Thursday, January 29, 2009

MEMBURU CINTA..

Aku menangis lagi,
Menangis ketika membaca kitab suci Al Quran,
Adakah solatku beserta amalanku diterima?
Ya Allah sesungguhnya hati ini tersentuh,
Tersentuh kerana aku tidak dapat memburu cinta,
Memburu cinta?
Mencari cintaMu yang sebenar…
Adakah hatiku, telah ditutup untuk menerima cintaMu?,
Sesungguhnya aku amat takut ketika mengenangkan nasib diriku..
Aku hanyalah insan yang lemah..
Diri ini selalu lupa dan alpa pada Pencipta.
Ya Allah, terimalah taubatku ..
Sesungguhnya Engkau sentiasa mengetahui isi hati insan yang lemah sepertiku…
Berikanla daku Nur petunjuk
Agar diriku sentiasa terarah…

No comments: