpenting dalam hidup anda
Membuat catatan khas tentang kesalahan anda kepada anak-anak yang perlu diperbaiki.
Membaca satu artikel mengenai pendidikan sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Menunggu untuk pergi ke pameran buku untuk membeli buku terkini
Meyakini dengan penuh keinsafan Allah akan mempersoalkannya diakhirat nanti.


Diatas, adalah sedikit sebanyak informasi yangsempat sy catatkan dari program tersebut..Harap dapat dikongsi bersama pembaca yang lain.. Sekiranya ada yang tersalah harap ditegur..


BULAN SAFAR

http://www.iluvislam.com/

BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.

Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.

Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.

Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.

Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya:
"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''


Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik.

Sunday, February 22, 2009

TOPIK 32: AKTIVITI HARI MINGGU

Salam.. smua.. he3..

Lamer x.. berceloteh kat blog.. ni.. Hmm penulis agak kepenatan akhir2 ni.. Maklum jerla.. bz women he~ yeke?Neway, alhamdulillah penulis sihat sokmo..

Hari ni aktiviti pagi sy x gi aerobic sbb ader agenda len hari ni.. so, postphoned dulula.. kegiatan jasmani.. tu.. he.. ~ pi kejar bender len dulu..he3..Dalam kul 7.30 pg sy dah bersip.. terkocoh-kacah dibuatnyer sbb takut lambat sampai ke destinasi.. he~ maklumla.. tmpt yg nk di pegi tu x ketahuan.. paham2 jerla.. nanti round the world.. plak...

Hmm.. Best jugakla.. aktiviti hari ni.. sbb dah lamer x attend forum..Hmm.. dan sebelum tu.. syukran tok adik..Ain sbb knlkan akk kat.. ngn Ustazah Zaleha.. he~Insya Allah nanti.. sy akan kongsi bersama ilmu yg sy dpt untuk hari ni..

Lamer jugakla.. berpusing round the wprld sampai la jumper Masjid Munawwarah kat sek.27 Shah Alam.. org slalu sgt berjalan paham2 jerla.. Nasib Mama setia menemankan sy ke sana kalo x.. x taula.. per jadi aderla.. teman untuk berbicara.. he~x derla menggelabah sgt..

Sampai.. jer.. kat saner.. terus ke tmpt pendaftaran.. Ish, cam kenal jer kakak ni.. he~aper lagi sy pun tegur la.. kenal x? he~Ni Ka.Wardah yer.. igt x.. adik roomate..risau jugak kalo salah org tapi belasah jer.. sy ni.. men tegur suker suki sy.. jer...Alhamdulillah, mmg Kak Wardah..siap exchanged No. lagi he~

Pastu, trs r ke bilik dimana agenda akan berlangsung..agak lambat sikitla.. tapi.. kire o.kla.. asal.. majlis belum muler.. lagi.. Agak asing la.. kalo pergi sendiri hmm x kenal.. orang la.. kan.. huhu..Ustazah pun lom.. nampak lagi.. sy pun memilih tmpt yang selesa ngn Mama..

30 min kemudian agenda.. bermula..tajuk "KEIBUBAPAAN" he3.. agak mantap r disitu.. tapi x per.. ilmu jugak tu kan.. so, dok r dengar.. dan catat aper yg patut...dlm 11 lbh ader kudapan rest dalam 10 min.Kemudian bersambung dengan forum yang dibentangkan oleh panel2 yang boleh dikatakan berpengalaman dengan bidang masing2..

Sy akui agk menarik.. pengisian tok hujung minggu kali.. ni.. yerla.. Ustazah pun gi tau last minute, nasibla Mama nk temankan.. kalo x gi sorang2.. agak..la... tapi sy dah biaser sorang2 pun.. no hal.. r.. tanggung beres..

Agenda ditamatkan dengan kesimpulan yg dibuat oleh setiap ahli panel..dan para muslimat.. sahaja diminta bergambar bersama Ahli jawatankuasa ISMA yg lain..huhu.. Kemudian sy pun bersalaman dengn Ustazah Zaleha sebeum beransur pulang.. Oooopss.. sebelum balik.. ader disediakn makan tengahhari.. pi la.. singgah.. sat.. barula.. kami.. beransur..

Kami tak teus pulang.. sbb kebetulan.. dah lamer x gi umah Kak Long kat USJ gi..r sekejap.. tgk ank2 buah sy.. yg x baper .. r close sgt ngn sy.. biaserla.. budak2.. ni kalo jarang ngn kiter paham2 jerla.. len jer.. kiter yg kener ajk borak..Ckp pe yg patut pastu kami minta diri untuk pulang ke rumah.. Hujan plak x berhenti-henti turun..

Sesampainyer dirumah.. barula.. teraser .. penat.. paderhal.. xwat paper pun..
Duduk jer manjang.. agknyer.. x warm..up.. plus.. jog kot.. bdn lesu.. hu~x per2.. Insya Allah.. hari selaser aktviti on.. balik.. ngn jayernyer..

Byk plak sy bebel hr ni.. tapi x per..mg dah hobi sy.. menaip.. he3..

Insya Allah posting pasal parenting akan menyusul kemudian..

Salam...

Tuesday, February 17, 2009

Why we must read Al-Quran?


Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word? This is beautiful story, please read till end and forward to all you knows... An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.


One day the grandson asked, "Grandpa! I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?" The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water." The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," He sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home.


Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said,"I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough," He went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would Leak out before he got back to the house.


The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty.Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!" "So you think it is useless?" The old man said,"Look at the basket." The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out."Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and outside. That is the work of Allah in our lives.


"Moral of the story : Read Al-Quran frequently as it will purify our heart. When we have pure heart, it is easy to do righteous and leave jahiliyah and badness in ourselves.

TOPIK 31: PENING2

Salam... and Gud Morning!!!

hu~penulis.. x dpt tido mlm kelmarin..so.. semalam sakit kepaler menyerang aper.. lagi.. smua upside downla.. ha3..ntah naper.. ntah x leh tido..memikirkan kondisi adinda yg tercinter.. lagi hu~btol r.. die..result die br kuar.. hmm.. i think she know what she must do..huhuhu~~~~

Hmm ditambah plak surat beranak berjalan2 maner plak la.. perginyer die.. puas ku cari.. tapi tidak ku jumpa en.. huahuahuahua...bengang giler!! ntah baper kali cek kat tmpt2 spot yg ader tapi hamper.. nmpanyer kenerla.. gi pejabat pendaftaran negara .. ha3..dah buat baru fotostat byk2 then frame.. ngeh3..nasib yg copy ader kalo x der lagila.. haru..nk hntr borang tok dpli pun pyh kat U..hu x sah.. plak nanti kewarga negaraannyer he3..settle..

semalam..ntah camner mamat sorang ni.. India dah la slalu wathal x psl2 kener marah ngna die.. mentang2 bos xder.. aper ntah kuaser die.. piiii...rah.. nk marah .. r ni..he.. astagfirullah hal a'zim...mengucap banyak2.. maner x nyer die ingat org dok dpn PC jer x wat kejer.. dah mmg kejer tu ngadap pc.. plus.. mmg slalu dok kat situ aper ntah prob die.. sajer jer nk cr gadoh..
Malas.. nk layan sharp pukul 5, cha alif but....dari dilayan makin menjadi-jadi.. so, better angkat kaki.. balik cpt2.. ha3..(slalu mmg make sure.. x terserempak ngn die.. pun.. malas!!!x suker sbb die suker buli org.. huahuahua.. sbb dah pernah kener tu..la.. ku berjager2..)phew~~~

Hmm.. pagi2 ni.. recovered.. skt.. amek jalan tok.. wat jer surat beranak baru.. settle..x yah serabut2.. plus.. jumper.. lagi mamat tu hari.. ni.. make sure.. hari.. ni pun.. cabut.. cpt2.. asal.. die dtg jer.. get ready jerla.. nk blk..hmm..

K.la..nk siap.. pi kejer.. hehe..slamat!!!!

Wednesday, February 11, 2009

TOPIK 30: MOODY..

Salam.. hu~

Mood penulis kurang baik.. beberaper.. hari ni.. mcm nk meletup.. jer.. Astagfirullah Hal.. A'zim.. x leh dok layan sgt perasaan tu..Jadinyer penulis pun membawa diri.. yg tak baper nk betol sgt ni.. ke.. kedai buku..

Buku aper yg ditengoknyer?
Hmm.. dok belek2 buku.. tgk2 gambar.. bacer saner bacer sini sikit last2 beli.. la.. ha3..
Tu..la.. kejernyer.. paham2jerla.. kawan2 dah jauh adik plak.. nun.. kat Londang saner..jadinyer tiada teman untuk berbicara.. blog.. ni la.. tmpt sy nk membebel ke.. berceriter.. ke.. merapu ke...

Hmm....perlu buat sesuatu.. untuk hilangkan raser kurang selesa.. ni...
Sajer je.. nk drop by kat sini... k.lah..
Nk.. buat aper yg patut.. pastu.. nk tido...

Salam.. semua..

Sunday, February 8, 2009

DOA AGAR MENJADI ORANG BIJAKSANA

Maka kami beri Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu, & masing2 ( daripada mereka berdua)Kami berikan hikmah kebijaksanaan dan ilmu yang banyak dan kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung memuji kami bersama-sama Daud.Kami sememangnya berkuasa melakukan semuanya itu.(Al Anbiya : 79)

Friday, February 6, 2009

TOPIK 29: KECURIAN!!!

Hari ni sy nk citer psl kecurian yg berlaku.. sebenarnya terjadi minggu lps sbb x der maser nk update blog ni disbbkn hal ehwal Negara yg meruncing ni.. oleh itu, sy mncuri sedikit masa sy hr ni utk menceritakan tentang kes curi.. ni..

Seperti biasa sy melayan pelanggan yg datang dan pergi membeli ubat.Kebetulan Hari tu, bos keluar menghantar anknya pulang ke rumah.Sorang staf x dtg disebabkan perayaan Thaipussam yg bakal mereka raikan…ahad ni untuk mengelakkan kesesakan die mintak off day awal gi kuil la.. Jadinya, tinggalla Yuga dan sy berdua..

Sekitar pukul 3 ptg…

Agak sunyila.. ketika.. itu, org pun x ramai datangla.. seorang mamat ni, melayu pakai helmet dan jaket mencari2 barang. Saya dan Yuga sibuk melayan pelanggan. Yang tinggal beberapa kerat jer..Pastu sy tanya la.. mamat ni.."Yer ader nk cari ape2 ker?".
Masa tu x terpikir langsung yang mamat ni dtg ader niat lain.. Saya pun satu lurusnyer yg amat…blurrr kejap..Mamat tu pun kater x der paper.. so, sy pun pergilah layan pelanggan yg lain..sampai satu ketika …

Saya merasakan ada sesuatu yg x kener.. mamat tadi.. menyusup.. laju ke pintu sambil memegang sesuatu.. Aper lagi, aksi kejar megejar pun bermula..pergh!!! terlepas.. saya jer yg perasan muka org tu.. Yuga x cam sbb dia sibuk dgn pelanggan yg len..Yuga mula pelik melihat sy…cemas..

Yuga: Naper kak?
Saya: U x perasan ke mamat tu amek brg?I suspect somthingla..
Yuga: Akak biar betol..
Saya: Betol r ni..Hbs r bos potong gaji akak..(sempat jugak sy bergurau )
Yuga: Apa nk buat ni kak?
Saya: Aper lagi ? Call r Bos.. Lagi mau tanyer..pe.. da…

Perbualan antara Yuga dan Bos tamat..

Saya: Bos kate per?
Yuga: Few minutes he will arrive..Raser akk die amek aper?
Saya: Akak rasa mcm susu cuber u ingat balik smua susu yg kat shelves.
Yuga: Ha’a la.. kak.. ader satu susu tu, jarang org beli..

