Thursday, January 29, 2009

Mencari sesuatu yang hilang….

Malam ni saya nak cerita pasal seorang hamba Allah ini,nama dan tempat terpaksa dirahsiakan agar tidak menyentuh sensitiviti insan itu sendiri.

Wani dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana dan hidup dalam keadaan aman dan damai. Wani merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik.Dari kecil hingga dewasa Wani menerima didikan yang agak tegas daripada kedua ibu bapanya. Sungguhpun begitu, Wani sentiasa berada dalam keadaan tenang dalam apa situasi sekalipun…

Sejak kecil Wani telah banyak bergaul dengan sepupu-sepupu yang kebanyakannya lelaki.Harap maklum kalau dah jumpa sepupu lelaki permainannya tidak lain tidak bukan bersilat,main pistol dan panjat pokok.Kegiatan lasak Wani tak boleh disangkal oleh ibunya Pn,Noriah.Anak sulungnya yang berpewatakan seperti lelaki itu agak membimbangkan ibunya.Mujur didikan agama sentiasa disemat pada diri Wani seawal 5 tahun Wani sudah mengaji selain dididik dengan ilmu fardhu Ain yang sepatutnya.Pabila pulang ke kampung, Atokla yang mengajar cucu yang sorang ni,Atok mengajar dengan rotan ditangan kanannya.Kadangkala bercucuran air mata Wani menahan sebak kerana banyak kesalahan yang dibuatnya ketika membaca Muqaddam ia berlarutan sehinggalah Wani hendak katam Al-Quran.

Sungguhpun begitu, Wani mengerti bahawa setiap apa yang dibuat oleh kedua orang tuanya beserta insan yang rapat dengannya bersebab.Tidak kiralah didikan itu datang secara terus atau tidak daripada ahli keluarga Wani yang lain.Setelah menamatkan sekolah rendah Wani melanjutkan pelajaran ke salah sebuah sekolah agama. Niat dihati agar dapat menambah ilmu yang ada.Sepanjang pembelajaran disekolah menengah kalau diikutkan Wani bukanla salah seorang pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar pintar,cukuplah hanya boleh dikatakan pelajar sederhana.Tidak kira dari segi pencapaian akademik atau pun agama.

Walaupun begitu, Wani tahu yang pelajaran itu penting walau sesusah mana sekalipun dia mesti meneruskan pengajian disekolah agama tersebut.Keputusan PMR Wani tidaklah memberangsangkan.Pada masa yang sama kawan-kawan seangkatan ada yang memilih untuk pergi kesekolah yang lebih baik dan ada juga yang bertukar sekolah disebabkan tidak mahu mengambil peperiksaan SMA (Sijil Menengah Agama).Wani pada mulanya ingin juga memohon untuk tukar ke sekolah teknik kerana risaukan SMA yang dia sendiri tidak pasti dia boleh melakukannya atau tidak.Tahap peguasaan Bahasa Arab yang kurang menjadikan dia kurang yakin samaada dia boleh melakukannya atau tidak.Wani juga ada menyuarakan hasrat hatinya untuk bersekolah di sekolah teknik.Usul Wani dibantah bulat-bulat oleh ibunya.

Tiada apa yang Wani dapat katakan walaupun dia risau akan peperiksaan yang bakal dia duduki.Wani sungguh bertuah kerana dia sentiasa ditemani teman2 yang setia membantu dalam menguasai pelajaran Bahasa Arab.Mengakui kelemahan diri, Wani agak bekerja keras walaupun Wani agak lambat untuk mendalami subjek yang berkaitan seperti Nahu,dan Sorof Wani mempunyai kelebihan dalam mengingat sungguhpun dia bukanlah seorang tahfizah kiranya dia punya ingatan agak kuat untuk mengingati sesuatu.Kelebihan yang sedikit itu digunakan sebaiknya.Disamping teman-teman yang setia memberi sokongan padu.

Peperiksaan SMA dilalui Wani dengan rasa sedikit gementar akan tetapi Wani selamat menjawab subjek-subjek SMA dengan jayanya.Walaupun keputusan tidaklah memberangsangkan Wani bersyukur yang dia lulus semua matapelajaran Sijil Menengah Agama tersebut.Kata-kata ibu yang tidak pernah dilupakan “Ibu tak belajar agama tinggi-tinggi, oleh itu biarlah anak-anak ibu yang belajar dengan lebih dalam”,ketika itu Wani baru faham isi tersirat ibunya.Untuk menjadi ibu bukan mudah untuk mendidik anak-anak.Ibu juga mengakui yang pengetahuannya dalam bidang agama agak cetek malah Wani pun menyedari sejak kecil lagi ibu yang berhempas pulas mengajar ngaji, solat,berpuasa dan sebagainya.Ditambah dengan kesedaran diri Wani untuk menambah ilmu dibidang yang berkaitan.

Sesudah tamat tingkatan 4, peperiksaan yang menentukan masa depan pula menjelma.SPM, kali ini Wani perlu fokus dengan kesemua subjek yang diambilnya.Termasuklah Bahasa Arab Tinggi.Alhamdulillah, Ustazah yang mengajar subjek Arab kali ini tidak segarang ustazah masa SMA dulu, Ustazah Salmah teknik mengajarnya membuatkan Wani kadangkala geli hati melihat telatahnya.Tetapi ada ketikanya Wani sendiri akan menggelabah apabila Ustazah mengajukan pertanyaan kepadanya.Ustazah sungguh sabar mengajar kami semua.Sehingga pada saat-saat akhir Ustazah berpesan Wani, berhati-hati menjawab.Hafal apa yang patut dan baca soalan betul-betul.Wani hanya menganggukkan kepalanya sambil terseyum tersipu-sipu..

Peperiksaan SPM menjelang pelajar-pelajar yang lain berjuang berhabis-habisan sehingga ketitisan mata ball pen yang terakhir.Tidak ketinggalan juga kata-kata semangat yang diberikan oleh Habibah kawan baiknya yang sabar mengajar subjek Arab Tinggi untuk Wani terus yakin untuk berjuang untuk kertas Arab Tinggi..Setelah beberapa hari bergelut dengan kertas peperiksaan akhirnya peperiksaan tamat…Alhamdulillah…………

Tiba masanya untuk Wani meninggalkan sekolah menengah Agama tersebut sesungguhnya banyak kenangan manis yang diperoleh semasa menuntut di sekolah menengah Agama tersebut.Rasa sedih menyelubungi diri pabila semua akan berpisah dan membawa haluan masing-masing ke menara gading, dan tidak lupa juga pada teman-teman yang akan memasuki alam pekerjaan.

Betullah kata ibu, ada sesetengah perkara ibu tidak boleh beri, oleh itu ibu hendak Wani pelajarinya sendiri..Alangkah terharunya Wani apabila dia sesungguhnya dapat memahami keseluruhan mesej yang ingin disampaikan oleh ibunya.

Bila difikir-fikirkan kembali, Wani dapat menangkap maksud ibunya satu persatu,alhamdulillah teguran daripada ibu saudara juga tidak mematahkan semangat Wani untuk memperbaiki diri yang serba kekurangan.Kadang-kadang perkara yang remeh itulah yang perlu diambil serius.Wani menyedari walaupun dia tidaklah mendalami dengan lebih mendalam tidak kiralah dalam hal agama ataupun bahasa Arab, Wani bersyukur kerana dia masih mempunyai kesedaran untuk terus menambahkan ilmu yang ada.Selain itu, sedikit sebanyak membentuk peribadi Wani sendiri, agar dapat berfikir dengan lebih matang dan jauh kehadapan.Peluang untuk menuntut ada dimana-dimana terpulang kepada diri sendiri untuk mencarinya.Wani menyedari, walaupun dia tidak dapat pendidikan agama dari kedua ibubapanya secara terus,dia cuba sedaya upaya mencari informasi-informasi tersebut dengan merujuk kepada sumber-sumber daripada buku-buku,majalah, dan tidak lupa juga bertanya kepada yang lebih arif ...

No comments: