Thursday, February 5, 2009

NGAJI…….

Al-kisah.. disuatu tempat yang bernama pasir berdengung tinggallah sebuah keluarga yang terdiri daripada Ummi,Walid,dan dua orang anak lelakinya…Mereka hidup dalam kehidupan yang aman dan permai.

Walid seorang tukang kebun, manakala Ummi seorang suri rumah sepenuh masa.Hasil dari kebun itulah yang menjadi punca rezeki utama mereka sekeluarga.Ummi sepert suri rumah yang lain menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Ummi kepada 2 orang puteranya yang bernama Amar,11 tahun dan Ameer 5tahun.

Amar sejak kecil diasuh dengan baik oleh ibunya,dan sedang menuntut disalah sebuah sekolah disempadan pekan.Sebulan sekali dia akan pulang dari menuntut ilmu.Manakala Ameer seperti kanak-kanak yang lain membesar dengan riang dan gembira.

Sudah lama Amar memerhatikan Walidnya yang jarang sekali mengaji Al-Quran. Walaupun,ianya bukan sesuatu kemestian, Amar selalu memerhatikan Walid tetapi tidak berani untuk bertanya..Walhal, Ummi acapkali selesai menunaikan solat, dia akan terus mengaji.

Pada suatu hari, terdengarlah perbualan Ummi dan Walid.Topik perbincangan tidak dapat dikesan tapi Amar cuba menangkap isi-isi penting perbualan mereka suami isteri..

Walid: Saya sudah lama tidak mengaji.Teringin hendak mengaji.
Ummi: Apa salahnya, ngaji tu..kan perkara yang baik?
Walid: Saya kalau nak ngaji terasa macam tajwidnya tak betul,dari segi kefasihan pun kurang…
Ummi: Kalau Walid risaukan pasal tu, sampai bila-bila pun Walid tak ngaji. Sesuatu benda tu bukannya kita boleh dapat dengan serta merta.Seperti bayi hendak berjalan kena melalui proses merangkak dahulu.Itupun banyak kali jatuh terduduk, tetapi setelah usaha akhirnya bayi bukan sahaja boleh berjalan malah berlari.
Walid: Bukan itu sahaja ada lagi..
Ummi: ????????
Walid: Pernah saya pergi belajar di surau dalam kumpulan yang kecil lebih kurang 10 orang,sy berasa malu setiap kali giliran sy tiba.Banyak kesalahan yang didapati oleh Ustaz. Kawan-kawan yang lain semuanya lancer pembacaanya..Selepas dari itu,sy x pergi lagi kelas mengaji tersebut.
Ummi: Walid, seperti yang Ummi cakap sebelum ini. Bayangkan yang Walid sedang melalui proses pembelajaran.Masa belajar kita tidak boleh malu,biarlah orang kata kita lurus ke apa ke?Kita tidak boleh selama-lamanya begini..Kita perlukan perubahan..Pedulikan apa kata mereka..Janji Walid tahu apa yang Walid buat.
Walid: Baiklah Ummi,Walid cuba perbaiki diri..

Ammar yang sejak tadi mendengar perbualan kedua-ibubapanya pun pura-pura membaca buku…Dalam hatinya patutla selama ini jarang kulihat Walid mengaji…Rupa-rupanya disebabkan itu…

Usai setiap kali selepas solat Ummi dan Ammar tidak lupa berdoa agar Walid berubah dan menanamkan azam baru ke dalam dirinya untuk menuntut ilmu mengaji.

Alhamdulillah…Walid menunjukkan perubahan. Dia rajin pergi ke masjid untuk menuntut bersama Ustaz dan rakan-rakan yang lain.Ini adalah sesuatu yang perubahan amat berharga buat Ummi dan Ammar.Kedua-dua mereka tidak putus-putus mengucapkan syukur atas perubahan yang dilihat oleh mereka.Semoga Walid lebih tekun mendalami ilmu tersebut…dan tidak lagi berasa sangsi atas kebolehan diri dalam menuntut ilmu mengaji..

No comments: