Sunday, September 28, 2008

TOPIK 6: HARI RAYA


Assalamualaikum & selamat pagi semua...


Harap semua sihat2 hendaknyer.. heheh

Disini sy nk mohon maaf la.. sempena Hari Raya yang bakal menjelang ni.. al-maklumla.. sy balik kampung hari ni.. nanti x best plak.. wish lambat2 hehehe...


Hmm.. semestinyer sy happy sbb kami sekeluarga dpt berkumpul wlaupun cumer seketika.. huhu..balik kampung nanti insya Allah, saya dan keluarga akan melawat saudara2 yang lain.. means dua2 belah ..la.. mamaku & abahku.. disebabkan mereka satu tempat.. so, sekaligus la.. kirenyer.. kebetulan rayer ke-4 nanti ader jemputan kawin plak tu, so, kenerla.. hadirkan diri..


Hmm.. Rayer thn ni sambut ala-kadar jer seperti biaser.. but of coursela yg masih kekal sampai sekarang adat kunjung mengunjung before rayer(hantar lauk-pauk ke rumah jiran tetangga) biasernyer sy gakla.. jadi postgirlnyer.. dah besau2 ni pun kener gak.. nk wat camner.. malu camner pun, mamaku suruh pegi.. jugakla.. tebalkn muker.. hntr.. Dulu before.. xder tupperware or polistrene pakai dulang ngn mangkuk tingkat bayangkanla.. huhu.. nk menatang dulang timah tu.. hish!!!Disbbkan zaman dah moden skt dah jarang org guner.. dulang ngn mangkuk tingkat,so, depa letak dlm plastic atau pun tupperware yang boleh msk microwave tu heheh...sng plus flexible skt.. hehehe...


Byk plak.. sy ckp hari ni.. tp x per seminggu tu sy xder nanti.. hahhaha.. alang2.. citer2 trs..


Ingat raser2 cam nk men bunger api.. dah lamer x men.. tp bkn yg meriam buluh la.. tu cr nahas namernyer yg beser2 jer.. jadila..buat men2.. dengan sepupu..bkn sng nk jumper depa smua.. so, peluang yg ader kener gunerkan sebaiknyer.. sbb.. memori tu kadang2 kiter sendiri kener lukiskannya.. walaupun x seberapa dan x sehebat maner...


Rayer thn ni.. harap2 sy cukup kaki tgnla.. nk wat kejer dapur.. huhu.. bkn aper org dtg umah mcm dok serangla.. x berhenti2 naik pening plus mabuk sy dibuatnyer..mmg org yg dtg umah atokku x henti-henti selalunyer bertali arus kadang2 ader midnight rayer lagi.. (kalo yg tu mintak maapla.. sy dah nyorok, penat giler! )Mmmg x dpt bygla sbb thn ni.. len skt hari rayernyer.. selalu umah atok kosong skrg dah berisi..hahhaha sbb ader makcik br.. kih3..


Hmm.. risau gak..ni dengar s'mlm pakcikku call mamaku katernyer atokku cam x sihat.. jer.. Hope die o.k jer..uhuk3..bab2 atokku ni sy sensitipla..uhuk3.. dr kecik sampai besau dpn die.. so, anything happen make me worried....alamak citer sedih plak.. tukar2..


Hmm.. sbb.. lamer x jumper my sis.. ms yg ader nila.. we spend time together2..pasni.. saya x tau.. sy.. kerja aper.. dibuatnyer cikgu kener posting sabah sarawak haru hidupku.. buat kali kedua..uhuk3...setahun pun cam 10 tahun..hehehe...


K.la.. barag baru siap pack separuh.. sis kater mcm nk rayer sthn plak.. bknnnyer aper.. just in case..mmg mama kater kiterorg x blk bln 12 ni.. alahai sedihnyer.. huhu..cian atokku.. uhuk3..k.la.. Subuh pun dah msk..


Saya pun nk get ready.. ni.. raser2nyer sis.. tu.. watper ntah kat ats..ntah2 tido.. minah tu bkn le cayer..sbb mlm semlm die conquer PC.. so, pagi2 saya plak conquer..sistem demokrasi.. wakakkakaka iyer ke? papojerla..


k.la.. sampai disini sahaja.. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin....


Wassalam.........(^^)


RAYA MASA UNTUK MUHASABAH


Hari Raya itu sebenarnya adalah bagi memperlihatkan tanda kesyukuran kita terhadap Allah s.w.t dalam 3 perkara iaitu menggunakan nikmat yang diberikan pada perkar2 ketaatan, menjauhkan diri dari kemungkaran dan untuk diumumkan atau dikongsi bersama orang lain.

Umat Islam harus sedar bahawa antara nikmat yang Allah berikan kepada mereka Hari Raya iaitu selepas berpuasa dan Hari Raya Korban. Hari Raya diberikan kepada kita adalah sebagai tanda kesyukuran pada Nya atas kejayaan kita menhadapi ujian hidup.

Orang yang menyambut Hari Raya ada 3 jenis orang:-

Seolah-olah tiada apa yang menggembirakan
Golongan ini tidak faham maksud hari raya. Mereka menganggap Aidilfitri sama dengan hari2 biasa dan tiada istimewanya dan tidak perlu diraikan..

Raikan secara sederhana
Golongan ini tahu apa makna raya. Mereka akan menyambutnya dengan penuh gembira dan kesyukuran tetapi secara ala-kadar.Namun tetap meraikan sebagai tanda kesyukuran terhadap nikmat yang Allah swt anugerahkan.

Terlalu ekstrem hingga membazir dan ada unsur maksiat.
Orang jenis ini menyifatkan hari raya adalah hari yang bebas dari puasa.Hari itu mereka gunakan untuk makan sepuas-puasnya , membeli pakaian baru yang melampau, bergaul tanpa batasan dan sebagainya.

