Friday, January 30, 2009

HADIAH HARI LAHIR….


Jiha dan Fatin bersahabat baik.Mereka saling mengenali ketika dibangku sekolah rendah lagi sehinggalah masing-masing berjaya menapakkan kaki ke menara gading.

Hari lahir Fatin semakin hampir . Jiha terfikir-fikir hadiah apa yang sesuai untuk diberikan kepada sahabat baiknya itu,setelah sekian lama dia berfikir akhirnya dia mengambil keputusan untuk memberikan sesuatu yang biasa tetapi mempunyai nilai yang amat tinggi dan murni.

Sudah lama Jiha memerhatikan Fatin,ada sesuatu yang kurang tentang dirinya,sekiranya ditambah. Maka sempurnalah ia. Lalu, Jiha bergegas ke kedai untuk membeli hadiah Fatin.

Hari yang dinanti-nantikan tiba,seperti biasa dakapan mesra seorang sahabat diberikan sambil tangan menghulurkan sebuah bungkusan kecil bewarna merah hati.Hadiah bertukar tangan.Fatin berasa amat gembira kerana sahabatnya mengingati tarikh hari lahirnya.Ungkapan terima kasih dan senyuman yang tidak lekang dipipi menyatakan dia berasa gembira dengan pemberian sahabatnya itu.

Apabila Fatin, pulang ke rumah, dia tidak sabar lagi untuk membuka bungkusan hadiah pemberian sahabat baiknya itu.Dengan berhati-hati Fatin membuka bungkusan hadiah sahabatnya itu,tiba-tiba Fatin berasa terharu kerana hadiah yang diberikan oleh sahabatnya itu adalah sepasang stoking kaki dan tangan.Sememangnya Fatin telah lama berniat untuk melakukan sesuatu pembaharuan pada dirinya. Cuma kadangkala niatnya dilengah-lengahkan.Alhamdulillah, teguran halus oleh Jiha itu diterima baik oleh Fatin.

5 bulan kemudian……….

Fatin berjanji untuk bertemu dengan Jiha setelah 5 bulan tidak berjumpa.,maklumlah masing-masing sibuk dengan kuliah masing-masing.Tempat menuntut juga berlainan negeri,agak susah bagi mereka bertemu…

Seperti yang dijanjikan mereka bertemu di Andalas Corner,berdekatan dengan rumah mereka. Jiha sungguh gembira dengan penampilan baru Fatin yang menepati ciri-ciri seorang Muslimah.Tidak ketinggalan Fatin juga tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada Jiha atas pemberiannya yang amat bernilai buat dirinya itu..

No comments: