Friday, January 30, 2009

HADIAH HARI LAHIR….


Jiha dan Fatin bersahabat baik.Mereka saling mengenali ketika dibangku sekolah rendah lagi sehinggalah masing-masing berjaya menapakkan kaki ke menara gading.

Hari lahir Fatin semakin hampir . Jiha terfikir-fikir hadiah apa yang sesuai untuk diberikan kepada sahabat baiknya itu,setelah sekian lama dia berfikir akhirnya dia mengambil keputusan untuk memberikan sesuatu yang biasa tetapi mempunyai nilai yang amat tinggi dan murni.

Sudah lama Jiha memerhatikan Fatin,ada sesuatu yang kurang tentang dirinya,sekiranya ditambah. Maka sempurnalah ia. Lalu, Jiha bergegas ke kedai untuk membeli hadiah Fatin.

Hari yang dinanti-nantikan tiba,seperti biasa dakapan mesra seorang sahabat diberikan sambil tangan menghulurkan sebuah bungkusan kecil bewarna merah hati.Hadiah bertukar tangan.Fatin berasa amat gembira kerana sahabatnya mengingati tarikh hari lahirnya.Ungkapan terima kasih dan senyuman yang tidak lekang dipipi menyatakan dia berasa gembira dengan pemberian sahabatnya itu.

Apabila Fatin, pulang ke rumah, dia tidak sabar lagi untuk membuka bungkusan hadiah pemberian sahabat baiknya itu.Dengan berhati-hati Fatin membuka bungkusan hadiah sahabatnya itu,tiba-tiba Fatin berasa terharu kerana hadiah yang diberikan oleh sahabatnya itu adalah sepasang stoking kaki dan tangan.Sememangnya Fatin telah lama berniat untuk melakukan sesuatu pembaharuan pada dirinya. Cuma kadangkala niatnya dilengah-lengahkan.Alhamdulillah, teguran halus oleh Jiha itu diterima baik oleh Fatin.

5 bulan kemudian……….

Fatin berjanji untuk bertemu dengan Jiha setelah 5 bulan tidak berjumpa.,maklumlah masing-masing sibuk dengan kuliah masing-masing.Tempat menuntut juga berlainan negeri,agak susah bagi mereka bertemu…

Seperti yang dijanjikan mereka bertemu di Andalas Corner,berdekatan dengan rumah mereka. Jiha sungguh gembira dengan penampilan baru Fatin yang menepati ciri-ciri seorang Muslimah.Tidak ketinggalan Fatin juga tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada Jiha atas pemberiannya yang amat bernilai buat dirinya itu..

Thursday, January 29, 2009

MEMBURU CINTA..

Aku menangis lagi,
Menangis ketika membaca kitab suci Al Quran,
Adakah solatku beserta amalanku diterima?
Ya Allah sesungguhnya hati ini tersentuh,
Tersentuh kerana aku tidak dapat memburu cinta,
Memburu cinta?
Mencari cintaMu yang sebenar…
Adakah hatiku, telah ditutup untuk menerima cintaMu?,
Sesungguhnya aku amat takut ketika mengenangkan nasib diriku..
Aku hanyalah insan yang lemah..
Diri ini selalu lupa dan alpa pada Pencipta.
Ya Allah, terimalah taubatku ..
Sesungguhnya Engkau sentiasa mengetahui isi hati insan yang lemah sepertiku…
Berikanla daku Nur petunjuk
Agar diriku sentiasa terarah…

Mencari sesuatu yang hilang….

Malam ni saya nak cerita pasal seorang hamba Allah ini,nama dan tempat terpaksa dirahsiakan agar tidak menyentuh sensitiviti insan itu sendiri.

Wani dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana dan hidup dalam keadaan aman dan damai. Wani merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik.Dari kecil hingga dewasa Wani menerima didikan yang agak tegas daripada kedua ibu bapanya. Sungguhpun begitu, Wani sentiasa berada dalam keadaan tenang dalam apa situasi sekalipun…

Sejak kecil Wani telah banyak bergaul dengan sepupu-sepupu yang kebanyakannya lelaki.Harap maklum kalau dah jumpa sepupu lelaki permainannya tidak lain tidak bukan bersilat,main pistol dan panjat pokok.Kegiatan lasak Wani tak boleh disangkal oleh ibunya Pn,Noriah.Anak sulungnya yang berpewatakan seperti lelaki itu agak membimbangkan ibunya.Mujur didikan agama sentiasa disemat pada diri Wani seawal 5 tahun Wani sudah mengaji selain dididik dengan ilmu fardhu Ain yang sepatutnya.Pabila pulang ke kampung, Atokla yang mengajar cucu yang sorang ni,Atok mengajar dengan rotan ditangan kanannya.Kadangkala bercucuran air mata Wani menahan sebak kerana banyak kesalahan yang dibuatnya ketika membaca Muqaddam ia berlarutan sehinggalah Wani hendak katam Al-Quran.

Sungguhpun begitu, Wani mengerti bahawa setiap apa yang dibuat oleh kedua orang tuanya beserta insan yang rapat dengannya bersebab.Tidak kiralah didikan itu datang secara terus atau tidak daripada ahli keluarga Wani yang lain.Setelah menamatkan sekolah rendah Wani melanjutkan pelajaran ke salah sebuah sekolah agama. Niat dihati agar dapat menambah ilmu yang ada.Sepanjang pembelajaran disekolah menengah kalau diikutkan Wani bukanla salah seorang pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar pintar,cukuplah hanya boleh dikatakan pelajar sederhana.Tidak kira dari segi pencapaian akademik atau pun agama.

Walaupun begitu, Wani tahu yang pelajaran itu penting walau sesusah mana sekalipun dia mesti meneruskan pengajian disekolah agama tersebut.Keputusan PMR Wani tidaklah memberangsangkan.Pada masa yang sama kawan-kawan seangkatan ada yang memilih untuk pergi kesekolah yang lebih baik dan ada juga yang bertukar sekolah disebabkan tidak mahu mengambil peperiksaan SMA (Sijil Menengah Agama).Wani pada mulanya ingin juga memohon untuk tukar ke sekolah teknik kerana risaukan SMA yang dia sendiri tidak pasti dia boleh melakukannya atau tidak.Tahap peguasaan Bahasa Arab yang kurang menjadikan dia kurang yakin samaada dia boleh melakukannya atau tidak.Wani juga ada menyuarakan hasrat hatinya untuk bersekolah di sekolah teknik.Usul Wani dibantah bulat-bulat oleh ibunya.

Tiada apa yang Wani dapat katakan walaupun dia risau akan peperiksaan yang bakal dia duduki.Wani sungguh bertuah kerana dia sentiasa ditemani teman2 yang setia membantu dalam menguasai pelajaran Bahasa Arab.Mengakui kelemahan diri, Wani agak bekerja keras walaupun Wani agak lambat untuk mendalami subjek yang berkaitan seperti Nahu,dan Sorof Wani mempunyai kelebihan dalam mengingat sungguhpun dia bukanlah seorang tahfizah kiranya dia punya ingatan agak kuat untuk mengingati sesuatu.Kelebihan yang sedikit itu digunakan sebaiknya.Disamping teman-teman yang setia memberi sokongan padu.

Peperiksaan SMA dilalui Wani dengan rasa sedikit gementar akan tetapi Wani selamat menjawab subjek-subjek SMA dengan jayanya.Walaupun keputusan tidaklah memberangsangkan Wani bersyukur yang dia lulus semua matapelajaran Sijil Menengah Agama tersebut.Kata-kata ibu yang tidak pernah dilupakan “Ibu tak belajar agama tinggi-tinggi, oleh itu biarlah anak-anak ibu yang belajar dengan lebih dalam”,ketika itu Wani baru faham isi tersirat ibunya.Untuk menjadi ibu bukan mudah untuk mendidik anak-anak.Ibu juga mengakui yang pengetahuannya dalam bidang agama agak cetek malah Wani pun menyedari sejak kecil lagi ibu yang berhempas pulas mengajar ngaji, solat,berpuasa dan sebagainya.Ditambah dengan kesedaran diri Wani untuk menambah ilmu dibidang yang berkaitan.

Sesudah tamat tingkatan 4, peperiksaan yang menentukan masa depan pula menjelma.SPM, kali ini Wani perlu fokus dengan kesemua subjek yang diambilnya.Termasuklah Bahasa Arab Tinggi.Alhamdulillah, Ustazah yang mengajar subjek Arab kali ini tidak segarang ustazah masa SMA dulu, Ustazah Salmah teknik mengajarnya membuatkan Wani kadangkala geli hati melihat telatahnya.Tetapi ada ketikanya Wani sendiri akan menggelabah apabila Ustazah mengajukan pertanyaan kepadanya.Ustazah sungguh sabar mengajar kami semua.Sehingga pada saat-saat akhir Ustazah berpesan Wani, berhati-hati menjawab.Hafal apa yang patut dan baca soalan betul-betul.Wani hanya menganggukkan kepalanya sambil terseyum tersipu-sipu..

Peperiksaan SPM menjelang pelajar-pelajar yang lain berjuang berhabis-habisan sehingga ketitisan mata ball pen yang terakhir.Tidak ketinggalan juga kata-kata semangat yang diberikan oleh Habibah kawan baiknya yang sabar mengajar subjek Arab Tinggi untuk Wani terus yakin untuk berjuang untuk kertas Arab Tinggi..Setelah beberapa hari bergelut dengan kertas peperiksaan akhirnya peperiksaan tamat…Alhamdulillah…………

Tiba masanya untuk Wani meninggalkan sekolah menengah Agama tersebut sesungguhnya banyak kenangan manis yang diperoleh semasa menuntut di sekolah menengah Agama tersebut.Rasa sedih menyelubungi diri pabila semua akan berpisah dan membawa haluan masing-masing ke menara gading, dan tidak lupa juga pada teman-teman yang akan memasuki alam pekerjaan.

Betullah kata ibu, ada sesetengah perkara ibu tidak boleh beri, oleh itu ibu hendak Wani pelajarinya sendiri..Alangkah terharunya Wani apabila dia sesungguhnya dapat memahami keseluruhan mesej yang ingin disampaikan oleh ibunya.

Bila difikir-fikirkan kembali, Wani dapat menangkap maksud ibunya satu persatu,alhamdulillah teguran daripada ibu saudara juga tidak mematahkan semangat Wani untuk memperbaiki diri yang serba kekurangan.Kadang-kadang perkara yang remeh itulah yang perlu diambil serius.Wani menyedari walaupun dia tidaklah mendalami dengan lebih mendalam tidak kiralah dalam hal agama ataupun bahasa Arab, Wani bersyukur kerana dia masih mempunyai kesedaran untuk terus menambahkan ilmu yang ada.Selain itu, sedikit sebanyak membentuk peribadi Wani sendiri, agar dapat berfikir dengan lebih matang dan jauh kehadapan.Peluang untuk menuntut ada dimana-dimana terpulang kepada diri sendiri untuk mencarinya.Wani menyedari, walaupun dia tidak dapat pendidikan agama dari kedua ibubapanya secara terus,dia cuba sedaya upaya mencari informasi-informasi tersebut dengan merujuk kepada sumber-sumber daripada buku-buku,majalah, dan tidak lupa juga bertanya kepada yang lebih arif ...

Topik 28:Hmm..

Assalamualaikum..dan selamat malam semua..

Sudah lama penulis blog menghilangkan diri,kalau ikutkan posting hari tu memang topik sekian-sekian sudah ada dalam kepala.He~ disebabkan sibuk melayan tetamu pada 2 minggu sebelumnya, beserta adinda yang balik bercuti seminggu saya tidak sempat hendak menaip apa-apa pun dalam blog ni..

Percutian yang dirangka ke Pulau Pangkor, juga dibatalkan kerana sebab2 yg x dapat dielakkan tetapi insya Allah, percutian tersebut akan dipostponed tapi x tau lah biler,he~

Alhamdulillah, semalam sy berjaya mencari sesuatu kelainan untuk diisi didalam blog sy yg x seberapa ini..
(^^)

DIET

Seorang lelaki yang badannya terlampau gemuk telah datang kesebuah klinik untuk mendapatkan nasihat bagaimana mahu menjaga dietnya.Setelah selesai membuat pemeriksaan,berlakulah dialog2 ini:

Doktor: Kalau kamu ikut nasihat saya, badan kamu akan kurus.
Lelaki Gemuk:Beritahulah, saya akan ikut.Yang penting badan saya jadi kurus macam dulu.
Doktor: Kamu mesti memakan sedikit roti panggang, sebiji buah-buahan dan segelas air kosong sahaja sehari.
Lelaki Gemuk: Baiklah! Kalau sekadar itu sahaja ubatnya saya tak kisah. Tapi itu semua harus saya makan sebelum atau sesudah makan Doktor?

Sunday, January 18, 2009

TOPIK 27: (- -)Zzzzzz

Salamz..

Agak lamer menghilangkan diri..hmm bknnyer aper.. agk busy la.. plak. beserla..super wonder lady ha3...

Al-maklumla.. cuti pun sehari seminggu...ni pun kepenatannyer yg amat..x tau..la.. nk kater camner..ikutkn hati sedap tido jer.. ha3..hobi dimasa lapang..giler.. x tahan.. betol.. ni.. maternyer.. (- -) dush!!

Hmm ni pun singgah sat.. sbb.. dah lamer x update..camni citernyer esk.. ader interview.. hu~gamble.. jer.. la..tapi rasernyer kener kot.. ngn aper yg sy blaja selamer ni..so, kenerla.. bukak kitab balik.. maklumla.. x smua lekat kat otak ni.. disamping.. xtau..r.. per nk merepek sok ms interview..layan.......

Ni pun.. sebenornyer br blk dr.. Cheras rumah adik abah.. hu~aper lagi.. lamer gak r.. tadi bertandang umah ..pakcikku..hu~

nk cari info sikit.. before.. interview.. sok.. dr dok merapu. x tentu psl..esk..means.. paper hal.. nanti akan sy citerkan kisahnyer..
kalo boleh x nk pisang berbuah dua kali...sebagaimaner ms di Petronas.. dulu..

Hmm.. agk payah... la.. nk bangun sendiri..tapi akn sy kuatkn semangat.. he~Insya Allah..

ALA BISA TEGAL BIASA.. plus GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG....

selen tu, berusaha + doa +tawakkal je..hu~

apo nk jadi sok jadi..la..
k.. r.. kener smbg.. m'cr info..
salamz.. and gudnite smua..
**************************************************************
Salamz..

xder yg menarik hari ni..
just gi saner hadiri assessment test..
paham2 jerla.. IQ test plus personality test,
company tu just nk amek 20 org je..
tadi yg amek pun ader jugakla.. dalam 50 lbh kot.. lebih kurang..
hmm.. x tau.. r dapat ke x..
tadi ader gak.. call UiTM tanyer psl tenaga pengajar muder...
agk lmbt r diproses..x tau r..

conclusionnyer.. dok kat farmasi.. diam2.. sampai.. maser kener panggil interview.. br gi..

Sunday, January 11, 2009

PALESTIN


http://www.zaharuddin.net/
Setiap hari membelek berita berkenaan Palestin, setiap hari rasa pedih dan adakalanya terasa seolah tidak mahu mendengar sebentar laporan berita berkenaannya kerana sukar menahan rasa sakitnya.
Sudah hari kesepuluh dan serangan semakin ganas. Sekitar 550 orang Palestin telah diragut nyawanya termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang awam, manakala seramai 2500 lagi cedera. Bekalan ubatan, makanan dan perkara asas semakin kurang. Hospital dan doktor amat terhad dan laporan berita menyatakan ada doktor yang tidak sempat tidur sama sekali.

Palestin pula telah terbahagi kepada tiga bahagian, kiri dan kanan telah mula ditembusi oleh Yahudi, hanya bahagian tengah masih belum berjaya ditembusi. Jelas, mereka sedang melakukan penjajahan secara fizikal dan menghilang Palestin dari peta dunia.!
Persoalan utama sekarang, apa lagi yang boleh bantu yang benar-benar dikira membantu?? Satu soalan yang saya sendiri turut kerap menyoal diri ini. Saya tiada jawapan yang melegakan, atau jawapan yang membuatkan anda terperanjat kerana ‘di luar kotak'.
Namun bagi saya, kita semua boleh membantu berdasarkan rasa kemampuan masing-masing. Siapa boleh lebih, buat lebih, siapa hanya mampu yang kurang, buat jugalah.

Keadaan manusia yang berbeza-beza dalam kemampuan ini diiktiraf sendiri oleh Nabi akan kewujudannya. Justeru, jangan harapkan semua orang mampu menjadi terlalu ‘berani seperti anda, terlalu ‘pemurah' seperti anda, terlalu ‘berjasa' seperti anda.

Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular :-
Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)"

USAHA KITA : PILIHLAH

Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.

Doa anda boleh bacanya sebagai :-

a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu yg sewaktu dgnnya.

6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.

TINGKATKAN KEPEDULIAN

Tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam.
Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya.

Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:

أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني

Allah menyebut : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu (Riwayat Muslim)
Sebahagian riwayat lain pula berbunyi :-

أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله

Erti : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan ( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban)

AMERIKA SUDAH SAKIT, BERIKAN HADIAH KEEGOANNYA!
Keegoan dan keangkuhan Amerika dalam bidang ekonomi sedang jatuh merudum, hari ini berita BBC melaporkan Presiden dipilih, Barrack Obama mengatakan ekonomi USA sedang ‘SANGAT SAKIT' dan sangat serius masalahnya.

Rakyat Amerika yang kehilangan kerja semakin ramai. Obama sedang pening kepala masa plannya untuk USA , Bush bukan main seronok dengan Yahudinya

Jualan kereta di US pula kini diratah serangan virus kegawatan ekonomi apabila jualannya jatuh paling teruk sejak 1992. Jualan di pasaran Detroit Three jatuh 50 % buat pertama kalinya. Chrysler pula rugi dengan kejatuhan jualan sebanyak 53 % ,manakala jualan Toyota , Honda, GM dan Ford jatuh 31 ke 37 peratus.

Seorang rakan warganegara Amerika di sini memberitahu kami bahawa Bush sedang merancang Amerika menyertai perang, itu adalah salah satu jalan agar perlantikan rasmi Obama sebagai Presiden UA pada 20 Januari 2009 terpaksa ditangguh, kerana demikian menurut undang-undangnya. Iaitu jika US sedang dalam peperangan, Presiden yang sedang menerajui akan kekal. Kami tiadalah mengetahui sejauh mana benarnya ramalan atau analisa ini. Cuma ini mungkin salah satu sebab Obama dan rakannya, senyap sunyi menggelak dari memberi komen dalam isu Palestin.

Namun saya kira, mungkin hasrat Bush sedikit terganggu kerana untuk berperang Amerika perlukan berbillion US , bagaimana ia boleh sedang dalam ekonomi yang sanagt sakit dan teruk.?

MUJUR BRITAIN SEDANG PARAH, TAK LARAT BERSUARA

Kalau sebelum ini yang tidak kurang bengisnya adalah Britain, sebagaimana dalam kes Iraq, namun, kini UK agak senyap sunyi sikit, Alhamdulillah. Mengapa?

Jika Amerika sedang merudum dengan laju teruknya, UK setiap hari berita parahnya semakin menjalar, sehingga nilai Pound Sterling jatuh menjunam hampir sama malah pernah lebih rendah daripada matawang Euro. Kes buang kerja tidak henti-henti, pasaraya dan syarikat besar satu demi satu bungkus seperti Woolworths, MFI dan banyak lagi, menghidangkan kebanjiran pengganggur. Ditambah dengan cuaca sejuk luar biasa, Sehingga kami yang berada di sini turut bimbang.

Dan pada 6 Jan, Gordon brown bersetuju dengan cadangan rencatan senjata kedua belah pihak tetapi mengikut skima Bush, iaitu dengan pelbagai syarat yang tidak menyebelahi Palestin dan Hamas tentunya. Malah sebahagian syarat ini tidak mungkin dapat ditunaikan.


QUNUT NAZILAH

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفُد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحَق ، اللهم عَذِّبَ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يَرُدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti:Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدِهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau menghancur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin , Afghanistan , Iraq dan seluruh negara umat Islam.

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
6 Januari 2009

artikel.. berdasarkan sumber..
tinggalkn pesanan kat shoutmix

TOPIK 26 : AHAD


Salamz.. & Afternoon...


Hari ni hari ahad..kalo ikutkn.. nk g jog.. tapi.. ats sbb kesihatan.. kire cuti..la.. hari ni.. he~


Hmm..bangun pagi2, mama dah ketok pintu..semalam.. dah gi marhaban rumah jiran tu, tu pun mintak excuse..la.. blk dulu..hu~pagi.. ni mama tanyer gak.. nk gi ker? sy senyum kekelatan.. hu~biaserla.. x sihat gi.. huhu...nanti.. muka pun pucat semacam..so.. better dok umah diam2.. ngadap PC..


Sepupu2.. xder lak.. nk diajak chat.. bertuah tol.. maner ntah depa pi..

Sis plak.. dah busy body nk exam he~

Maybe.. this nite i'll sing a song.. for her.. again.. ha3..Teknologi dah maju.. he2


x buat paper hari.. ni..hanya.. plan tok.. percutian bersama family..

agak ketegangan disitu.. sy plak mls nk ckp.. byk.. den loteh.. nk.. ckp.. byk2.... better keep silent.. perlu jer.. ckp..

Mama tension sorg2.. sabojerla..Mama.. i knew.. you have a beautiful.. heart and as your daughter i really adored.. the way you are..


Hmm.. what can i say.. is just.. that.. i need a time.. for myself.. to think.. for many things that keep bothering me..xkisahla.. isu peribadi, isu negara,isu semasa yg berlaku skrg ni..


Smua yg berlaku.. buatkn sy byk berpikir..

Tak tau... naper.. sy cool..jer.. tapi sebenarnyer resah gak memikirkn hal2 yg berlaku..


mungkin sy smbung pembacaan buku2 sy ptg ni..tgkla. cuti pun sehari jer..nk ngadap pc lamer2.. i have my limit... x leh tgk lelmaer nanti.. berair2 mata.. ni..ader sampai kakak kat tempat kejer tu kater adik nangis ka? x..la.. mmg mater ni.. mcm ni..~


mater cpt letih..hu~bkn die jer.. yg ckp.. camtu..walhal..dr sekolah menengah.. lagi.. cikgu tuisyen.. kater mater ngantok.. sabo jerla..dah mater mcm tu..nk bulatkn camner lagi..he2..


Hehe kan sy dah start mengarut ni.. k.la..i must take.. my rest..

nanti.. boleh la.. smbg kejer2 mengemas yg tergendala..


Posting.. pun x sempat.. nanti..la.. insya Allah.. topik dah ader.. tok nk share..ala, paper pun benda yg sy bacer gak.. sy.. post kat blog.. ni..

Thank's coz.. sudi bacer blog sy yg x seberapa.. ni...
This the way i express....myself.. when.. i feel.. bored..

Wednesday, January 7, 2009

10 MUHARAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura :



Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.



Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.



Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.



Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.



Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.



Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.



Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.



Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."



Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.



Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.



Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.



Membaca "has bunallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.



Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.



Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Muharam.html

Sunday, January 4, 2009

TOPIK 25: .......

Salamz..dan selamat petang smua..

Pagi cam biasa.. release tensi.. tahap dewa dewi... x tau nk kater..
Pi berlari kat Tmn Rakyat ha3...Ader plak.. org tegur.. x yah lari2 dik..
dalam hati
(sibuk jer ku tgh tension ni.. suker hati r nk lari ke nk melompat ke,pe r..)

Balik jog Surf internet sampai sakit kepaler..
Aper ntah yg disurf.. nyer.. layan..
Sampai Zuhur.. ha3..

Hu~
x der bender sgt pun nk wat
dok.. tido dan tido dan tido.. ha3..
lagi2 r hujan per.. lagi.. mmg best tido..

Bangun tido.. lipat baju.. huhu
Gosok baju...

Skrg surf..lagi.. ha3..
Memikirkan masalah negara.. ni..
Adoi.. nobody can helped me

Hanya DIA yang mengetahui segalernyer..Uhuk2

PETUA

Antara amalan2 itu ialah:

Senaman rutin untuk kesihatan jasmani dan rohani perlu dilakukan 30minit sehari.Ini bertepatan dengan arahan sembahyang 5 waktu sehari semalam.Purata solat yang dilaksanakan dalam masa 6 minit tiap waktu.Jika dilaksanakan 5 waktu pastinya menjadi 30 minit.

Rasa lapar sebenarnya baik untuk menghasilkan hormon yang boleh merencatkan proses penuaan.Berpuasa menjadikan perut kosong dan hormon yang diperlukan itu terhasil.

Berfikiran positif adalah salah satu cara melambatkn proses penuaan .Kata2 perangsang , aksi yang menggembirakan dan berdoa akan menimbulkan fikiran positif.

Melakukan sesuatu yang produktif serta kreatif akan merangsang hati dan perasaan gembira serta merasakan kejayaan diri…

Bersegera bangun pagi mengerjakan solat subuh disamping meminum segelas air kosong dan bersenam kira-kira 30 minit .Sekiranya berasa sukar untuk bersenam ,boleh mengalihkan perabot atau seumpamanya sambil mambaca Surah Al-Ikhlas 144kali dan sedekahkn pahakanya kepada ibubapa atau membaca Subhanallah 144kali sambil mengangkat tangan dan kaki.

Seringlah berpuasa terutama mengamalkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.

Makan banyak tumbuh-tumbuhan daun-daunan dan pucuk2 ulam untuk mengurangkan gula dalam darah.

Mandi bunga dan daun pandan boleh menghilangkan sakit kulit,hati dan buah pinggang serta mewangikan badan.

Mandi air embun diwaktu subuh antara yg terbaik untuk menyegar dan menegangkan kulit.

Daun sirih antara yang terbaik untuk menghilangkan gatal2, kurap,kanser dan sebagainya.

Tidur baik untuk membaiki otak supaya boleh menguatkan daya ingatan.

Cili api atau cili padi adalah baik untuk memecahkan lemak dan munurunkan tekanan darah.Ada orang mengatakan cili api menyebabkan buasir sebenarnya tidak ,Cuma ia menyakitkan apabila buasir luka dan berdarah.

Ada orang mengamalkan ais untuk awet muda.Caranya bangun pagi dan masukkan ketulan ais ke dalam sapu tangan kemudian ratakan seluruh badan.

Mengamalkn mkn ulam pegaga boleh membaiki organ. Apabila dicampurkan dengan ramuan rempah ratus boleh merangsang usus mengeluarkan jus Ia juga boleh merangsang saluran pernafasan.

Mengamalkan minum teh hijau dan memakan minyak ikan boleh mengurangkan risiko sakit jantung.

Bawang putih boleh menurunkan panas badan .Ia juga bertindak sebagai anti oksida dan merendahkan tekanan darah serta meredakan batuk.

Untuk mengurangkan kolestrol banyakkan bersenam dan memakan bawang serta oat.

Teh juga boleh menurunkan kolestrol menurunkan suhu badan dan awet muda.

Banyak tumbuh-tumbuhan tempatan yg mengandungi agen anti oksida yang boleh membantu mengurangkan oksida dalam badan seperti kunyit, halia,limau nipis,asam gelugur dan sebagainya boleh dimakan sekerap yang mungkin.

Selain itu bagi wanita yg pra-menopaus elok memakan air soya , tauhu dan tempe.

Kopi boleh meningkatkan kecerdasan otak terutama dikalangan warga emas.Walaubagaimanapun jgn minum lebih daripada 3 cawan sehari dan jangan minum selepas 6 ptg kerana ia bertindak selama 12 jam,dikhuatiri sukar melelapkan mata.

Beras perang elok diamalkan mereka yang menghidap penyakit darah tinggi dan lemah jantung.

Amalkan bersenam dengan berjalan atas batu kerikil tanpa kasut.Ia boleh membetulkan perjalanan darah dan membawa aura segar dari bumi meresap ke seluruh anggota.

Semakin usia meningkat , hendaklah semakin banyak dan kerap mengambil vitamin dan makanan tambahan untuk menjaga keseimbangan kesihatan.

Amalan lain seelok-eloknya ketika mandi pagi bacalah doa sambil minum sedikit air dan mohonlah kepada Allah s.w.t perkara yang baik2.

Aniqah

AKUI DIRI

AKUI DIRI

Seorang Professor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.

Professor: Siapa yg merasakan dirinya bodoh, sila berdiri..
Pelajar: (semua pelajar diam.ada yg senyum.Tidak lama kemudian seorang pelajar bangun).
Professor: Ooooh..jadi awwk mengakulah diri awak ini bodoh?
Pelajar: Bukan .. sebenarnya saya tidak sanggup lihat professor seorang sahaja yg berdiri…

TIDUR DAN BANTAL

Tahukah anda, posisi tidur yang paling elok adalah dengan mengamalkan memeluk bantal?

Amalkan cara tidur dengan kepala dan badan mengiring posisi ini akan memudahkan anda bernafas dan memastikan jumlah oksigen yang disedut memenuhi keperluan dalam tubuh.Selain itu pastikan anda menggunakan bantal yang empuk di kepala agar ia tidak menahan beban ketika anda tidur.

Walaubagaimanapun, posisi tidur yang tidak disarankan adalah menelungkup atau menyembamkan muka ke tilam.Ini akan membuatkan anda susah bernafas.Jadi,setiap kali anda bangun dari tidur dengan keadaan badan sakit dan sengal, mungkin posisi tidur anda salah..Berjumpalah dengan doktor untuk tindakan susulan bagi mencari sebab tidur anda tidak selesa.
**************************************************
Sebagai umat Islam kita mempunyai adab2 sebelum tidur dan ketika bangun tidur .

Thursday, January 1, 2009

YOU'RE IN LOVE.........

When you are together with that special someone, you pretend to ignore that person. But when that special someone is not around, you might look around to find them. At that moment, you are in love.

Although there is someone else who always makes you laugh, your eyes and attention might go only to that special someone. Then, you are in love.

Although that special someone was supposed to have called you long back, to let you know of their safe arrival, your phone is quiet. You are desperately waiting for the call! At that moment, you are in love.

If you are much more excited for one short e-mail from that special someone than other many long e-mails, you are in love.

When you find yourself as one who cannot erase all the emails or SMS messages in your phone because of one message from that special someone, you are in love.

When you get a couple of free movie tickets, you would not hesitate to think of that special someone. Then, you are in love.

You keep telling yourself, "that special someone is just a friend”, but you realize that you can not avoid that person's special attraction. At that moment, you are in love.

While you are reading this mail, if someone appears in your mind,then u are in love with that person...

**************************************
"Biarlah cinta Allah ditakluki sebelum cinta manusia dimiliki"