Ustaz Zahazan berkata,umat Islam harus jadikan hari raya sebagai hari memperingati Allah swt , menjauhkan diri dari maksiat dan tingkatkan iltizam.Selain itu, hari raya juga perlu digunakan untuk mengekspresikan diri , bersyukur dan mengeratkan silaturrahim.

Sekiranya konsep hari raya itu benar2 difahami, mereka akan menganggap hari raya sama seperti hari biasa bukan hari untuk melakukan pembaziran dan kemaksiatan.

Apa yang berlaku hari ini terutama yang melibatkan ekonomi umat Islam perlu lihat hari raya ini sebagai mempersiapkan diri untuk berazam dan menanam tekad baru agar hari yang mendatang lebih baik.

Raya adalah masanya untuk membuat penilaian diri terhadap amalan2 sepanjang tempoh berpuasa. Kita perlu menilai samaada kita benar2 melakukan yang terbaik dan lebih baik dari sebelumnya.

Pada malam raya, kita seharusnya melakukan i’tikaf di masjid dengan melakukan muhasabah Ramadhan yang kita lalui.Buat senarai amalan yang kita lakukan dan buat penilaian adakah apa yang kita lakukan sepanjang Ramadhan sudah mencukupi atau terdapat banyak kekurangannya dan sekiranya ya,tingkatkan azam untuk melakukan yang lebih baik pada masa hadapan.

Ustaz zahazan memetik ulama’ Muhammad Abduh yang mengatakan Ramadhan adalah masa untuk muhasabah mengenai sembahyang yang sempurna, selesaikan puasa,bacaan Al-Quran , adakah ia beres atau tidak , sedekah atau tidak atau tidak kerna bulan Ramadhan adalah masa untuk belas kasihan dan meraikan keluarga, jiran dan orang yang susah.

Menurut beliau lagi , Islam agama yang fleksible . Islam tidak melarang memakai pakaian cantik dan baru serta menziarahi ketika hari raya tetapi kita perlu melihat keutamaan dengan memastikan setiap amalan kita telah diselesaikan belum..

Boleh pakai baju raya sebagai tanda gembira dan meraikan hari kebesaran itu tapi jangan melampau dan untuk menunjuk-nunjuk . Sebelum itu kita perlu nilai amalan2 kita sepanjang Ramadhan . Ingatlah jangan berbelanja secara melampau agar wang yang ada boleh digunakan untuk perkara lain terutama dari segi pendidikan ank2. Ulama’ juga menasihatkan umat Islam agar menjadi org yg realistic dan kotemporari..

Jadikan Ramadhan ini untuk menuntut ilmu ke masjid , membaca Al-Quran dan perlu ada matlamat seperti berjaya membaca Al-Quran sebanyak 10 juzu’ lengkap dengan terjemahannya dan sebagainya.

Dalam keadaan semasa hari ini memerlukan kita lebih berjimat - cermat dalam berbelanja , kita menyedari Syawa kali ini tidak sama dgn thn lalu.Kena tanamkan daam fikiran kita bahawa hari raya bukan hari tok menunjuk-nunjuk..

Untuk itu, kita dinasihatkan bergaul dengan orang yang baik,jauhkan daripada yang negatif dan boeh merosakkan diri kita . Semua harus buat perubahan sekiranya kita sedar perbuatan itu melalaikan dan harus berhadapan dengan segala masalah untuk membuat keputusan.

Cara untuk meakukan perubahan ini adalah kita harus mendampingi orang2 yang berilmu .Mereka harus menjadi mursyid iaitu menjadi pemimpin yang memimpin orang lain.

Tambah beliau lagi, Kaum wanita hari ini perlu pergi ke masjid untuk mengubah diri dan menambah ilmu dan dalam masa yang sama muhasabah diri sebelum bercampur dengan orang lain.

Waktu yang paling baik untuk muhasabah diri adaah waktu subuh . Penghayatan yang berkualiti berlaku apabila kita jauh dari manusia.dan setiap perbuatan dan amalan harusla dilakukan dengan penuh ikhlas.
Selain itu banyakkan berdoa dan yakinlah doa itu adaah perisai yang paling baik. Akhir sekali nasihat Ustaz Zahazan berbelanjalah mengikut peruntukkan kewangan yang ada dan jangan merancang membeli sesuatu apabila tiada duit dalam tangan. Jangan sesekali teribat dengan riba kerana akan membuatkan hati kita susah , stress , rezeki tidak terbuka dan yang paing penting ukurlah baju pada badan sendiri……….

Thursday, September 25, 2008

Tau Fu Fa


Assalamualaikum....pagi!!!Hehehe....


Hhehe harap di pagi yg indah ni, samer2la kiter.. bekerja kuat untuk Ramadhan yg beberapa hari sahaja bakal meninggalkan... kiter.. uhuk3..Harap dapat berjumper lagi dengan Ramadhan yang berikutnyer..insya Allah....


Untuk permulaann hehe...saya nak citer pasal taufu fa,taufu fa ni lebih terkenal di negara2 seperti China,Taiwan,Hong Kong, Indonesia dan Jepun kalo x silapla.. kalo silap bg taula.. yer.. taufu fa.. asalnya diperbuat dari kacang soya yang dicampur dengan ramuan2nyer sehingga terbentukla taufu fa.. hahhaha..Nak tau resepinyer.. ni saya amik dari salah satu blog..


Bahan2:

4 liter air kacang soya (tgk sini utk cara membuat Air Soya Homemade)tp, xyah letak gula kalo nak wat tau fu fa

11 gram Gypsum Powder

20 gram Cornstarch1/2 cawan air

Bahan kuah:Air gula merah* masak gula merah dgn portion 1 gula: 1 air.


Masak sampai gula nampak likat.


Cara2:

Rebus air kcg soya hingga mendidih. Berhati2 bila dia da nak mendidih...takut dia melimpah2 dari periuk. Rajin kacau semasa memasak utk mengelakkan jadi kerak.Bila dah mendidih, matikan api.Kemudian, masukkan Gypsum Powder & Cornstarch (tepung jagung yekk...) kedalam air. Bancuh sehingga sebati.Kemudian ambik bekas untuk setting tau fu fa cth: bekas plastik pun boleh. Masukkan air bancuhan gypsum dgn constarch tadi...goyang2 kan bekas spy bancuhan tidak mendap. Kemudian, masukkan air soya yg baru lepas mendidih tu cepat2. Biarkan sehingga 15 minit. Bila nampak bancuhan dah set, baru boleh di senduk dan dimakan dgn air gula melaka atau gula merah.


Khasiat taufu fa ni.. meh sini.. saya gi tau.. khasiat die,3 jenis kaborrhidrat yang terkandung dalam kacang soya iaitu selulosa,hemi-selulosa dan pectin boleh mencegah sembelit dan barah rectum serta merendah tahap kolestrol dalam darah. Kekerapan mengambil makanan berasaskan kacang soya juga membantu memulihkan penyakit berkaitan arteri (jantung) kerana ianya kaya protin dan asid amino iysine.

(Sumber ukhwah.com)


Hehehe naper sy mimpi citer pasal taufu fa.. ni? sbb saya suuukeer... sangat dengan die.. heheh..sebab die putih dan lembut.. wakakaka..

Startla.. nk merapu di pagi hari ni.. hehehe.. tapi.. mmg saya gilerla.. ngn taufu fa.. ni..heheh..


Tula.. serba sedikit pasal taufu fa....K.la ni pun dok ngarut sebab nk tunggu sahur kih3..

Wednesday, September 24, 2008

MERAIKAN AIDILFITRI YANG TERBAIK


Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah .Baginda mendapati ada 2 hari raya yang diraikn ketika itu.Mereka memberitahu Rasulullah 2 hari raya itu diwarisi secara turun-temurun daripada datuk nenek mereka. Lalu Rasulullah memberitahu orang Arab Madinah,Islam menggantikan 2 hari raya yang mereka raikan dengan Hari Raya Aidil Adha ( Raya Korban) dan Hari Raya AidilFitri ( Raya Fitrah).

Pada zaman Rasulullah , seorang sahabat datang kepada baginda. Katanya, “Pada tahun ini saya tidak dapat menyambut Aidilfitri kerana saya tidak ada baju baru”, Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat yang lain agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikn kepada lelaki tersebut tadi.

Dalam hadis Riwayat Saad Aus Al – Ansari daripada ayahnya baginda bersabda, “apabila tiba Hari Raya Fitrah berdirilah malaikat dipintu-pintu jalan lalu menyeru pergilah wahai Muslimin mengadap Tuhan yang pemurah yang memberikan kebajikan dan kemudian memberikan pahala yang banyak,demi sesungguhnya kamu telah diperintahkn melakukn Qiamullail maka kamu membuatnyer dan kamu diperintahkan untuk berpuasa pada siangnya maka kamu berpuasa kamu juga mentaati Tuhan maka kamu terimalah balasan kamu ,maka apabila kamu bersembahyang maka akan menyerulah orang yang menyeru : ketahuila bahawa Tuhanmu telah mengampunkan kamu dan pulangla menuju tunggangan kamu dan itu adalah hari menerima balasan dan dinamakan hari itu dilangit sbg Hari Al-Jaizah (Hari mendapat ganjaran) ”.

Sunah Nabi pada Hari Raya:

Sebelum pergi menunaikan solat Aidilftri, baginda mengenakan pakaian yang terbaik , kemudian menjamah tamar dengan bilangan ganjil 3 , 5 atau 7 biji.Berlainan dengan Hari Raya Aidil Adha baginda tidak makan sebelum menunaikan solat sunat AidilAdha.

Baginda berpesan agar menyegerakan pembahagian zakat fitrah,pada AidilFitri. Ketika solat sunat Aidil Adha pula baginda menyuruh segerakan solat supaya umat Islam dapat mempercepatkan urusan korban.

Ibnu Umar kerana bersungguh menghayati sunnah , hanya akan keluar menunaikan solat sunat selepas terbit matahari dan sepanjang perjalanan beliau bertakbir dan bertahmid.

Rasulullah mengerjakan solat sunat sebelum berkhutbah . Dalam solat baginda bertakbir sebanyak 7 kali dan berhenti seketika.Hanya riwayat Ibnu Masu’d sahaja yang menjelaskan bahawa baginda membaca Hamdalah dan berselawat antara takbir 2 itu. Pada rakaat yang kedua , takbir adalah sebanyak 5 kali .Diriwayatkan juga bahawa Ibnu Umar mengangkat kedua-dua tangannya semasa bertakbir.

Pada rakaat pertama, Rasulullah akan membaca Al-Fatihah dan surah Al- Qaf. Pada rakaat kedua membaca Al-Fatihah dengan surah Al-Qamar. Kadang2 baginda membaca surah Al-A’la and Surah Al–Ghasyiah.
Rasulullah tidak mengerjakan solat lain sebelum atau selepas solat sunat hari raya.Dari Ibnu Abbas beliau berkata ,“ Sesungguhnya Nabi menunaikan solat Aid 2 rakaat tanpa disertai solat yang lain sebelumnya mahupun sesudahnya”. (Riwayat Bukhari Muslim)

Antara amalan sunat yang dianjurkan menjelang Hari Raya.

Bertakbir dan bertahmid kepada Allah bermula terbenam matahari malam hari raya sehingga imam mengangkat takbiratul ikhram sembahyang hari raya.

Mandi sunat di pagi hari raya dan mengenakan pakaian baru atau bersih.

Memakai wangi-wangian dan menghilangkan segala bau.
Memohon maaf kepada ibubapa, suami isteri dan ahli keluarga lain.

Makan sedikit sebelum ke masjid dan melalui jalan yang berbeza untuk pergi dan pulang dari masjid.

Solat sunat Hari Raya.

Ziarah menziarahi dan sebagainya.

Tuesday, September 23, 2008

BERHATI-HATILAH MENJAGA HATI


( Tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa…tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya)

Kejahatan iu bukan satu kebetulan . Ia adalah satu kebiasaan yang terbentuk perlahan-lahan, tahap demi tahap.Pertama kali terbuat dosa hati akan diburu resah . Jiwa resah kerana menentang fitrah . Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang resah.Benarlah seperti yang selalu diungkapkan , apabila manusia berdosa dia bukan sahaja menentang Allah tetapi juga menentang dirinya sendiri..

Namun rasa berdosa itu tidak lama . Jika dosa yang sama dibuat kali kedua , ketiga dan seterusnya … rasa bersalah itu akan hilang.Sedikit demi sedikit.Lalu akhirnya , hati itu telah biasa dengan dosa. Rasa bersalah tidak muncul lagi. Ia sirna dimamah oleh dosa demi dosa. Jika dulu ada air mata mengalir kerana kekesalan dan penyesalan … tetapi ditahap kedua ini , tiada air mata lagi..Alah biasa tegal biasa. Hati telah tega untuk berdosa.

Dosa itu racun disalut kemanisan.Dosa yang dilazimi tidak terhenti kesannya pada hati . Dari tahap terbiasa dgn dosa , kederhakaan meningkat dgn lebih parah lagi.Tibalah hati pada tahap ketiga,yakni seronok dan indah dengan dosa. Diri sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukannya. Rasa ketagih dengan maksiat , rasa gian dengan kemungkaran, mencengkam hati dan diri. Racun dosa terasa nikmatnya. Tiada lagi rasa bersalah . Bisa dosa yang terbiasa menjadi fartamogana nikmat yang tiada taranya.

Nafsu tidak pernah puas. Kehendaknya tiada batas . Syaitan tidak pernah tidur.Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur di lebuhraya nafsu , diri yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk ‘maju’ setapak lagi.Itulah tahap keempat yang lebih dasyat yang sesat.Keseronokan dosa menjadi si berdosa itu pembela dan pejuangnya.

Dosa dipromosi dan dihiasi sebagai jalan kebenaran dan denai keindahan.Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat…pejuang dosa itu pun bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan kudrat.

Justeru wahai diri , berhati-hatilah dengan dosa Jangan tertipu oleh kecil atau remehnya suatu kederhakaan.Ingat tusukan dosa bukan seperti belati yang membunuh tiba2, tapi ia umpama api dalam sekam yang membara dalam diam.Keterlanjuran kali pertama jangan disusuli dengan oleh kesengajaan kali kedua . Kelak akan menyusul perancangan dan perjuangan atas nama dosa.

Wahai diri…ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kali kau berdosa,ketahuilah itu adalah ‘peringatan’.yang Allah bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani.Itu petanda hatimu msh hidup.Bukankah penyesalan itu satu syarat taubat ? Maka susulilah dengan syarat kedua dan ketiga (jika dosa itu dengan Allah). Jika dosa itu dengan manusia tambahlah lagi dengan syarat yang keempat.Tidak mengapa jika kau terlanjur dosa selepas itu . Bertaubatlah kembali.Hatimu akan hidup lagi.Selagi ada rasa bersalah , selagi itulah ada sarana untuk kembali kepada Allah.Jangan putus asa oleh taubat yang patah kerana kasih sayang Allah akan menumbuhkan taubat kali kedua , ketiga dan seterusnya.

Wahai diri, biarlah dirimu jatuh bangun , merangkak tegak,dalam taubat demi taubat yang ‘tidak’ menjadi berbanding larian dosa yang maju da laju tanpa henti2.Lebih baik terbentur daripada patah.Lebih baik dirimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, dari tertipu dari ‘nikmatnya’ yang menyebabkan seksa selamanya di akhirat.

Wahai diri, ingatlah sekalipun kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan , tapi jangan sampai tertipu dengan nimat kejahatan..Berhati-hatilah menjaga hati..Tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa.. tetapi jangan sampai kau kau tersenyum kerananya!!Ingatlah selalu , kejahatan ynag menyebabkan kau menangis,lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur!

*******************************************************************

Pengajaran yg boleh dapat dari sini sebagai memperingati diri ini.. yang sentiasa luper.. huhu..

Sunday, September 21, 2008

TOPIK 5 : JALAN2

Assalamualaikum… dan selamat petang ..

Phew.. penat tol hari ni..hehe. Meh sy bg tau sy watper hr ni..sampai pnt sgt. Dahla cuti sehari jer esk dah muler kejer balik. But next week sampai hari Sabtu jer coz.. hari Ahad ku sudah pulang ke kampong halamanku.di Johor Darul Takzim. So, this week kire dpt honey moon sat la for rayer..Eh2 melalut plak.. nk citer bender len bender len diciternyer..

Hmm biaserla pagi bgn kul 4,buat aper yg patutla,sahur ngadap PC bc article,solat subuh dan sambung membaca buku..uhuk3.. suara plak mcm ala2 rock plak hari ni.. sebab semalam makan pencok si nenas ngan timun tu.. huhu..Hmm.. tgh dok membaca Mamaku call biaserla dulu ader bender yg bole diketuk dari bawah.. sebab bilik saya kedap bunyi…hehehe.. ingat pagi tadi nk gi hantar brg tok recycle..tapi x jadi.. hehe sebab terlelap sat. ehehe..Maklumla namer pun bacer buku..kih3..

Mama ajak turun Klang nak cari barang atok ngan nenek.Tp disebabkn siMerahku punyer plat tertanggal hari tu,so, kami pi amik sat kat umah S hehe..X taula mintak2 plat tu x tanggal lagi..nyusahkan tol dahla br wat x pasal2 saya kener ganti nanT.Lepas dah amik nombor plat tu mama ngan saya dok merayau2 kat Klang gi cari barangla.. huhu agak penatla tapi I enjoy it very much sebab dah lamer x keluar ngan Mama..heheh..Dari ke Kamdar ke Bata pastu gi Mydin agak mcm nk patah gak kaki berjalan hehehe..

Biaserla tentunya ramai orang membeli belah dah.. hajat dihati nk beri barang atok ngan nenek jer.. sambil2 nyelam minum air la.. wakakak.. Saya pun carila keperluan saya.. Boleh plak masa singgah kat Bata Mamaku kater "nk beli seliparla mama x der selipar"."Yerla".Saya turutkan jua.. pilih punya pilih lepas satu2 diteleknyer mama decide nk amik satu.. Saya pun aper lagi dok cuber2 gakla maner patut..pastu kenan plak ngan selipar cam sandal warna hitam la standard matched any color tgh saya usul ngan Mama die pun dok syok kasut pattern and color yg samer.. sabojerla.. heheh Xkan ar nk seruper plak.. even saiz kami berlainan.. then sy pun mengalahla.. sy kater "I take the cream one then you take the black one".Saya cakap camtu.. Ntah mcmmaner maybe this is my lucky day size Mama dah habis color hitam so, Mama pun x nk amik kasut cream tu ..die terpakse tukar pattern len.. Semua gara2 saiz.. and color..

Hujan rintik2,and cuaca agak mendung muler2 Mama nk singgah The Store, biaserla orang pompuan kalo dah gi beli barang smua tmpt disinggah. Alang2 turun Klangla katerkan bukan sng nk pi turun saner heheh..Tp x jadi sbb risaukan hujan makin lebat so, directly kami gi Mydinla.. cari barang Atok not satisfied gi Kamdar tadi.. kain pelekat die pun xcantik.. uhuk3..Seperti biaser, saya jadi advisor in term of color setting x kisahla baju ker, alas meja ker, kotak tisu ker.. uhuk3..hmm nk cari si Pagoda Atok ni.. maner ntah saiz die pun tak ingat tak taula.. men hentam jer wakaaka asal muat ngan Atok, kain pelekat sure die dapat banyakla dari budak2 yang die ajo ngaji.Yang lepas pun saya gi Sarawak aderla belikan die kain pelekat luckily die suker. Agak cerewet gak atokku ni..

Mama kater abahku plak nk dicarikan kain pelekatnyer.Hmm saya dok pusing2la kat situ dah la sempit org ramai masing2 dgn bakul2nyer..Disebabkan tengah demam color coklat, kain pelekat abahku pun color coklat wakaka menjadi mangsa kegilaan coklatku.. hehehe..Pastu, mamaku nk beli alas meja saya kenan warna hijau xderla plak.Yang kecik x der yang panjang jer ..corak die cantik ala2 rayerla.. kan hmm tukar amik cream plak..Nanti smua serba oren mcm ranggoli pulak rumahku.. heheh. Settle smua kiter orang pun beransur pulang agak teraserla jugak org ramai sgt. Berpusu-pusu tu,x kisahla yang Indon ke Pakistan ker smua ader kat saner.. huhu..Tiber2 ku raser mcm bukan berada di Negara sendiri…X yah gi oversea pun dah jumper depa hahahah…

Hmm disebabkan tggu Abahku amik kiter orang decide tunggu depan Institut Tahfiz Klang senang sikit Abahku nk berhenti tepi bahu jalan..Nasib agak x lamerla tunggu masing2 dah kepenatan shopping..Adoi ngantok tol.. tapi ku tahan jer mater ni.. Sampai2 kat umah jer dah nk 4 lebih jgn mimpila.. nk lelap huhuu.. Ni gara2 dpt tahan pun sbb ngadap laptop ku yang berbelang ni hehe.. Actually banyak jer tajuk tu.. cumer nak cari hari yang sesuai nk layan taip2 ni..Maklumla semenjak dah kejer ni.. balik umah ku 5 betapa jap.. baru tgk2 kat dapur hehhe…

I think I stop here firstla.. saya lom Asar ni.. Nanti kalo berkesempatan kiter sambung citer len plak yer…

Wassalam…

Friday, September 19, 2008

MOHON MAAF BUKAN MINTA MAAF

Perkataan mohon maaf sekarang ini mula pupus amalan dan kebiasaannya penggunaannya dalam masyarakat Melayu. Kebanyakan orang Melayu sekarang ini lebih gemar meggunakan perkataan ‘sorry’ atau mintak maaf sahaja. Seimbas lalu,jika dihitungkan dan dipertimbangkan dengan mudah orang ramai akan menyatakan sama sahaja apabila ucapan ‘sorry’ dan minta maaf digunakan. Jika dikaji dengan teliti dan mendalam perkataan mohon maaf didapati lebih beradab, lebih murni dan ternyata mempunyai perukuran peradaban yang lebih tinggi nilai pengunaaanya.Ahli masyarakat yang tinggi nilai moral yang lebih mementingkan kesopanan dan kesusilaan murni menyatakan bahawa penggunaan perkataan mohon maaf sepatutnya digunakan dalam amalan kehidupan orang-orang Melayu.

Amat penting sekarang ini ibubapa membiasakan anak-anak untuk mengamalkan dan menggunakan perkataan mohon maaf berbanding perkataan sorry atau minta maaf.Perkataan mohon mengandaikan terdapat sesuatu perasaan bersalah dan kesedaran sebenarnya daripada mereka yang mengharapkan kemaafan berbanding dengan perkataan minta yang dirasai sedikit kasar dan bersahaja dan tidak bersungguh-sungguh apabila digunakan.

Dalam hubungan didikan ibubapa dan anak-anak pada zaman moden hari ini,ibubapa tidak membiasakan diri mereka untuk memohon maaf pada anak-anak, ibubapa sering beranggapan perlakuan mohon maaf hanya sesuai dilakukan oleh anak-anak, tidak sesuai dilakukan oleh ibubapa kepada anak-anak ,daripada orang-orang dewasa untuk yg lebih muda umurnya.

