Monday, February 23, 2009
PROGRAM FORUM KEIBUBAPAAN
Dianjurkan Oleh: (ISMA)Shah Alam,(SAK) Klang.
Diantara pengisian yg sy peroleh sepanjang program berkenaan adalah berkenaan dengan tanggungjawab institusi sesebuah keluarga yang perlu dimainkan oleh Ayah selaku ketua keluarga,Ibu sebagai penasihat dan juga anak-anak.
Bagaimana hendak membina sebuah BaitulMuslim?
Ia dapat dibina melalui:
Peribadi seseorang itu sendiri
Bentuk yang dikehendaki untuk sesebuah BaitulMuslim
Bimbingan dari masyarakat sekeliling
Pembebasan tanah air dari kuasa luar
Memperbaiki kerajaan sehingga menjadi kerajaan Islam
Untuk membina sebuah keluarga yang bahagia, perkara yang paling utama mestilah bermula dari akar umbinya.Ini dapat dimulakan dengan bimbingan awal yang bermula dari rumah iaitu salah satu faktor pembentukan anak-anak itu sendiri. Ia juga dikenali sebagai sekolah pertama yakni pendedahan awal anak-anak .
Sebagaimana yang diterangkan oleh Ustaz Rushdi, pendedahan awal bagi kanak yang berumur bawah 6 tahun adalah sangat penting,dari segi belaian dan kasih sayang.Dalam tempoh ini pukulan tidak harus dipraktikkan.Bagi yang berumur 7 tahun didikan berupa arahan dan bimbingan perlu untuk melatih anak-anak supaya patuh kepada arahan yang diberi dan bagi yang berumur 10 tahun keatas penegasan bagi setiap yang dilakukan adalah perlu untuk memberi mereka disiplin yang mantap dalam melaksanakan sesuatu tugasan contohnya dalam isu melaksanakan solat.
“Sekiranya sesorang lelaki itu tidak keluar dari rumah maka aib baginya”
– Imam Ghazali.
Disini peranan Ayah didalam sesebuah institusi keluarga itu perlu diterangkan kepada anak-anak secara terperinci,begitu juga dengan peranan seorang ibu. Dengan itu, anak –anak akan mula mengerti kegiatan harian yang dilakukan oleh kedua ibubapa mereka, tanpa rasa ragu-ragu.
Tanpa wanita yang bergelar Ibu juga sekiranya tidak betul hasil didikannya akan menghasilkan umat yang cepat rosak ini juga diakui oleh orientalis Barat.Oleh itu, Al-Ummu Madrasah itu pun penting bagi sesebuah institusi keluaraga agar dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang dan berilmu.
Pernah Nabi s.a.w bertanya kepada seorang wanita : “Apakah kamu mempunyai suami?”Wanita itu pun menjawab , “Ya..”.Baginda bertanya lagi “Bagaimana kedudukan kamu disisi suamimu?”Lalu wanita itu menjawab, “ Aku melakukannya sekadar yang termampu”.Maka lihatlah kedudukan disisi dia kerana dia adalah syurga dan neraka..
(Riwayat Ahmad)
Aisyah berkata: “Baginda adalah orang yang paling baik,sangat banyak tersenyum dan sangat periang”.
Hak seorang anak dari ayahnya:
Mendapat seorang ibu yang baik.
Mendapat nama yang baik
Diajarkan Al-Quran
(Umar Al-Khattab)
Sunat dinamakan seseorang anak itu pada awal kelahirannya, dan sunat diberikan nama oleh Ayah atau datuknya.
Anak perlukan perasaan bahagia:
Menghormati perasaannya
Berinteraksi dengan mereka mengikut umur mereka
Sudi mendengar rintihan mereka.
Mohon kemaafan kepada mereka ketika marah
Tidak menghentikan tangisan mereka sehingga mereka betul-betul berasa lega
Sentiasa memberi senyuman kepada mereka
Membiarkan mereka bermain dengan anda sehingga menjadi kekuda untuk mereka
Menyatakan perasaan sayang lebih dari sekali dalam sehari
Menganggap pentingnya tanggungjawab anda dirumah
Rasulullah s.a.w seorang pendengar yang baik.Baginda akan mendengar segala isi hati sahabatnya sehingga sahabatnya mengeluarkan segala isi hatinya…
Anda dianggap membentulkan kesalahan anak anda jika:
Mendahulukan ganjaran lebih dari hukuman
Menggunakan rotan sebagai jalan akhir
Menggantikan sistem ganjaran dengan sistem bintang
Beusaha untuk tidak meninggikan suara ketika berhadapan dengan mereka
Tidak menggunakan penampar,penumbuk atau kaki.
Anda boleh jadi Murabbi yang cemerlang
Mencari kaedah-kaedah baru dalam pendekatan tarbiyyah
Memahami dengan cara yang sebenar bahawa anak-anak adalah terpenting dalam hidup anda
Membuat catatan khas tentang kesalahan anda kepada anak-anak yang perlu diperbaiki.
Membaca satu artikel mengenai pendidikan sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Menunggu untuk pergi ke pameran buku untuk membeli buku terkini
Meyakini dengan penuh keinsafan Allah akan mempersoalkannya diakhirat nanti.
Diatas, adalah sedikit sebanyak informasi yangsempat sy catatkan dari program tersebut..Harap dapat dikongsi bersama pembaca yang lain.. Sekiranya ada yang tersalah harap ditegur..

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment