Sunday, December 28, 2008
TOPIK 24: CRAMMED!!
Hmm..crammed menyerang lagi..
Bukan sekali dua.. rasernyer kali.. ni paling dasyat..
Of course sakitnyer DIA.. sajer yag tahu..
Terjaga pukul 12.30pagi.. waktu Malaysia..ingat setakat.. tarik.. toto.. dah o.k dah.. crammed akn surut..ni takut nk tido.. blk..gare2.. crammed.. sakitnyer yg amat.. nangis.. x usahla.. kater...seperti biaser.. Huhuhu...
Mcm agk kerap .. kener crammed akhir2 ni..
Nk kater x wat cool down.. after jog.. buat.. tapi rasernyer ni mesti kureng kalsium.. huhu...hari tu kurang zat besi..(boleh plak..kan?) samapi x der can nk derma darah..untuk yg ke-3 kalinyer..
Hmm..sis mengetok pintu bilik abah.. hbs..r kantoi abah tau..sbb sy jarang sakit..hu~ nk wta cmner.. dah nk dtg..nk kater sejuk x derla..sejuk pun..hu~x phm tol..nk wat jln pun sakit dah.. ni.. camner tu.. mcm org OKU sat..pagi skt o.k kot..
Nk jalan raser kaki cam kayu...Nasib r esk cuti..tapi igt plan sok.. nk kaur.. tapi stil x confirm lagi.. kawan punyer adik nk tunang da...tgh menimbang2 nk pegi ke x..
Hmm, tu yg saya bangun pagi2.. ni.. search kat internet cr info psl kekejangan..huhu.. nk kater kurang minum air..hari ni 2.5ml.. (sebenarnyer nk genapkan.. 3liter tapi x sampai he~)..
Ermm.. jam pun dah nk menunjukkan puku; 2.05pagi..rasernyer dah o.k kot..k.la.. sy nk tido..hu~ hope.. x der paper..la..
k.la.. selamat pagi... nk sambung tido balik dah..
ASSALAMUALAIKUM.........
Wednesday, December 24, 2008
TOPIK 23: UBAT CACING
Clerk:Yes, Farmasi Siva here..
Customer:Hello, I would like to ask whether your pharmacy have this medicine..
Clerk: What kind of medicine?
Customer: Worm tablet.
Clerk:......For whom? Adult or children?
Customer: Actually i want to have it for my dog...May i know what is the price per tablet?
Dalam hati si kerani sabo jerla.. awat x habaq awai2...
Lalu, si kerani tu pun tanyerla kat kawan die..
Clerk: RM1.50 p'tablet..
Customer: o.k then,i'll come later thank's..
*****************************************************
Kisah ni ku ceritakan pada mama sy..
Pada mulernyer dia x der r nk gelak..Pastu,lps die tau ubat tu untuk anjing die.. die bantai.. gelak..ingat untuk org...sy pun sebenarnyer.. pk.. yg samer.. cara customer tu tanyer macam beria-ia jer.. sabojerla..
macam2 ragam pelanggan
( Kisah benar )
think about it!!
ha3.. org mcm ni pun ada...
Tuesday, December 23, 2008
TOPIK 22: ..............
Isteri syurganya dibawah tapak kaki suami...
Anak pula ( bagi yg perempuan )syurganya dibawah tapak kaki ibu...
Harap kalo tersalah ada yg tolong btolkan...
Bagaimana nk memulakan cerita yer..
Beginilah..
Message diterima seawal pagi,khabar dari kampung menyatakan Atok demam lagi..hati anak maner yg x risau memikirkan tahap kesihatan ayahnya yg muler menurun akhir2 ini...
Lalu, Ibu bertanya pendapat anaknya.. perlukah dia pulang ke kampung.. seperti biasa syarat2 seorang isteri untuk keluar dari rumah memerlukn izin si Suami...lalu si anak menjawab apa yang ibu fikirkan terbaik.. Kebetulan si Suami.. tidak berapa sihat kebelakangan ini...
Kirenyer si isteri dalam dilema..
Hu~ si anak ni pun terasa jugerla impak maksimanyer...Sbg anak perempuan tipu r.. tak terasa tekanan si ibu..Ibu masih memikirkannya, tapi x tahu bagaimana nk menyuarakan hasratnya pada suaminya..
Setelah perbincangan diadakan antara suami dan isteri.. maka si suami pun setuju untuk membenarkn si isteri pulang ke kampung halaman...
Walaupun pada mulanya si suami agak keberatan memberikan izin pada mulanya...
Tinggallah si suami bersama anak perempuannya untuk beberapa hari...
Moral of the story:
* Diskusi itu penting..
* Hubungan baik antara anak,suami isteri dan ibu bapa perlu dijaga..
Friday, December 19, 2008
TOP UP
Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit.Selalunya,apabila kita ingin membuat panggilan,lebih-lebih lagi kepada yang tersayang,apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon,kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan ‘topup’.Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh.Tetapi,pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?
Cuba kita bayangkan.Satu hari,satu suara berkata kepada kita..“Maaf,pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga”.Pernah tak kita berfikir seperti itu?Bayangkan di hari kebangkitan nanti,perkataan seperti itu diucapkan kepada kita.Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu?Apakah kita masih boleh men ‘top-up’ pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung.Bayangkan rasa kecewa yang menyelebungi diri kita,melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia,kecewa dalam interview,kecewa dalam kerja,dalam segalanya.
Kita selalu menangis apabila kita kita kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada diri kita.Tetapi,pernah tidak sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita.Pernah tidak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama’,tabi’ tabii’n dahulu,yang selalu menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit.Sedangkan kita? Dosa kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata.Tetapi,apabila kekasih kita meninggalkan kita,sampai bengkak mata kita menangis.Betapa lemahnya iman kita..
Ingatkah kita akan kisah Syadad bin Aus? Kenal siapa Syadad bin Aus? Kata Abu Darda’ ..“Setiap umat ada orang fakih,dan antara orang fakih umat ini ialah Syadad bin Aus”.Kembali kepada kisah Syadad bin Aus.Satu malam,Syadad bin Aus hendak tidur,tetapi dia tidak dapat tidur dan hatinya gelisah.Maka dia berkata “Ya Allah,nerakaMu menyebabkan aku berjaga malam,dan hilangkanlah daripadaku rasa mengantuk ini”.Lalu,beliau bangkit dan solat sehingga Subuh.Kisah bagaimana seorang Fakih yang takutkan neraka sehingga tidak dapat tidak tidur malam..Adakah sekuat itu iman kita? Sahabat-sahabat kita di Palestin berjuang mengangkat senjata dan bermati-matian menentang golongan kuffar,dan kita? Hendak mengangkat mata dan selimut untuk pergi solat Subuh berjemaah pun kita tidak mampu,inikan pula hendak pergi berperang.
Mari kita sama-sama muhasabah diri kita..
Suka untuk saya bercerita kisah seorang sahabat Nabi bernama Amir bin Said.Pada zaman pemerintahan khalifah Saidina Umar al-Khattab.Ketika itu,beliau baru sahaja mendirikan rumah tangga.Saidina Umar hendak melantik seseorang untuk menjadi Gabenor di negara Kufah.Dengan berasaskan takwa,Saidina Umar menawarkan jawatan tersebut kepada Amir bin Said,tetapi beliau menolak kerana amanah tersebut terlalu berat bagi beliau.Saidina Umar berkata kembali “Kenapa kamu memilih aku menjadi khalifah sedangkan kamu tidak di belakang aku?”.Akhirnya,Amir bin Said menerima jawatan tersebut dan Saidina Umar memberikan kepada beliau sejumlah wang untuk beliau bertugas sebagai Gabenor di Kufah.Said bin Amir sebaliknya tidak menggunakan wang tersebut untuk dirinya,bahkan bersedekah kepada fakir miskin.Ketika menjadi gabenor di Kufah,pernah penduduk Kufah membuat aduan tentang kepimpinan beliau.
Penduduk Kufah mengadu tentang 3 perkara ; pertama(1),Said bin Umar tidak keluar dua kali dalam masa sebulan.Kedua(2),beliau lambat keluar untuk bertugas pada waktu pagi dan ketiga(3),beliau tidak keluar pada waktu malam.Dengan tawaddu’ Said bin Amir menjawab aduan-aduan tersebut.Beliau tidak keluar dua kali sebulan kerana beliau hanya mempunyai pakaian sehelai sepinggang.Dua hari itu digunakan untuk membasuh dan mengeringkan pakaian beliau.Beliau keluar lambat pada waktu pagi kerana beliau tidak mempunyai khadam atau hamba.Beliau dan isterinya melakukan sendiri semua kerja-kerja rumah.Beliau tidak keluar pada waktu malam kerana beliau memperuntukkan malam beliau hanya untuk beribadat kepada Allah.
Itulah satu contoh kepimpinan dan tauladan yang sepatutnya kita contohi.Walaupun bergelar gabenor,beliau tidak bermegah-megah dengan jawatan itu,bahkan semakin tawaddu’ dan rendah diri.Hendaklah kita memperuntukkan malam kita untuk beribadat kepada Rabb al-Jalil dan tidak mengisi sepenuhnya malam kita untuk melunaskan permintaan manusia kerana untuk memenuhi kehendak semua orang adalah sesuatu benda yang tak mungkin tercapai.Ubatilah hati kita selagi peluang bertaubat masih terbentang dan janganlah menunggu sehingga terbentangnya maksiat-maksiat kita di hari akhirat,baru kita hendak menyesal kerana seperti pepatah melayu “sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tiada berguna” .
Berkata ulama’,terdapat 9 perkara yang boleh meng'islah(ubah)kan hati :
1.Membaca al-Quran dengan tadabbur dan memahami maknanya.
2.Mengosongkan perut dengan mengurangkan makan
3.Bangun malam dengan beribadat
4.Bermunajat pada waktu sahur
5.Berdamping dengan orang Soleh
6.Diam daripada perkara-perkara tidak bermanfaat
7.Uzlah daripada orang jahil
8.Jangan selalu bersama mereka(orang jahil)
9.Makan benda yang halal
Konklusinya,marilah kita sama-sama merenung dan menangisi dosa-dosa kita lakukan.Tidak rugi untuk menitiskan air mata kita kerana takutkan Allah kerana titis-titis air mata kita dan amalan-amalan baik kita umpama ‘top-up’ yang akan mengisi ‘kredit’ untuk kita pada hari perhitungan nanti,insyaALLAH..
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah,gementar hatinya..dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka..bertambah(kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal” (Al-Anfal,2)
Rujukan : Terjemahan al-Quran,Kitab Fathul Mubin Bi Syarhi Arbai’in,Kitab Al- Jawahir Al-Lu’lu’iyah Fi Syarhi Arbai’in An-Nawawiyah.
( iLUV Islam)
TOPIK 22: NABIL
Sunday, December 14, 2008
TOPIK 21: ULAM-ULAMAN
Pagi ni x gi jog..r..hari tok bermalas-malasan sbb 1 hari jer pun cuti so, kener.. hargai sgt2... ms yg ader ssb itula..ms nk bacer majalah.. nk mengemas.. nk buat aper smua yg ptt...
Ish, merapu plak sy ni..Hmm.. kalo ikut tajuk diatas.. sajer.. jer.. nk share.. ulam2-man.. yg slalu .. mkn.. dr yg x der raser2 paper.. ader bau sikit2 (herba la katerkn),dan tak ketinggalan yg pahit...
kalo nk senaraikan.. mmg byk..
Tapi yg slalu sy mkn.. la..kan..
ulam raja
pucuk buas
jantung pisang (mmg sgt suker) he3..
kacang boto
daun betik
petai ngn jering (tgk r kdg2 mkn gak ha3)
daun selom
daun pegaga
taugeh
pucuk ubi ( dah x mkn byk angin ha3)
yg pasti.. skrg tgh rajin2 makan peria katak..Eeee agk pahit r...tapi telan je.. mcm mkn keropok.. ha3..
nk gi Putrajy...
Saturday, December 13, 2008
TAHUKAH ANDA??
2) Ayat Al-Quran hanya sekitar 6,234 ayat menurut pendapat Ahli Kuufah. 6666 ayat adalah menurut pendapat yang lemah.
3) Pengamalan bacaan surah As-Sajadah dan surah Al-Mulk sebelum tidur adalah 'amalan rutin Rasulullahi shollallahu 'alaihi wasallam dan Baginda menggalakkan Muslimiin serta Musliimat menghafaznya.
4) Surah Al-Kahfi adalah surah yang digalakkan oleh Rasulullahi shollallahu 'alaihi wasallam membacanya pada malam dan siang hari Juma'at.
5) Pembacaan surah Al-Baqarah dan surah Aali 'Imraan sudah mencukupi simpanan perbendaharan untuk seorang Muslim di Akhirat. Bayangkan dengan membaca keseluruhan Al-Quran.
6) Surah Al-Kaafiruun, surah Al-Ikhlaash, surah Al-Falaaq, dan surah An-Naas adalah surah-surah 4 Qul yang diamalkan Rasulullahi shollallahu 'alaihi wasallam sebelum tidur dengan mengulangi 4 Qul dan dihembuskan ke tapak tangan lantas disapukan ke seluruh anggota badan bermula dari kepala hingga ke kaki sebanyak 3 kali.
7) Pembacaan Ayaatul Kursiy sebelum tidur, Allah mengutuskan Malaikat menjaga si pembaca dari sebarang gangguan jin dan syaithon sehingga bangun dari tidurnya.
8) Maut tidak menunggu kita dari berlengah-lengah membaca Al-Quran setiap hari, oleh itu mulakanlah dengan segera hari ini!
9) Al-Quran sebagai pembela bagi orang yang benar-benar membacanya dan Al-Quran juga sebagai pendakwa bagi orang yang tidak benar-benar membacanya ketika berlakunya perbicaraan 'amalan di Akhirat kelak.
10) Bagi penghafaz Al-Quran, akan dikurniakan Allah kepada ibu bapa mereka pakaian dan mahkota kebesaran dari cahaya di Akhirat kelak. Bayangkan anak yang menghafaz Al-Quran itu sendiri, lebih hebat kurniaan Allah kepadanya berbanding ibu bapanya.
halaqah net
4 PERKARA SEBELUM TIDUR
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.... "Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?" Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
halaqah.net
Friday, December 12, 2008
REASON TO SMILE
2.Smiling changes our moodNext time you are feeling down, try putting on a smile. There's a good chance you mood will change for the better. Smiling can trick the body into helping you change your mood.
3. Smiling is ContagiousWhen someone is smiling they lighten up the room, change the moods of others, and make things happier. A smiling person brings happiness with them. Smile lots and you will draw people to you.
4. Smiling Relieves StressStress can really show up in our faces. Smiling helps to prevent us from looking tired, worn down, and overwhelmed. When you are stressed, take time to put on a smile. The stress should be reduced and you'll be better able to take action.
5. Smiling Boosts Your Immune SystemSmiling helps the immune system to work better. When you smile, immune function improves possibly because you are more relaxed. revent the flu and colds by smiling.
6. Smiling Lowers Your Blood PressureWhen you smile, there is a measurable reduction in your blood pressure. Give it a try if you have a blood pressure monitor at home.Sit for a few minutes, take a reading. Then smile for a minute and take another reading while still smiling. Do you notice a difference?
7. Smiling Releases Endorphins, Natural Pain Killers and SerotoninStudies have shown that smiling releases endorphins, natural pain killers, and serotonin. Together these three make us feel good. Smiling is a natural drug.
8. Smiling Lifts the Face and Makes You Look YoungerThe muscles we use to smile lift the face, making a person appear younger. Don't go for a face lift, just try smiling your way through the day!you'll look younger and feel better.
9. Smiling Makes You Seem SuccessfulSmiling people appear more confident, are more likely to be promoted, and more likely to be approached. Put on a smile at meetings and appointments and people will react to you differently.
10. Smiling Helps You Stay PositiveTry this test: Smile. Now try to think of something negative without losing the smile. It's hard. When we smile our body is sending the rest of us a message that "Life is Good!" Stay away from depression, stress and worry by smiling.
From : Mark Stibich
(i Luv Islam)
Wednesday, December 10, 2008
TOPIK 20: CITER RAYER AIDILADHA
Alhamdulillah, smlm.. tepat jam.. 9.30pm dah sampai kat rumahku syurgaku he3...bersamer sepupu.. kecik..2 org..dan hari ni jugak.. la.. muler kejer cam beser..maner lagi kalo.. x ker farmasi.. he3..
Sebelum.. tu.. leh.. r citer.. skt.. psl rayer ni..
Hmm.. kalo sempat citer smua x sempat separuh jerla.. he3..Jumaat ambil sis kat Melaka dulu pastu trs ke Johor 1st day..blk Pontian sebelah Abah...tido satu mlm.. kat saner.. alhamdulillah nenek sihat..lagi.. die.. walaupun.. beserla.. sakit2 lutut.. atau sendi...
2nd day.. tido umah adik mama cik aya..hmm.. ibu sepupu sy yg 2 org ni.. yg dok bercuti kat sini...1mlm kat saner.. aper lagi.. jumper.. si sepupu2 kecik.. ni dahla.. smua.. laki.. dok bersilat jer.. 24 jam hbs2nyer pnt dieorg tido.. AMAN sikit....byk gak.. r citer terbaru..sy dok dgr jer.. mls.. nk campur urusan org tua2..ni.. maner yg leh.. diview.. and di searching2 sy.. tgk.. dulu.. huhu...beserla..famili..
Dapat satu citer ni..agk sedih..r..
2 org suami isteri meniggal dunia....kat umah sendiri..anak pun xsedar.. tepon2.. mereka.. sudah PERGI.....
pergi yg x kn kembali.....agak sedih r citer.. tu..ni sy wat rumusan jer..
x tau.. plak.. ank die.. dah lamer x jenguk ke aper..
Dgr khabar hari tu Atok sy demam 20 hari.. katernyer..
Mama ms tu sibuk menanda kertas periksa..
Agk lmbt Mama.. dpt berita.. sampai.. C.Aya.. yg infom..
Agknyer tertekan.. skt kot..tgk tu... Atok.. sy pun tau stress...
****************************************************
Lps 1 mlm kat umah cik Aya.. Finally, kiter org sampai ke rumah.. Atok...
Agk.. x larat r tgk.. die.. mcm lemah jer.. bdnnyer..tangan die pun dah muler.. menggigil.. pegang barang...seperti beser... sy dok pantau.. ruang dpn.. sampai belakang...tempat ngaji.. perlu.. di.. rapikan..ruang tgh sampai belakang o.k kot...CLEAR...masuk bilik Atok.. nk tkr.. smua.. langsir die.. plus.. kejer2 pembersihan bermuler.. ha3...tupun.. dibuat maser.. die.. tgh mengajar ngaji... itu jerla.. activity yg dpt die buat...kalo.. x,die tido, makan, ngaji, rehat2 dpn TV... tu jerla..
Setelah siap kemas bilik Atok..pemantauan.. ke bilik air plak.. uhuk3.. penting tu.. maklumla.. 2 bilik air 2 tandas.. ha3 pening x pening sgt r..nsb o.k jer..CLEAR r...slalunyer Rayer Qurban sy sekeluarga jarang balik.. ni pun.. gare2.. dgr Atok x sihat.. blk.. r.. sat..tapi.. nk lamer2.. tu agk ssh r..rumah.. tu.. dah ader org len.. duduk.. nk riuh rendah pun x leh sgt... Nanti.. org suh zip mulut..agk raser mcm pelarian blk.. kali.. ni.. kalo.. x kerana.. Atok.. mmg x blk.. kot.. uhuk3..
Walaupun pada mulernyer, Mama jer raser cam tu sy pun x nk r.. pk.. negatif...positif jer..Tp.. rasernyer sy dah paham aper yg mama.. cuber nk sampaikan..Pedulikan.. r.. janji..sy ziarah Atok dikampung...
Petang Rayer tu.. sebenarnyer..sy ngn sis.. nk pusing satu Parit Pasir...tapi.. dpt panggilan.. yg adik perempuan Atok msk hospital..Hmm..time.. tu dah agk bz..r..so, Mama suh sy ngn sis escort Atok..ke hospital.. tumpang kereta Atok Adi.. adik Atok..ngn isterinya.. huhu..... Dari Pekan Nanas ke Pontian aderla.. 35minit..
Sesampainyer.. disaner... msk.. wad.. jer..salam r ngn nenek .. sy panggil die.. nenek Amah.. smua nenek ngn atok even pakcik smua.. sy panggil namer..sng..nk ingat.. muker.. he3...agk teruk r.. patah kaki.. x silap.. nenek ader osteoporosis.. phm2.. jerla..
Doktor.. kater muler2 nk mskkan besi.. tp keadaan x mengizinkan.. so kaki tu.. balut.. r.. agak..sedih..r..kaki berbalut.. pastu kenerletak.. pemberat.. guner.. air.. bg kaki.. tu.. stabil.. skt..aderla.. dlm 40minit.. Tupun.. nenek dah luper2... ish.. agk sedih r disitu...Sy..pun.. blk.. dgn atok2 ngn nenek..aper lagi kener pegang Atok.. sy.. die pun cam dah x kuat nk.. jln.. even dgn tongkat..so, sy ngn sis jadi escort terhormatla.. huhuhu ....
Rayer Qurban disambung secara sederhana keesokan harinya..Hmm.. kiterorg jg rumah.. dgn makcik he3... yg len pi solat AidilAdha...blk.. jer mereka dr masjid..buat tahlil ringkas.. tok.. smua ahli keluarga yg telah tiada.. seperti rayer Aidilfitri.. Atok.. conduct..la.. tahlil.. tu.. huhu..Lps.. tu.. kami smua bermaaf2fan..slalunyer.. time ni.. r.. x leh bla.. sbb sy sorg jer yg nangis.. benci tol...sentimental sat.. lagi2 time mintak maap ngn Mama.. adoi... x leh..r.. sadis..sepupu dah gelak2 kureng jer..sabojerla....lantak r depa...
Cuaca time tu hujan.. agak lebat.. r..tapi.. Alhamdulillah selamat tumbang lembu.. kat umah pakcik.. sy x gi..huhu.. dok umah diam2..
Esoknyer.. hari.. nk.. blk.. agk sedih.. r.. yg dok ngn atok..pakcik ngn makcik sy bekerja.. so, tinggal r.. atok seorg diri.. kalo xpun.. sepupu kecik sy temankn.. die...salam2..peluk2 smua.. kiter org blk.. agk sayu r .. nk tinggal.. die sorg2.. ces.. nasib sy leh control.. air mata dari.. jatuh.. sebak.. nyer...
Dalam perjalanan pulang kami singgah kat Muar.. rumah jiran dulu.. katernyer kener strok.. huhu.. pegi r.. ziarah.. sat.. br la.. pulang.. hantar sis ke Londang.....
Moral of the story ;
*Pedulikan apa yg x penting..
*Muhasabah DIRI ..huhu include everything...
mls.. nk..trg..
*Jangan Nangis!!!(tok diri sendiri) ha3....
Sunday, November 30, 2008
TOPIK 19: PEMBUNUH SENYAP..
Lamer x membebel kat blog ni..sy br baik dr percutian.. x joging pagi.. disbbkn crammed huhu..nk menaip.. pun mcm.. mls.. jer so, sy pun dok membacer.. sajerla.. beberaper hari ni...Hari ni br muler.. berlari blk.. satu Malaya.. raser smua cas2 negatif keluar best btol... nk join? Jom!!
Hmm.. kalo ikut tajuk kat atas.. sy nk citer psl.. Pnyakit yg mungkin kiter sendiri tak sedar.. atau pure2 buat x tau...sy kan.. skrg dah duduk kat floor..(cashier) so, sy tgk mcm2 ragam pelanggan kat farmasi tmpt sy kerja..Pada masa yg sama.. sy belajar sesuatu.. dr setiap situasi yg sy lihat...
Kebanyakan yg dtg terdiri drpd org2 bukan tua2 sajer yg muder2 pun ader jgn risau tak terkecuali...Jgn ingat org muda sihat sokmo... ingat kiter punyer kesihatan yg dianugerahkan pun satu nikmat yg kita perlu syukur he3...Oleh itu hargaila.. diri anda sebaik mungkin... iklan sat.. he3..
Semalam.. ader sorg pelanggan ni.. dtg, umur dlm pertengahan 20an...dtg cari ubat la.. Pastu die x tau yg kat farmasi sy ader wat test gula dlm darah,kolestrol,tekanan darah dan kandungan asid urik.. (Tibe2 raser mcm interesting plak..he3 pasan jer)..Lps.. tu die minta nk buat test gula dalam darah..sekali punya check 30.3..Mak...ai.... kwn sy kater.. meter darah ni rosak ker?
Sy kater mmg ader kes camtu , x yah r nk terkejut die mcm x percayerla.. kwn sy tu.. Lps bagi advice kat pelanggan tu.. suruh jumper pharmacist or Dr.. br la.. die blah....Kwn sy tu x puas hati.. die tkt meter darah tu rosak.. pastu die cek darah die.. lagipun die br pas mkn.. 7.4.. o.k la tu.. huhu.. Br pas mkn.. hmm..sy lom wat cek gula dlm darah lagi br cek kolestrol...Nanti.. igt nk wat full check up.. insya Allah...
Kesimpulannya, dari citer kat atas jgn sangka kiter slalu sihat jer.. makan ikut sedap rasa,penyakit tu dtgnya dr bender yg kita makan.. kemudian meresap kat darah.. Oleh itu, berhati-hatila...penyakit menyerang tak kira usia...Oleh itu, majulah sukan untuk kesihatan he3... Jom.. pakat ramai2... bersenam.. JOM.. JOM....
***********************************************
Hari ni.. sy pi cek.. glukos dlm darah 4.7.. not bad..la..huhu.. tapi.. tu..la.. kener jager kesihatan.. dr skrg.. aper kater omputih tu 'HEALTH CONCIOUS' gitu r lebih kurang bunyinyer....
Hmm.. ni pun mater x leh ngadap PC lelamer...podih mto den.. so, sampai sini.. jerla..huhuhu
Saturday, November 29, 2008
Duduk Lama Depan Komputer
New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.
Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.Mengapa pulmonari embolisme terjadi?Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.
Simptom
* Cepat penat
* Mengah
* Sakit dada
* Denyutan nadi laju
* Lemah di bahagian kaki
* Kurang selera makan
* Batuk
* Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.
Cegahan
1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenamRawatanBiasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya)
(sumber: Diambil dr halaqah.net)
Monday, November 24, 2008
TOPI K 18: SPEED RACER??
ehehe silap2..
Assalamualaikum..
Sajer nk merepek psl kejadian semalam,yg mmg x leh luper r,kelakar pun ader, sadis pun ader..Kalo ikutkn b4 hntr sis pd tanggal 23Nov smlm, kiter org merancang tok men bowling satu family..Tp, Mamaku x baper nk sihat la.. kan.Then, kiter org dpt final decision dr parents kul 11 lbh.. time tu raser mcm dah x der harapan nk men..
My sis yg konon2nyer malu2.. nk tanyer pi hntr msg kat Mamaku,"Mama jaD x nk men boling ni?"pastu.. kisahnyer die.. delete blk aper yg die dah hntr..pe r..Sy ni plak straight 4ward jer? jaD x Ma?kater nk men?Abah plak kater.. "sy nk g jemputan tgh hari nanT..".Mamaku kater,kamu pergila.. 2 org". Yes!!! kat situ dah ader green light yer.. ha3..Mcm x best jer nk men boling berdua..ditmpt yg asing aper lagi jari-jemari ligat menaip mesage tok 2 shbtku..ha3 saper lahi kalo x Beah ngn Shakira..
"Uiks! free x?"sajer bg suspen ha3.. nk kuar ni..men bowling jom?Lamer gak r.. Bermesage2 till we decide nk jumper kat Klang Parade he3..Shakira pun sudah sy roger.. ngeh3..yer2 r nk amek si Beah citer lawak yg x leh luper sampai biler2 pi dok sesat plak.. rasernyer satu Pekan Meru ngn Kapar tu sy pusing ngn sis..MMg giler!! Janji 12.30.. salah jln punyer psl..my mistake.. terconfuse huhu..
Aper lagi.. nsb.. r.. kiter org roger2 sesamer kiterorg.. he3..bw keter pun la2 F1 la.. Beah dah kater "aku siap mcm Express Rakyat". ha3.nk meriah punyer psl..he3..Layan.. Agak ganas r disitu mcm nk terbang pun ader sbb dah janji.. ngn parents + ngn shakira pun..pe lagi laju jerla.. siMerah meluncur..
Mama:"balik before3 p.m,remember!!!"seakan2 dah bg warning kat kami..yg slalu kuar x hengat dunia.. ngeh3.."Baik.....",sayer jwb.
Men punyer men punyer men.. 1st game mcm hampeh skt r.. men.. longkang tu mmg dah get ready.. he3.. but at last.. skill pun agak dpt diasah r kat situ..Yg penting pakai bowl 12 not 14.. 14 beratnyer pnjg tgn sblh.. he3..Tp.. mmg enjoy r men.. Shakira x puas hati kiterorg smua ader strike.. he3.. what to do.. tertunjuk belang plak hari tu.. ha3..Dlm 3.10ptg kiter org abis men.. aper lagi.. lps.. tong2.. duit sy pun kater maafla, cam x sempat nk race ni.. nk hntr sikecik ni..
Aper lagi agak berlari gak..la.. sis follow sy dr blkg..sblm.. nk racing bacer doa dulu he3.. penting.. tu.. Istigfar dlm haT x tau r baper byk yg sy bacer.. menandakn sy pun dok.. nervous.. raser mcm.. temperature hot Abah dah naik.. I can feel it.. huhuu..Budak nakal mcm sy ni nk wat camner.. mmg dah mmg nakal.. ha3.. giler2 remaja walaupun mcm dah tua.. ngeh3..face plak pengguna jlnraya yg pelbagai ragam.. dgn x signalnyer.. ngn mcm siputnyer.. huhu time kiter nk cpt la.. die.. bw slowmotion..pe r...Sis kat sblh.. dok.. cool.. jer.. Tiber2 phone die berdering.. akak ckp r..hish!! x focus sy..
Sy:Yer...
Abah:awak kat maner ni?
Sy:On da way ni bah.. jln jam.. huhu..mmg sesak pun sbb bridge kat Klg tu x siap2..
Hmm.. sy pun..dah arief sgt r dgn mslh traffic kat situ.Selagi tak melepasi India town tu selagi tu..la..x aman.. sampai jer kat KTM Klang jln pun clear.. aper.. lagi.. agk2 r.. jgk.. gear 5 trs.. sy pakai huhu.. x peduli' dah nk terbang ker..aper.. sis..dah siap nk berlari.. amek wudhu'..sy xkn nk get ready.. tgh pegang stereng ha3...
Alamak Dynamo lom beli.. sis kater x per.. r pas solat i lari sat.. ke kedai dah mcm athlete plak rasernyer huhuhu....spt yg dirancang..sy pun.. bergiat active..la.. berlari ke kedai membeli dynamo.. Abah?huhu x yah kater r.. diam jer.. mama?melayan skt tekaknyer...yg x bek lagi.. huhu.. (kener cr ubt kat farmasi ni..)
Hmm.. at last.. sy dpt.. rest.. kat dlm si City.. dan trs bergerak ke.. Melaka,Londang...
Friday, November 21, 2008
TOPIK 17 : KONVO
Banyak cite yg nk diciterkn taP x berkesempatan nk merepek mcm dulu lagi ..
B’berapa hari ni hujan agak lebat dari petang sampai mlm.. so, biler bgn subuh keesokan harinyer die punyer suhu agak mcm kat Cameron Highland la.. he3..Sesejuk salju.. ececece.. start r.. ni nk berbunga-bunga bahasa…So, sy bgn pagi.. pun nk solat agak kesejukkan r disitu…Ni pun kire amek ruang sikit sbb dah lamer x bercerita kat blog ni..Sat lagi saya dah nk jog satu Malaya.. ha3.. saper ntah yg bg title ni..layan jer..Nice morning,tp s’mlm sy jog dalam .. gerimis.. layan jer.. alhamdulillah.. puas hati.. dan raser segar hendaknyer.. Alamak alarm dah bunyi!! Menandakan sy perlu bersiap untuk morning walk.. ala maner2 jerla.. janji.. layan..
Hari ni my.. roommate blk.. ha3..(My luvy Sis and the only one)Huhuhu terharu r.. die.. blk.. bknnyer.. aper.. sajer jer…Harap pd hari.. yg gumbire die turut berada diCC saya dan yg len…At first, mmg x nk diambil.. pun.. then, Abah decide.. x leh jadi plus x btol ni. Kener amek Cik Yah.. gak..eventhough sy ader niat nk smbg MASTER..m.b ms tu leh gak, tp x tau r… kan.. tgk jgk keadaan mcmmaner.. ngeh3..
Esok,course2 yg akan amik skrol.. yg sy tau.. budak2 marketing,Operations(sayerla tu),yg len x baper nk tau sgt r… sy sesi pagi.. no. giliran pun xleh bla..847.. amik sebijik.. siding ke-3.. nk tak nk.. layan.. jer.. x sure r no. giliran saya dekat dgn saper.. kawan2 len smua jauh2..ha3.. Macam beserla.. sy akan buat kwn br dgn sendirinyer.. ngeh3..It’s natural.. things about me.. ha3..Maser dip pun org yg x knl boleh jadi knl.. Kalo x silap.. pas.. amek skrol.. smua group.. Operations.. akan berkumpul tok sesi tangkap gambo.. he3….Can’t wait…
This few days.. agk meaningful buat sy.. dan tiap2.. hari sy harap sy akan.. menempuh hari yg ceria..bak.. mentari.. pagi yg cantik berseri.Dah strt nk ngarut r.. tu.. ha3.. Neway stop sini dulu.. paper.. citer psl.. Konvo akan sy smbg. Kat sini..juger.. he3..
Sesampai disaner.. pe lagi cpt2 kejar bus.. sbb.. UiTM tu mampat sangat so, tok memudahkan para graduan dan ibubapa dihntr ke DSB Dewan Sri Budiman.Agk lmbt jugak r.. sampai2 dieorg dah line up.. terkocoh2 sy nk bersiap.. jaD Hermione Granger ha3..Red riding Hood cam best jer..he3..O.kla.. not so.. bad dpt sesi pagi dari yg hari tu.. dpt ptg.. muker nk bergambo.. pun dah berkilat he3..Majlis dijlnkan cam biaser r.. Perasmian semua.. alhamdulillah sy ditemptkn bersebelahan dgn org yg dikenali.. aper lagi mulut ni dok x henti2 mengomel.. he3.. sampai kawan message ‘oit!!Diam r!!Berckp x sudah he3..yerla.. bile lag ink borak kan.. sorg kat sinun.. sorg kat saner he3..Lamer gak r .. upacara dimulakan dgn graduan Pemasaran,diikuti Sumber Manusia, barulah kos sy Pengurusan Operasi lastly Diploma pengangkutan.. he3..Budak2 pemasaran agk ramai r.. so, mcm lamer kat situ.. jer.. kiter org sempat gak.. la.. citer mcm2..MAXIS plak x der line dlm DSB tu sabo jerla.. so leh guner CELCOM jer.. he3.. laju jerla jari jemari ni menaip.. ha3.. tp x laju jgk.. r.. dah pakai.. sarung tgn mcm kura2 menaip .. what to do..
Smua berjln dgn lancar.. x der sy dok bow sungguh2 mcm ms dip dulu ha3..x tau.. r.. pic.. camner.. layan jer.. Hope.. feminine + anggun r ha3.. (x le blah)..Ucapan penutup dan nyanyian lagu UiTM dihatiku menjadi penutup tirai majlis tok sesi.. pagi..Seperti yg dijanjikan.. kami pun berbondong-bondong gi.. ke PTAR 1 (library) tok bergambar beramai-ramai.. Alhamdulillah cooperation amat memberangsangkan. He3…So, sesaper jer kwn yg sy nmpk sy tarik dan bergambo bersamer2.. dah x peduli’..la.. background.. ke org lalu lalang ke? Janji. Gambo.. ha3.. bknnyer sng nk jumper pasni.. silap2.. dah 30 or 40 thn br jumper blk.. he3..
Sy.. dah ckp.. ngn Mamaku no need flowers, I don’t need that..I just only hope that my family is there… and I’m hepi they’re around.. Mama belikn bear.. kck.. kater sis, kalo suh die plh die mesti x nk.. bek beli je.. so, I got a bouquet of bear with pink decoration.. nice and sweet.. love that…Thank’s all of you.. LUV ya!!!...Penat bergambo.. sy decide nk hntr jubah trs.. mls.. nk pk2 dah.. mintak halal jerla.. ngn kawan2 smua.. even x tau pasni biler lagi leh jumper….But.. Teknologi dah canggih kan.. so, guner jerla.. he3..
Alhamdulillah, pasni sy dok menanti kerja yg sebetol2nyer.. huhu.. ader gak yg tanyer ‘u nk smbg ke?’ sy senyum jer sambil jwb ‘Insya Allah kalo diizinkan’…niat dah mmg ader.. so x slh raser nk smbg tp.. bkn skrgla.. kot? Tgk r.. camner..Ramai yg kater xthn.. taP for.. me.. mmg ssh.. taP.. biler sy imbau kembali byk saat2 manis. Bersamer kawan2 dan pensyarah..Ketua Program sy pun akan melanjutkn pelajarn ke US.. tok sambung PHD.. Hmm.. kwn2 len pun ader yg stabil dah.. tapi still ader yg hunt job lagi.. sy x kisah pn org nk kater per.. janji.. sy..o.k and can go.. on.. bkn memilih.. or cerewet.. raser2nyer lom jumper.. yg btol2 suit..ha3.. m.b org kater sy cerewet Argh!! Lantak r situ demanding? Of course r.. taP. X der la seteruk maner pun nk demand.. he3..Hmm..blk dr UiTM.. Abah decide mkn.. Kenny Rogers.. layan jer.. blk.. smua.. kepenatan..sy dok.. bz membelek2 pic… hmm.. agak..best r.. disitu..Luper plak yg sy lom meronggeng ngn sis sy.. b4 die pulang ke matrix.. so, pas Asar jer.. kiter.. org gi pusing2 itu Jusco…tgk event cuti sekolah.. tgh promote brg2 Disney but at the same time.. dieorg wat cam.. competitionla ader dance, singing and acting..budak2 kecik 4, or 6 thn camtu.. enjoy gak tgk die org..
Pastu.. pi survey.. NOKIA centre ngn SONY he3.. favourite tmpt yg perlu dilawati.. selen MPH bookstore.. he3.. tp hari ni jer x bc buku.. dok men dan men dan men lagi….Pastu g men tmpt biaser r.. shooting (basket ball)…men sampai penat.. pastu men speed hockey.. mcm budak2 tol.. release skt..(tlg sis.. release)he3..beser.. r saper x tensen kan dok ngadap buku jer.. he3.. plus.. give some motivation to her….bg die.. terbakar skt…ngeh3..pnt gak r.. men..pastu pi mkn ice-cream.. ni sis.. punyer favorite layan jer.. setiap kali.. g Jusco. Die suker mkn ice-cream. Habit.. dok kat bench ngn die.. date sat.. ha3.. sampai ice-cream hbs.. byr parking and blk umah.. 7 lbh gak r sampai umah..
Esk.. dah nk hntr sis blk Melaka, tp ikut plan.. kiter org.. hntr die pas zohor..hope. x der prob ngn guard lagi he3…taP.. Mamaku mcm x sihat r.. cmner tu? Dah muler batuk3.. risau sy dibuatnyer… Hmm.. Mama.. Mama….
Wednesday, November 19, 2008
TOPIK 16: *******
Belum ader idea nk tulis.. tapi.. coming soon..Byk sgt citer.. sampai x terceriter.. huhuh.. lagipun time limited..mater pun x thn nk tgk PC lelamer skrg ni.. huhuhu..
Insya Allah.. akan bergiat active kembali..
ha3...
Thursday, November 13, 2008
"LAPANG"
Ibu: Gua nih…penuh kete.Dok muak ayoh mu wey!!
Ayah: Betol, jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapo kampong.
Ibu: 7 oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih.Kecik do’oh.
Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut .Ruang terlalu sempit untuk 7 orang.Tiba2 anak yg paling kecil berkata……..
Anak: Abah,Umi ..Awang tau doh guane nok buak.Kita sekarang ade 7 oghang.Tambah la soghang lagi.. baru jadi ‘lapang’…..!!!!
Friday, November 7, 2008
TOPIK 15: SAKIT KEPALER..ADOI..
hari ni pi kejer cam beserla..dok loklak.. jer..mcm ader bintang2 ats paler.. bling3 gitu... hmm..
dah lamer x menyerang ni dok nyerang balik.. kalo.. time.. sujud tu.. dok menyucuk2 adoi.. mcm nk pocah kepalo eh... dasat tol..
ader ke? dok ngadu kat adikku die kater pi hentak paler kat dinding br power.. bertuah tol adikku yg sorg.. nih..terhentak ats pillow.. pun dah semacam nk hentak kat dinding cammner... ??ssh nk jwb tu..
Jawab sendiri.. ha3.. nk makan panadol..adoi.. sshnyer nk telan.. ish3.. nk nangis.. kalo suh telan.. x mau2..bertahan jer.. uhuk3..
k.r ngarut jer nk tido dah ni..
******************************************************
untuk sekian kalinya...raser2nyer sy mmg mcm nk dmm..luper plak tgh musim selsema & batuk...pttla kepaler skt semacam....
oleh itu,buat sementara.. waktu posting artikel ditangguhkan...
mesin pun tau rosak.. ni kes lamer x.. dmm+skt paler r ni...
*************************************************
huhu not.. good.. igt dah elok.. mcm.. xbaper.. nk elok.. sgt.. r..Dr. bg Ponstan plak.. tu.. aiyoo.. don't know.. what to..do..x kn.. nk telan ponstan jer.. kot?Dahla.. tido.. mcm.. x tido.. sgt..i think something wrong with me..la..wuwuuuwuw.....(??)
*************************************************
Alhamdulillah .. o.k sikit kot hari ni, s'mlm pas.. tanyer bos.. nk mkn ubat.. aper.. ha,dpt sebijik.. pas.. telan panadol, telan ponstan pastu.. cafergot..(for migrain).. ni pun x berani nk kater recovered 99.9% huhuhu...semalam.. ku.. pi cek.. mater.. power cermin mata.. sudah naik.. ooo... 325-325..aper.. nk jadi ni? huhuhu...
ntah.. x terkater.. dah.. nyer.. nk wat camner kejer pun ngadap skrin komputer tiap2..hari.. amik r.. sebijik.. wuwuwuw...
************************************************
still..not.. good.. eh..(??) dok menahan.. sakit dgn jayernyer.. huhu..
actually post tok Artikel Quran dah siap.. tp.. lom.. edit.. huhu
tgkla.. kalo berkesempatan nanti.. insya Allah.. Hmm.. aper nk ckp eh? yg pasti.. mood tara.. baik.. r...uhuk3..
Thursday, November 6, 2008
AL-QURAN
Quran jadi teman karib 3 alam
- dunia, kubur dan akhirat -
Hebatnya Al-Quran, dengan mendampinginya kita akan dapat tempias mukjizat Nabi SAW. Tetapi sayang, ramai yang memandang remeh sahaja nikmat Al-Quran yang besar di hadapan mata. Sehinggakan Allah berfirman, “Mengapakah kamu menganggap remeh sahaja Al-Quran ini?”(Al-Waqiah:81)
Bagaimana seharusnya kita memndang Al-Quran? Ramai di kalangan umat Islam sendiri tidak kenal ; apa itu Al-Quran sebenarnya dan hubung-kait dengan keselamatan dan kebahagiaan hidup mereka?
Kita mesti pandang Al-Quran sbg satu benda yang penting.Umpama kita hendak keluar rumah kita mesti cari kasut . Tak ada kasut kita rasa tak boleh berjalan. Sama macam pakai baju dan seluar, kalau tidak ada pakaian itu kita rasa hidup kita tak sempurna ,seperti ada yang tak kena. Jadi Al-Quran kalau sehari tidak dibaca kita akan rasa resah gelisah,serba tak kena rasa hidup tak sempurna.
Tapi manusia hari ini menganggap kasut,baju dan seluar lebih penting dari al-Quran .Kalau tak ada kasut baru rasa gelisah, tapi kalau x baca al-Quran x rasa apa2. Malah diri terasa cukup hebat dan bergaya apabila membeli barangan tersebut dengan jenama yang mahal.Masyarakat seperti ini sebenarnya menuju kepada kehancuran. Hati menjadi keras dan jauh dari Allah. Sahabat2 Rasulullah menjaga a-Quran bagai menatang minyak yang penuh. Kalau x dpt pegang dgn tgn sanggup gigit dgn gigi, tak sanggup lpskan krn bg mereka Quran lambang kekuatan , lambang dkt dgn Allah dan Rasul.Meninggalkannya bagaikan mengecilkan hati Rasulullah . Para sahabat cukup berhati-hati tidak berani melawan arus dengan apa yang diarahkan oleh al-Quran.
Sebaliknya hari ini ramai org sombong apabila rasa diri telah hebat dgn setiap usaha dan kudrat sendiri.Tak rasa usaha itu bersumberkan dari Al-Quran sebenarnya.Ada yang kaya tapi x pernah tenang. Harta itu Allah berikan dalam bentuk istidraj – penghinaan.Ramai yang tidak sedar apabia mereka telah lupakan Al-Quran, itu petanda Allah menghina mereka. Kita tak nampak cara Allah hina ramai yg x perasan.Contohnya apabila anak yang bermasalah dihantar kaunseling sana sini,tp x juga berubah,anak semakin melawan , cakap kasar , ini satu penghinaan dari Allah. Sebabnya apabila seisi rumah sudah lupa Quran,Quran akan tinggalkan kita . Sehari kita tinggalkan Quran 10 hari Quran tinggalkan kita.Bayangkan bertahun-tahun kalau kita tinggalkan Quran ,Quran tak akan kenal kita . Masa sudah nazak baru kita hendak cari Quran.Sudah terlalu lambat , kenalan kita itu sudah jauh tinggalkan kita macammana dia hendak tolong kita masa kita hendak mati ? Kalau ada anak yang amalkan Quran dia saja yang boleh bantu kita..
Apa yg perlu dilakukan untuk dpt merasakan diri amat perlu kepada Al-Quran?
Antara usaha yg perlu kita buat:
- Kalau x pandai baca Quran sekalipun , pandanglah Quran,peganglah Quran,ciumlah Quran dari hati sepuas-puasnya. Kalau tak pandai baca pun , sebutla alif,alif atau a..a…Dengar org baca Quran sama pahalanya dgn org yg membaca - spt kita mendengar imam membaca Quran dlm solat , kita sbg makmum diam. Allah hendak beritahu betapa mulianya mendengar Quran dalam solat.
- Letak Quran ditempat yg mudah dicapai jgn letak dlm almari berkunci.Quran kalau boleh letak diatas meja supaya senang dicapai.Macam kita letak kasut dirak senang diambil. Kalau boleh semua tempat ada Al-Quran di dapur,ruang tamu, bilik tidur, laman santai, dalam kereta pun kita letak Quran kecil supaya senang dibaca. Bacalah sampai lunyai, kena minyak pun x mengapa sbb ia akan menjadi saksi di akhirat. Apabila Quran senang dibaca dimana-mana, barulah kita boleh mengaku Quran sbg teman. Macam askar mujahidin di Afganistan , Al-Quran sentiasa ada dalam kocek baju untuk dibaca ketika lapang sbb itu musuh ssh tawan mereka. Hati mereka kukuh dgn Allah.Kalau letak dalam almari yg buka sethn sekali, itupn terbaca sbb ada Ramadhan ia disebut kenalan sbb jarang berjumpa.
- Mesti biasakan ahli keluarga membaca Al-Quran sejak kecil lagi.
- Budaya membaca Quran setiap hari . Misalnya jadi amalan sekeluarga membaca Quran slps Maghrib . Org kampong pd zaman dahulu waktu mlm disetiap rumah terdengar org mengaji al-Quran. Anjung rumah penuh dengan ahli keluarga mengaji .Orang sekarang anjung rumah penuh juga org tapi lebih masa menonton TV dari membaca Quran.Kalau ada siaran tentang Quran x ramai yg mahu menghayati.bergaduh sesame sendiri nk tgk rancangan yg lebih menarik nafsu.Sedangkan Allah memberitahu bahawa dengan melihat dan mendengar org membaca Al-Quran juga kita mendapat pahala dan dinaungi malaikat.
- Bagi yang boleh membaca Al-Quran dgn baik bacalah 100 ayat sehari. Nabi SAW menyebut didalam hadis “Sesiapa yg boleh baca Quran dgn sempurna tetapi dia tidak membaca 100 ayat satu hari, Quran akan melaknatnya”. Walaupun begitu,dalam keadaan usul fiqh jika tak boleh buat semua jgn tinggal semua.
Baca Quran ini suatu perkara yg sgt penting, x boleh bc 100 ayat, bc 10 ayat sehari. Kita kena minta ampun sungguh2 pada Allah kalau kalau tak boleh hendak baca, “Ya Allah,aku x dpt baca 100 ayat hr ni aku sibuk ya Allah.Ampunkan aku ya Allah dari dilaknat”.Kita mengadu betul2 pada Allah atas kelemahan diri.Alah maha mengetahui, Allah nampak kesibukan kita itu.Jujur dgn Allah.Jgn tak buat langsung kalau kita hendak a-Quran betul2 jadi kawan dan teman karib kita.
Ustaz apa tempias Al-Quran yg kita boleh dapat?
Kehebatan Al-Quran ialah Allah menjaganya mmg kita boleh mendapat keberkatan mukjizat al-Quran ini.Allah memang hendak beri kemuliaan mukjizat ini pada sesiapa jua ,sbb Quran ini hadiah Allah khusus untuk Nabi Muhammad saw Nabi yang paling dikasihiNya. Nabi wariskan al-Quran kepada kita.Harta kekal sehingga kiamat.Jadi umat Nabi saw juga Allah sangat kasih sbb itu Allah mahu Quran ini dijadikan teman karib. Baca fahami dan kajilah kebesarannya . Hanya orang yg telah bersahabat karib dgnnya sahaja akan dpt merasai nikmat kehebatannya .
Allah SWT menjaga al-Quran. Ada para malaikat Allah perintahkan menjaga setiap huruf dalam al-Quran.Sebab itu al-Quran tak boleh diubah sesuka hati , hatta ditukar setiap huruf atau barisnya sekalipun , rak boleh dikhianati , tidak boleh dijangkiti virus kerana ia mukjizat yg sgt hebat untk umat Nabi Muhamad saw.Hadiah istimewa khusus dr Allah utk umat akhir zaman.
Kenapa kitab Taurat,Zabur dan Injil pada hari ini boleh dipinda oleh manusia sesuka hati?
Allah sudah tidak jaga lagi kitab2 itu selepas adanya Al-Quran. Kandungan dari ketiga-tiga kitab itu yg bersesuaian dgn umat akhir zaman teah Alah pindahkan ke dalan A-Quran.Mana yang x bersesuaian dgn umat Nabi Muhammad saw Allah tinggalkan dalam kitab2 tersebut .Jadi Allah sudah tidak jaga 3 kitab itu.Alah hanya jaga A-Quran,mukjizat yg paling hebat khusus untuk kekasihNya, Nabi Muhammad saw dan umat baginda. Firman Allah: “Sesungguhnya kamilah yg menurunkan Al-Quran dan kamilah yg memeliharanya”.(Al-Hijr:9)
Umpama org yg hendak berpindah rumah ,pasti ada barang2 penting yang bersesuaian yg akan dibawa pindah bersama.Selebihnya akan ditinggalkan terpulanglah kepada sesiapa yg hendak mengambil,membuang atau mengubah suainya.Begitulah keadaannya kepada tiga kitab tersebut.Apabila zaman kenabiannya berlalu maka tuntutan syariat terhadap kandungan kitab itu juga sudah lupus. Hanya Al-Quran sahaja yg tidak akan lupus dan musnah , mukjizat besar ini akan kekal ke hari kiamat.Org kafir tidak boleh pegang Al-Quran kalau x msk Islam.Selalunya apabila musuh hendak memusnahkan Quran mereka akan mengkaji kandungan Al-Quran . Mereka bukan menjumpai keburukan sebaliknya menemukan hikmah dan kebesaran ayat yang berkait dengan kehidupan dgn zaman ini.Akhirnya, ramai yg msk Islam .Inilah .. mukjizat.. dari Allah..
**************************************************
Jadi sbg umat Islam , umat Nabi SAW kita sebenarnya sgt bertuah kerana bahan bacaan yang kita baca itu adalah terus dari Allah.
Hebatnya Al-Quran apabila dipegang dan dibaca kita dapat trs berckp dgn Raja segala Raja dengan tiada perantara. Tiada perlu protocol . Padahal dialah yg Maha Agung. Hebatnya Allah , dia tidak menyusahkan kita untuk bercakap denganNya malah dipanggil sangat dekat denganNya malah dipanggil sgt dekat denganNya untuk diberikan rahsia2 kebesaranNya didalam al-Quran. Kita tanya diri,apakah ada manusia didunia ini sanggup berkorban dan memberi segala-gala miliknya kepada orang lain?Pastinya tidak kerana manusia sifatnya sangat2 terbatas..Hanya Allah memiliki segala kelebihan .Selayaknya Dia kita cintai melalui kesungguhan membaca al-Quran.
Mesra dan kasihnya Allah,dengna kita apabila,kita membaca ayat-ayatnya dijamin akan memberi ketenangan .Al-Quran ini Allah jamin boleh membelah 7 petala langit dan 7 petala bumi..Apatah lagi kulit kita nipis lagi mudah ditembusi hingga diketahui segala isi hati.Al-Quran ini umpama pokok –pokok yang tumbuh rendang didunia ini.Jika ranting-ranting kayunya diambil untuk ditulis kehebatan mukjizat al-Quran ini pasti khazanah AL-Quran tidak akan habis digali.Al-Quran ibarat pokok ,semakin kita baca dan semakin kita mendalami ilmunya semakin luas cabangnya ilmunya .Hukum tajwid taranum, nahu,ilmu sains perubatan ,astronomi dan macam-macam lagi .Itu kita belum lagi kita pelajari tentang kelebihan setiap huruf dari Alif hingga Ya..yang ada malaikat2 menjaganya…..
Hanya org bercinta shj yg tahu nikmat erti percintaan. Cuba tanya orang bercinta dia boleh tak ceritakan keadaannya ?Mabuk rindu jangan dikira . Hanya org yang istiqamah membaca dan dan rasa pentingnya Al-Quran sepertimana rasa pentingnya memakai kasut sahaja yang dapat merasai kelazatan membaca setiap ayat al-Quran itu.Quran ini hidup. Dia ada roh .Dia mengenali siapa yg mendampinginya setiap hari .Apabila roh Quran bersatu dengan si pembaca , ia bagaikan suasana antara ibu dan anak , terlalu sayang.Macam anak dengan emak apabila kita suap makan anak tak gigit jari kita sebab rohnya bersatu dengan roh kita. Kita bagi peluang pendidikan disekolah, kita bagi dia baju ,begitu juga dengan Quran yang dibaca dia tahu siapa yang menghargai dia akan jaga kita didunia ,didalam kubur dan pada hari akhirat. Hebatnya sahabat seperti ini,dia bantu kita dalam 3 alam berbeza.
Kalau kita mati ,apabila malaikat hendak pukul kita dalam kubur,Quran akan tahan, Malaikat pula bertanya , “ Tidak ada siapa yang lebih berkuasa selain Allah, siapa kamu yg hendak tahan aku?”.
“Aku Al-Quran,” jawab Al-Quran.
“Apa hubungan kamu dengan orang ini?”tanya malaikat.
“Dia kawan,dia teman,dia sahabat aku didunia,”jawab Al-Quran.
Inilah kelebihan bertemankan Al-Quran sepanjang hidup kita .Membaca al-Quran bukan sahaja menjamin ketenangan didunia.tetapi teman karib kita ini mengikut kita sehingga ke dalam kubur.Dijaganya kita dari seksaan kubur .Disinarnya kubur kita dengan cahaya dan dilapangkan kubur kita.
Bahagianya memiliki teman setia sebegini. Manusia dan binatang kesayangannya kita hanya mampu menjadi teman karib semasa didunia sahaja .Tetapi setelah kita melangkah ke alam kubur tk ada siapapun yang sanggup sepanjang masa tunggu diatas kubur kita untuk menjadi teman. Sebaliknya al-Quran bukan sahaja menjadi teman setia semasa didunia sebaliknya mengekori kita sehingga ke dalam kubur.Setianya menjadi teman walau beratustahun tanpa mahu berpisah dengan kita hinggalah hari kiamat.Iniah teman yang benar2 sejati………
(dipetik dari Anis)
Wednesday, November 5, 2008
ALI, BUDIN & CIKO
Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dgn niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.Tok imam tu cabar 3 remaja tu ke surau waktu Maghrib nanti.
Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sgt spt yg disangkakan" . Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah 3 remaja tu kesurau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dgn segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali. Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram.
Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat dua kali pun tak khusyuk jgk lg.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam."Tok imam pun undur le ke belakang. Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2. Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam.
Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang.Siap dgn wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dasyat aku sembahyang.He heee..."Tok imam pun terkedu & terpana...
Moral of the story..agak2 r kalo yer pun.. huhuu
(halaqah.net)
TOPIK 14: CERITA
Tuesday, October 28, 2008
TOPIK 13 :
Minggu ni.. agak best la sy bercuti,hari Ahad.. sy gi Melaka melawat adikku heheh... x der kejer jugak r... pi men boling.. kalo x, nk naik.. bender tu.. ntah aper namernyer.. nanti sy letak pic.. agk membangun jugakla.. Melaka yerla.. lagi2 semenjak Shah Rukh Khan bakal di beri gelaran Dato'(ader kener mengener ke?)hheehe.. tp mmg ramai la.. maser kami lalu Bandar Hilir tu.. yg dkt Stardhyust tu.. (btol ke sy eja ni hentam sajerla)...LAYAN...
Tp.. jammed nyer jgnla nk kater.. giler punyer jammed.. dok mengesot cam siput jer nk sampai dr satu traffic light ke traffic light yg len.. tp akhirnyer setelah kami pusing satu Melaka.. kami berjaya sampai ker Mahkota Parade.. heheh...
Keadaan papaku x mengizinkan berjln begitu jauh walaupun die x ckp.. tp as the eldest sendiri mau tau..la.. semacam ajer abahku ni...luckily smua escalator boleh pakai... so.. naikla.. kire die x jln.. byk sgt..sy risau gak tgk die.. jln.. what to do..hmm.. kami men 2 game jer.. Ms muler2 asyik msk longkang jer aper la.. mcm x bp nk btol sgtla.. ha3..buat malu jer.. ha3..rasernyer mulutku sorg yg x henti2 berckp..sampai adikku kater "kecoh r akak ni?".mcm x knl jer dah kakak die mcm ni..kalo sy x suker or marah mmg sy matikan diri.. ckpla.. camner pun sy buat x layan...
Mmg best r men boling even ntah baper kali msk longkang.. ha3...abahku pun men sekali.. tp.. kat situ nampak r agk x imbang die.. berdiri.Hmm..
luckily he can stand well...sampai.. hbs game.. kami pun pulang.. menghantar adikku ke kolej.. huhuhu..biaserla.. muker.. msg2 kalo dah penat..sedap tido.. je.. ha3
Dalam perjalanan pulang ke rumah, tiber2 tercetus idea nk berjln lagi esknyer ha3.. nk gi umah Beah.. better plan well bg cantik..ajak Shakira.. br besh!! Yeye!!! plan mcm cantik giler.. ha3.. elok sgt.. r tu...