*Kejadian yg sama berlaku pada malam hari ketika bos sibuk melayan pelanggan minggu sebelumnya…

Saya: Akak x terpikir pun..sampai akk rase semacam br akk igt bos punyer citer hr tu…
Yuga: Bende dah jadi kak…

Hari ni 6 Februari.. kejadian yg sama nyaris-nyaris berlaku.. Kebetulan ketika itu kul 2 ptg sy br balik dari lunch sambil memikirkan hal ehwal Negara.. ehe~

Tibe2 derap kaki sy mcm x baper nk sedap sgtla..rase mcm ader org tgk jer. Aper lagi mata ni dok meliar mencari org yg memandang sy dr jauh..

Ader beberapa budak lelaki bermotosikal.Salah seorang tersengih-sengih memandang sy..Dalam hati (peke hey org ni?Nk kener belasah ke? Ayat nk brutal ha3) Elok2 di Hari Jumaat yg mulia ni x nk la cr pasal.. nk karate org plak.. mmg teraser nk kick jer.. ni.. lamer x kick punch,kick punch ni.. boleh gak tunjuk skill.. ha3..Tapi idea giler terhenti disitu, mengenangkan mereka ader beberapa org.Sy trs msk ke dlm farmasi..Sambil ditemani Yuga dan kakak Tilaga..

Kak Tilaga: Dik cam x saper org kat luar tu?(satu jer kakak ni sometimes I can’t catch up what she trying to say to me..)
Saya: naper kak?
Kak Tilaga: Adik cam x.. org tadi (br la paham…)
Saya: Pelik gak yg sorang tu sengih kat sy .. bile sy pk2 balik..la, budak yg culik susu tepung kat farmasi rupernyer.. awatla.. lambat aku nih.. (sempat dok salahkan dr sendiri).
Yuga: Kak Shida, dieorg 3 org smua pakai jaket akan2 jer colornyer..sorang pakay skuter NOVO.. sorang lagi I x sure..Dah kami bertiga dok jadi jaga sementara bos kuar mkn ngn Doktor Zul..
Kak Tilaga : Bahaya la skrg if die bw pisau mcmmana?sya ader 1 suami 2 org anak..
Saya: Sy plak ader sorang mak,sorang abah, sorang adik..camne tu?
Yuga: sy x der bapak ader mak, ader nenek, dgn adik jer..
Saya: dah..dah.. dah.. sorang2 jgn nk merepek..

Bos.. pun jalan beriringan dgn Dr Zul…

Yuga pun dok start la berceriter….bla..bla..bla..

Agak m’malukan tu dahla.. melayu.. x tau r per nk jadi ngn bdk2 skrg… ni….

Saya raser cubaan mereka untuk datang melawat ke farmasi mcm ader jer.. lagi..so, kenerla berhati-hati…

Sbg langkah berjaga2… smua barang2 yg agk berharga disorokkan…Plus.. kalau 3 org sorg jaga dpn.. cashier.. dan belakang.. slalu belakang sy yg dok.. org belakang tabir..menyorok jer.. kejernyer..tp.. brg pun boleh thn gak byknyer..pelanggan pun.. ader jer..

# Moral :
-Perlu sentiasa berhati-hati…walau dimana anda berada….

Thursday, February 5, 2009

NGAJI…….

Al-kisah.. disuatu tempat yang bernama pasir berdengung tinggallah sebuah keluarga yang terdiri daripada Ummi,Walid,dan dua orang anak lelakinya…Mereka hidup dalam kehidupan yang aman dan permai.

Walid seorang tukang kebun, manakala Ummi seorang suri rumah sepenuh masa.Hasil dari kebun itulah yang menjadi punca rezeki utama mereka sekeluarga.Ummi sepert suri rumah yang lain menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Ummi kepada 2 orang puteranya yang bernama Amar,11 tahun dan Ameer 5tahun.

Amar sejak kecil diasuh dengan baik oleh ibunya,dan sedang menuntut disalah sebuah sekolah disempadan pekan.Sebulan sekali dia akan pulang dari menuntut ilmu.Manakala Ameer seperti kanak-kanak yang lain membesar dengan riang dan gembira.

Sudah lama Amar memerhatikan Walidnya yang jarang sekali mengaji Al-Quran. Walaupun,ianya bukan sesuatu kemestian, Amar selalu memerhatikan Walid tetapi tidak berani untuk bertanya..Walhal, Ummi acapkali selesai menunaikan solat, dia akan terus mengaji.

Pada suatu hari, terdengarlah perbualan Ummi dan Walid.Topik perbincangan tidak dapat dikesan tapi Amar cuba menangkap isi-isi penting perbualan mereka suami isteri..

Walid: Saya sudah lama tidak mengaji.Teringin hendak mengaji.
Ummi: Apa salahnya, ngaji tu..kan perkara yang baik?
Walid: Saya kalau nak ngaji terasa macam tajwidnya tak betul,dari segi kefasihan pun kurang…
Ummi: Kalau Walid risaukan pasal tu, sampai bila-bila pun Walid tak ngaji. Sesuatu benda tu bukannya kita boleh dapat dengan serta merta.Seperti bayi hendak berjalan kena melalui proses merangkak dahulu.Itupun banyak kali jatuh terduduk, tetapi setelah usaha akhirnya bayi bukan sahaja boleh berjalan malah berlari.
Walid: Bukan itu sahaja ada lagi..
Ummi: ????????
Walid: Pernah saya pergi belajar di surau dalam kumpulan yang kecil lebih kurang 10 orang,sy berasa malu setiap kali giliran sy tiba.Banyak kesalahan yang didapati oleh Ustaz. Kawan-kawan yang lain semuanya lancer pembacaanya..Selepas dari itu,sy x pergi lagi kelas mengaji tersebut.
Ummi: Walid, seperti yang Ummi cakap sebelum ini. Bayangkan yang Walid sedang melalui proses pembelajaran.Masa belajar kita tidak boleh malu,biarlah orang kata kita lurus ke apa ke?Kita tidak boleh selama-lamanya begini..Kita perlukan perubahan..Pedulikan apa kata mereka..Janji Walid tahu apa yang Walid buat.
Walid: Baiklah Ummi,Walid cuba perbaiki diri..

Ammar yang sejak tadi mendengar perbualan kedua-ibubapanya pun pura-pura membaca buku…Dalam hatinya patutla selama ini jarang kulihat Walid mengaji…Rupa-rupanya disebabkan itu…

Usai setiap kali selepas solat Ummi dan Ammar tidak lupa berdoa agar Walid berubah dan menanamkan azam baru ke dalam dirinya untuk menuntut ilmu mengaji.

Alhamdulillah…Walid menunjukkan perubahan. Dia rajin pergi ke masjid untuk menuntut bersama Ustaz dan rakan-rakan yang lain.Ini adalah sesuatu yang perubahan amat berharga buat Ummi dan Ammar.Kedua-dua mereka tidak putus-putus mengucapkan syukur atas perubahan yang dilihat oleh mereka.Semoga Walid lebih tekun mendalami ilmu tersebut…dan tidak lagi berasa sangsi atas kebolehan diri dalam menuntut ilmu mengaji..

Wednesday, February 4, 2009

MOTIVASI DIRI 1


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Salamz dan selamat pagi semua..

Alhamdulillah sy dah recharge tenaga balik kalo x memang kepenatan jer,semenjak dua menjak ni.. ehe~

xder yg menarik sangat yg berlaku.. so, sy lebih suka mendiamkan diri.. Ditambah pula dengan kepenatan yg ada.. lagila menjadi-jadi.. he3.

Hari ni sy nk citer,psl diri sy..sy mulai dengan Mama sy kata.....

"Mama takder anak lelaki,oleh itu aper2 yg terjadi..kamu mesti BERANI"

* Maksud Mama saya kat sini die nk sy berdikarila.. walau aperpun.. Maklumla.. Sy ank sulung .Adik-beradik dua2 perempuan.Kat sini Mama x nk sy terlampau bergantung sangat,dengan mereka..We can't expect our future.. isn't it?

Oleh itu,walau macam maner sekalipun sy gagahkn diri..kadang2 kita ni biaserla manusia biaser je..tahap iman kiter pun sentiasa naik turun.. huhu~

Tapi insya Allah sy cuber bagi contoh yg baik untuk adik sy..Walaupun sy rasa diri ini banyak kurangnyer..

Hmm..stop dulu kat sini..