Seperti yg dijanjikan esknyer gi umah Beah.. mls nk drive si Merah.. so, abahku hntr gi Klang cek point yg akan menemukan kami..bertiga.. Naik keter Shak jer... agk lamer tggu die.. mau r 1jam lebih.. sabo jerla.. sy pun dah hangus.. dok kat tgh2 klang tu...nsb a der beah so, layan jer...
Gi.. rayer.. then.. dalam.. 6 lebih blk.. mls nk call.. bah suh amik sy pun naikla.. bus.. mcm sardin.. tol.. hmm.. sabo jerla.. hati... akhirnya.. ku slamat tiber jam 7.10mlm.. ..Hmm.. actually dah a der plan tok.. esknyer means hr ni..la..
Hehehe.. sperti biase..bgn pagi2.. gi taman rakyat beriadah.. bersama mamaku.. then.. blk.. mengemas la.. aper yg ptt...pastu.. mmg nk kuar tp yg kawan kejer 2 org ni.. x.. plak. angkat2.. tepon...geram gak.. r.. tp.. sabarla.. hati..bosan.. tol.. sy ni bkn geti dok diam.. hbs2nyer.. t'tido.. ha3.....sbb mlm semlm x leh tido...
Hmm.. pas. solat call...lagi mereka2 ni.. huhu akhirnyer dapat.. ha3.. then.. ckp ngn mama.. nk gi umah.. mereka... spt biaser..mama jd escortla.. kalo.. sis... nk gi sorg2.. seram gak.. x familiar.. ngn tmpt.. tu..Pastu, plan punyer plan.. nk gi umah Yuga dulu sampai dgn jayernyer- x lamer pun kejap2 jer,umah Apak.. (baby sitter sy ) yg jaga sy dah tiada yang tinggal Apak jer la.. dah x sihat die...ish.. tersentuh hati.. ni..aderla dalam 1/2 jam berbual kami memohon diri..last station umah Kak Tilaga...sng gak r gi umah die.. sbb dlm area Andalas. tapi Tmn len...dpt.. r tgk.. decor beras die.. tp die wat simple jer..hehhehe.. mcm pelik jer.. berayer Deepavali.. ha3.. org ajak kiter gi r... bkn slalu...pun..
Ni..pun mater dah kelat...mcm... dah nk.. tido.. dah.. Hmm... k.la.. artikel seterusnyer agk pnjg... tp.. insyaAllah pengisiannyer berbaloi.. hehhee... panjg r jugak.. x tau r saper larat nk bacer...hehehhe...tp insya Allah "Alah bisa tegal biaser"...............
Monday, October 27, 2008
GRAVITI HATI
Hati umpama magnet. Ia mempunyai kuasa menarik sesuatu yg di luar diri.Apa yg dirasakan menentukan apa yg diterima sbg pantulan. Justeru , penting sekali bersangka baik, agar kebaikan akan ditarik ke dalam diri. Jauhi prasangka dan dendam kerana itu jua akan diterima sbg balasan.
Sekali lagi…hati umpama magnet ,semaikan rasa yg baik2, pasti kita akan menuaikan kebaikan. Jgn sekali-kali menyemai badai, nanti terpaksa pula kita menuai taufan!!
Hati itu berbolak-balik sifatnya,sabda Nabi bagai kuah yang mendidih dan menggelegak. Simpang-siurnya begitu licik . Naik turunnya , berbolak-balik. Kekadang ia baik, bagaikan asal mulanya sejak dulu.Ia menjadi kain yang bersih yang menghamparkan kejernihan dan kesucian. Namun,seketika bertukar menjadi kelam , kusam dan hitam bagaikan lakaran syaitan yg memantulkan kejahatan.
Para muttaqin pernah memberi petunjuk .. apabila hatimu keras , buas dan liar bukalah Al-Quran, bacalah dan tadabbur akan makna dan rasanya.Al-Quran itu bukankah penawar hati?
Namun jika hati masih keras juga, dirikan solat. Solat itu zikir penyucian hati ..Namun sekiranya masih keras jua.. bangunlah waktu dinihari.Berwuduk dan berdoalah, pintalah kepada Tuhan agar dikurniakan hati yg lain kerana hati yg kau miliki waktu itu hakikatnya bukan lagi hatimu!!
Hati itu ditarik antara 2 graviti . Pertama, graviti tahap tinggi pintalan ilham para malaikat.Kedua, graviti menjunam lembah kehinaan simpulan para syaitan.Ketika meihat-lihat si miskin meminta-minta , suara hati berdetik … bantulah dia,insan lara yang datang kerana kemiskinan. Namun sedetik cuma, tiba2 graviti bertukar, memberi alasan, biarkan …itu balasan buatnya akibat kemalasan!!!Kau prasangka??Bukan Cuma berhati-hati .Dan atas alasan berhati-hati ramai yang telah enggan memberi tetapi tetapi masih merasakan diri baik hati.
Ingat mati pembasuh hati yang gelisah dan jiwa yg resah.Cukuplah mati sebagai peringatan dan amaran. Ingat mati akan memadamkan rasa nikmat melakukan maksiat.Ingat mati akan memadamkan rasa enggan melaksanakan kebaikan .Ingat mati itu sesungguhnya menghidupkan hati..
Tetapi sayang, aku kian lupa untuk mengingatinya .Lalu aku terkapa-kapa antara tarikan graviti hati …membuat kebaikan belum terasa kemanisannya,melakukan kejahatan tidak sunyi diburu rasa keresahan!*
Friday, October 24, 2008
KAJIAN MENGIKUT BULAN
JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros
JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja
OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan
SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik
OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah. * Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat
NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik
DIALOG DI PINTU RASULULLAH S.A.W
Abu Bakar : Majula kau , ya Ali!
Ali : Bagaimana aku akan mendahuluimu ya Abu Bakar, sedang Rasulullah pernah bersabda tentang engkau, “Belum pernah matahari terbit atau terbenam atas seseorang sesudah para nabi , lebih utama dari Abu Bakar”.
Abu Bakar : Mana mungkin aku akan mendahuluimu , ya Ali sedang Rasulullah pernah bersabda : “Aku telah menikahkan wanita terbaik untuk lelaki terbaik, aku menikahkan puteriku Fatimah dengan Ali Bin Abi Thalib.
Ali : Mana mungkin aku mendahuluimu , ya Abu Bakar, sedang Nabi pernah bersabda, “Kalau iman umat ini ditimbang dengan iman Abu Bakar, tentu akan lebih berat lagi iman Abu Bakar”.
Abu Bakar : Mana mungkin aku akan mendahuluimu ya Ali, sedang Nabi pernah bersabda tentang engkau, “Dikumpul Ali Bin Abi Thalib di padang Mahsyar di hari kiamat berkenderaan dengan Fatimah , Al Hasan dan Al Husin, lalu orang – orang bertanya , “Nabi siapa gerangannya itu?”.Lalu ada yang menjawab, “Dia bukan Nabi , tetapi Ali Bin Abi Thalib dan keluarganya”.
Ali: Mana mungkin aku akan mendahuluimu ya Abu Bakar, sedang Rasulullah pernah bersabda tentang engkau; “ Kalau aku harus mempunyai kekasih selain dari Rabbku,tentu aku memilih Abu Bakar sebagai kekasihku”.
Abu Bakar : Mana mungkin aku kan mendahuluimu ya Ali, sedang Rasulullah pernah bersabda: “Pada hari kiamat aku bersama Ali. Lalu Allah berfirman kepadaku . “Wahai kekasihku, aku telah pilihkan untukmu , Ibrahim Al Khalil sebagai ayah terbaikmu , dan aku telah memilih Ali sebagai saudara dan sahabat terbaikmu”.
Ali : Mana mungkin aku mendahuluimu , ya Abu Bakar sedang Allah Taa’la pernah berfirman tentang engkau : “Dan orang yang datang membawa kebenaran dan orang yang membenarkannya,mereka itulah orang2 yg bertakwa”. (Az zamar 33)
Abu Bakar : Mana mungkin aku akan mendahului engkau ya Ali, sedang Allah pernah mengisyaratkan engkau didalam Firman-Nya : “ Dan diantara manusia yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya”. (Al Baqarah 207)
Pada waktu kedua-duanya sedang asyik memperbincangkan keutamaan rakannya, Malaikat Jibril alaihissalam datang berkunjung kepada Rasulullah s.a.w seraya berkata, “ Ya, Rasulullah s.a.w, di luar sana ada Abu Bakar dan Ali hendak menemuimu. Pergilah menjemput keduanya……..”.
Maka Rasulullah s.a.w segera bangkit dari duduknya , menyambut mesra dan mempersilakan kedua sahabatnya yang mulia itu. Rasulullah s.a.w menempatkan Abu Bakar di sebelah kanannya dan Ali di sebelah kirinya , seraya berkata k epada mereka , “Demikianlah kami kelak dibangkitkan di hari Kiamat”.
Diambil dr Muslimah