Ahli psikologi berpendapat bahawa ibubapa yang tidak membiasakan diri untuk memohon maaf pada anak – anak apabila melakukan kesilapan ,akan membentuk anak-anak yang tidak gemar menggunakan perkataan mohon maaf apabila mereka melakukan kesalahan terutama sekali apabila melakukan sesuatu kesalahan dikalangan keluarga.

Diperturunkan contoh ayat yang boleh digunakan ketika berinteraksi bersama-sama pasangan dan anak-anak apabila berlaku sesuatu keadaan yang tidak menyenangkan dalam hubungan dalam keluarga.

‘Saya mohon maaf,saya tidak sepatutnya bersikap biadap dengan menggunakan perkataan yang kasar tadi.Tolong maafkan saya’.

Penggunaan perkataan sebegini akan membuatkan sikap ego yang anda punyai akan berkurangan, begitu juga dengan sikap individu yang mempunyai hubungan dengan anda.

Amat sukar untuk membentuk dan membiasakan anak-anak untuk menggunakan perkataan mohon maaf jika ibubapa sendiri tidak sering menggunakannya dalam interaksi harian.
Pastikan ibubapa sentiasa mengamalkan perlakuan mohon maaf agar kebiasaan penggunaan perkataan ini dapat akan dapat membantu keluarga harmoni. ‘Saling menyayangi antara satu sama lain’.

Moral of the story, heheh sempena Hari Raya Eid-Fitri yg nk menjelang ni. Jom practice ckp mohon maaf..pada kedua ibubapa kiter .. wakaka.. hope.. kawan2 dpt point2 nyer.. hehhe..

Dipetik dari ( Muslimah Ogos 2008)

Monday, September 15, 2008

TOPIK 4 :TEMAN 2

Assalamualaikum and gud afternoon!!!

Hmm yang ni sy nk smbung citer s’mlm, yerla perjumpaan singkat tp amat bermaknerla wakaka setelah sekian lamer tidak jumper..

Janji nk amik B kat stesen bus Klang kul 2ptg, boleh plak mamaku suh pi amik bubur lambuk kat surau.. adoi.. dah lom isi minyak lagi siMerah tu.. huhu haru.. pegi jgkla.. ke surau dgn langkah yang agak laju jgkla.. huhu gara2 nk kejar ms.. punctuality is very important to me.. so, pas amik hntr blk umah patah blk amik keter kat kedai which park near the shopsla.. Barula sy pegi isi minyak, pastu ape lagi bw keter mcm F1 la heheh.. .terserempak plak ngn abah on the way tu.. huhu nsbla kalo die nmpak sy bw keter laju gile heheh.. don’t worry insya Allah o.k nyerla..Biaserla org muder suker men dgn kelajuan wakaka..

Hmm.. alhamdulilah semalam x jam kat SK Klang tu near India Town kalo x harap nk sampai on time.. elok jer jln tu smooth..tiber.. aik signboard nk gi Shah Alam bertukar lagi.. tu..la.. kalo dah lamer x trn Klang ader je perubahan jln buat suspend jer dahla pemandu amatur.. ni.. yg bawa.. sajer jer dan kalo x gara2 nk g Shah Alam x dernyer nk lalu Klang yg bz tu.. still under construction...Biler ntah nk siap jln pun x baper cantik sgt..Elok sampai kat traffic light dkt Institut Tahfiz Klang B dah tggu kat situ..hheehe memudahkan kejer sy mengambil die on the spot la.. x yah tggu2 kire timing kiterong mengena jgkla.. kalo x haru nk tggu kat situ.. huh..

Seperti biaser intro,bercakap.. heheh..lamer dah tggu ker..? br jo hhehe.. Pastu kiterorg keep chit chat a little bit sementara nk sampaikn ke rumah S.Dah lamer x gi umah S tp kater dkt jer ngn umah lamer die so, sy dgn confidentnyer redah jerla.. sampai2 jer dalam hati kater guard yg ni kot..si B mmg pun x penah sampai gak ..Hmm then sy suh S kuar ruper2nyer salah guard da.. kaco.. tol.. dpn lagi satu.. hehe.. biasela manerla den tau umah die kat ner men taram jer.. nsb sampai wakaka..

Kebetulan.. smpai2 jer S dah tggu dkt pondok jaga tmpt die…hehhe sambil tersenyum sy katerla samerla kiter hari ni.. kami punyer tema oren plak la semalam wakaka..m.b sbb instinct tu agk2 mirip kot yerla.. bekas X-roomate.. sometimes.. perilaku seseorang bagi effect gak kat kiter.. hehhe..Hmm.. aper lagi trs suh dieorg decide nk g mane.. saya ni

tau bawak jer..wakak.. so, we decide to go to Jusco.Actually before tu dah ckp ngn S yg besday B coming soon.. saya plak pas blk dr program dah sakit kepaler aper lagi jawapannyer bantal la.. wakaka.. x sempat nk pi beli hadiah die.. yerla.. bkn slalu pun nk celebrate samer.. ni gare2 pose.. so, simple jerla..

Trs si S mulerkn rancangan kater nk beli hadiah yg cantik tu.. saya pun nk beli hadiah ramai plak tu besday bln 9 (agak kopakla)wakaka yg x der hadiah tu claim nanti la..heheh..maner yg penting dan jumper jer…o.k gak.. S trs ngan plannyer saya tersengih2 pure2 x taula.. yerla.. ikut jer..smua kedai cenderahati kiter org msk kat Jusco tu, sambil mulut dah berhenti- henti tanyer kabo.. dan tukar2 citer.. huhu mmg lamer btol la si S and B x berjumper.. Saya agak bernsb baik, kirenyer br gak jumper S yang B mmg lamer x jumper last jmper time die ajak wat spect die.. heheh
Since x tau nk bagi aper lagi kiterorg dok ronda2la.. seperti biaser.. kedai buku mmg agenda wajibku. Wakaka nk tgk buku plus anime CD’s heheh.. x kuar lagi plak Tsubasa Chronicle season 3 & 4 kaco tol..huhu.. hmm.. xper2..just tgk2 dulu.. sambil survey besday gift for my sis.Then kiter org msk Jusco,b4 tu kiter mcm nk beli frame saya ikut jer S hehe sempoi la.. nampak gak glass yg cute satu tu gambo basketball.ganas kit yerla.. kiterorg ni kire sempoi jerla..kn nk bg bender berbunga-bunga jiwangla.. plak.. cm x sesuai jer wakakka..Jln punyer jln jumper mug gambo lembu..hehhe kebetulan kiter org kat 1985 thn lembu S ngn sy decide nk bg yg tu.. la..B ntah g maner rayau2.. sat.. kiter org pun amik kesempatan..la.. g bayar and wrapped the present..

Siap merepek lagi kad kecik tu.. hehhe sambil memerhati sekeliling .. o.k line clear..aper lagi dgn lajunyerla sy dok tls ucapan hepy besday.. wakaka.. bkn sng nk bg surprised.. plak tu kener klentong plak tu pose2 ni.. tp x per bender baik.. kan.. penyudahnyer no harmla.. wakkaaka.. B tepon. Katner? Hehe tggu kat tmpt Cd2 tu nanti kiter org dtg..Dah tu.. settle..Saya plak.. nk beli present sis sy.. pi tgk kat MPH plak.. actually ni bg pihak Mamaku..la.. saya dah bg hr tu..terpusing2 ku cari.. bender tu..dari satu shelves ke shelves yg len. Hehe k.la.. kire jumper.. pastu spt biaserla.. carila.. plak.. buku untuk diriku..Buku dgn saya x leh dipisahkan.. teman sajati no.2 yg paling setia tu..hehhe..

Tgh belek2 buku terjumper plak buku resepi.. hehe then sy tunjuk kat S.. ni besday gift i.. Thn depan I tuntut wakakak.. actually just for fun.. hehhe..tp kalo nk bg bgs jgk.. boleh study resepi plak pasni..bkn sng nk master masak2 ni.. setakat basic2 dulu maser kelas kemahiran hidup(form3) bolehla.. hehhe..paling terer msk air.. wakakka…lawak jer.. dah msg2 bayo.. kiter org dok kat benches dpn MPH.. yerla.. kalo x pose leh gi minum.. ni.. dok.. berstory tellingla..hehhe. citer psl kawan2 lamer,cikgu2,kerja.. and etc..Mcm2 gakla.. topicnyer.. yg thn tu sampai.. bab tanyer nama bapak.. tu yg x leh..thn.. si S.. aku igt namer bapak ko.. Hairan kn.. suker suki.. jer.. Hairanila.. namer bapak B..aku luperla S kater.. wakkaka.. aku bab2 ni.. jarang la.. luper.. bab kampung jer luper kit..yang paling x thn S ingat B tggl kat Kuala Selagor punyerla jauh,xkan la dulu2 g sekolah dok berulang tiap2 hari mmg x thn bantai gelak smalam heheh ..maklumla.. dah lamer.. kenerla refresh blk..hehe..

Masa mmg amat cemburu ngn kami.. kami terpakser beredar.. yerla.. nanti B nk.. tggu driver die lagi(bus) satu hal plak.. saya? of course kener balik before buka..Ingat decide nk soat dulu but then, x jadi gi solat umah S la dah alang2..sampai Shah Alam.. aper lagi.. cpt2 la kami jln.. menuju ke lift.. sbb park kat roofla.. kan basement x der kosong.. mls nk berebut.. Naikla.. siTua Merahku keatas…smpai2 jer plat nombor keter tercabut sabo jerla..nsb jatuh kat situ.. S pergi bayo parking..Hmm nk tanggal nanti takut ader polis traffic plak x pasal2 dapat surat cinta bln2 pose ni.. kiter org pun decide menekan-nekan plat keter tu..(dah la br wat ader kener ketok kang sy ni) hehe..Ciner yg watt u pun satu letak la.. gam gajah x pun skru ker.. isk.. nyusahkan tol!saya harap2 plat tu x jth lagila.. kalo x hbsla saya kener ganti.. isk3..

Sampai umah S.. kiterorg solat, then cpt2 beransur at least if rayer nanti dah tau umah die..heheh..kalo sempat lehla.. berayer hopefully..Jam tepat menunjukkan jam 6.15 ptg aper lagi.. kener.. cptla.. kesian plak kat B, die mmgla.. x kisah tp saya mmg amik kisah wakakak..Alhamdulilah x jam kalo x jgn mimpila.. nk sampai umah.. on time.. huhu..silap2 buker dalam keter mcm ms blaja dulu mmg kener ader bekalla nk berbuker.. huhu…Lps sy drop B.. kat tmpt td.. sy pun pulang dgn hati yang berbunga2 hehe suker..la..jumper kawan..penting tu.. lagipun dr semalam sy dok excited eh, luper.. plak.. psl hadiah.. B sempat tanyer naper S tinggal hadiah tu kat situ, hbsla.. part saya plak nk klentong wakakka den sy kater die tolong pilih tok kawanku yg S pun kenal memang thn gelak jerla.. Allah jer yg tau muker aku.. menahan gelak.. mmg kalo x dah berguling-guling saya gelak.. hehhe..masa drop die.. tu..la. wei B ni ko punyerla.. heheh.. aper lagi si B pun tersengih jerla.. heheh..

X tau die perasan ker x.. tp.. mcm agak real.. la.. mcm kiterorg beli.. hadiah tok org len.. tu heheh.. memang S ngan saya agak satu kepaler wakakkakak…

K.la, I think it’s enough for today.. story telling.. Malam tadi cam beserla.. x leh tido.. huhu.. dahla sy ni jns tido awal.. hbs2nyer amik si minyak kapak brla.. terlelap..happy sgt sampai x leh tido hehe..(x la.. my sis wat suspend je, not answering my call)sabo jerrla.. makcik tu.. ruper2nyer die g group discussion lantak kul 12pg br blk..Hmm.. pas die bls.. tu.. br la.. saya leh tido.. hehhehe..Peace…………………………


Wassalam…

Sunday, September 14, 2008

Topik 4 : TEMAN

Assalamualaikum.. hehhe Morning Glory!!!eh..eh..eh salah Good Morning!

Harap kawan2 smua sihat wala’fiat hendaknyer heheh..Hmm sebab X-roomate tak sihat semalam dok sms jer ngn die.. huhu Celcom2 paham jerla lajunyer masalah heheh..X silap ni musim demam dan batuks..alhamdulillah saya kat sini sihat2 hendaknyer cumer kdg2 teroverdose tido heheh.. bkn aper..ntahla.. mmg cam tu kot x sukerla men sorok2 mmg sy kuat tido pun..Hehe..

Seperti biaserla.. sebelum2 ni bgn agak pagila.. dlm kul pagi..3, 2 hari ni jer bgn kul 4,ni pun mater cam nk nk terkatup yg amat..huhu tahan jerla.. sat lagi ader program kat surau nk pegi jenguk2la. Igt2nyer..Hmm.. seperti biaser intro slalu melalut dulukan br g point asal.. Nih saya dok happy giler sbb nk jumper kawan sekolah tgh hari ni..Excited sungguh ngeh3..(ader org ajo gelak cam ni tukar pattern skt)…

Kawan waktu sekolah kat KG. JAWS (Hishamudin Kg Jawa) dulu.. ms lom mixed lagila(laki pompuan),x tau la sekarang kalo dh tukar namer len sekolah agama bawah JAIS ni mcm2 namer glamornyer.. heheh..Tu sekolahku dulu kini dan selamanya… cewah..Hmm kat situ jgkla.. sy berjumpa kawan2 yg 2 org nih.What a wonderful person they are..hehe..
Thank’s cause accept me as ur best friend… yerla saperka.. kiter ni.kan wakaka…

Aper yang menarik psl mereka.. ni.. yang sorang ni si S ku kenal masa form one,kebetulan X-roomate dulula.. samer bilik len kelas heheh..X sangka plak sampai skrg we keep in touch..yang sorang lagi Si B start rapat gara2 taekwondo plus tuisyen prinsip akaun..


Kiter x leh expectkan org yang kiter akan jadi kawan sampai sekarang..sbb kawan tu datang dan pergi..Dan kawan untk ketawa selalunya ada tapi kalo kawan time nangis sukar dicari…

Nak dipendekkan citer kami bertiga berjumpa time kiter org joined taekwondo (WTF) huhu skrg dah tukar kot ..WTF not sure.. tp sy x katamla. Br nk msk biru satu.. yg 2org tu dah merah dah.. x terkejar ,depa.. msk awal,sy br msk time form 4 x silap..smua bermula disitu..menjadikan kami lebih akrab seperti biasa..and one thing they will always be there for me..wakaka… kelaka x kelaka sgtla.. kalo diingat2 balik rindu zaman sekolah dulu. Yerla, byk men wakaka.. belajarnyer x la excellent maner wakaka..

Hmm hari ni.. saya akan berjumper mereka berdua..can’t wait to meet them..hhehe si masing2 dok excited hehe.. mesti mcm2 nk dishare nanti maklumla.. kiter org smbg belaja bkn kat tmpat yg samer S kat UM,amik accountancy yg B UKUTPM kalo x silapla..(dah naik taraf jd Universiti jgk x silap.B die amik engineering but not surela..aper die amik nanti saya soal selidik balik.. heheh…

Dieorg ni very patient ajo saya Add Math subjek bidang terjun saya.. hehe at least I get something to learn and sukses jgkla..walaupun x terer maner..hehhe. They always support me and terharula.. kalo diingat2 balik heheh..Jatuh bangunku mereka sentiasa dibelakangku..wakaka.. as a good friend,good listener and also good advisor..

X sure lagi program hari ni camner but surely I will tell the story,hehe.Die org punyer character mcm maner nk describe eh S byk jgk ckp lawaknyer xthn boleh nangis la kalo dgr lawak die si B honestly,straight away give her opinion kalo die rs x ptt trs die sound directly.(Bkn sng seorang teman mau sound direct kat kawan die).But I take it in a positive way.And it’s really helped me a lot..

Hmm hati ni melonjak keriangan hope all going smoothly today… can’t wait to meet them..Nasib ni bulan pose.. heheh.. ni pun takut x dpt jumper time rayer nanti so, sj jerla jumper dulu.. Nanti msg2 blk kampong satu hal lak nk jumper..heheh..sorang kat nun selatan sorang kat nun utara sana.. heheh…

K.la nk siap ni dah nk 7.30pagi program tu start kul 8pagi..kenerla.. dok siap2.. hehe.. serba excited saya hari ni.. heheh.


Wassalam...


Friday, September 12, 2008

ERTI SEBUAH TANGISAN

Menurut Ibnu Qayyim, terdapat 10 jenis tangisan iaitu:-

-Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
-Menangis kerana rasa takut
-Menangis kerana cinta
-Menangis kerana gembira
-Menangis kerana menghadapi penderitaan
-Menangis kerana terlalu sedih
-Menangis kerana terasa hina dan lemah
-Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
-Menangis kerana terikut orang menangis
-Menangis orang Munafik – pura-pura menangis

“..dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis”.(An-Najm:43)

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis , serta menyebabkan tercetusnya tangisan itu.Banyak air mata telah mengalir didunia ini.Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering berlaku setiap hari tanpa putus-putus .Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti.

Tangis tercela atau terpuji?

Ada tangis yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul –mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan yang menginsafi dosa lalu atau tangis kerana takutkan azab Allah.

Tangisan memadamkan api Neraka.

“Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah mengharamkan tubuhnya dari api neraka.Dan apabila air matanya mengalir ke pipi , maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada satu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati.Tidakla ada sesuatu pun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata dapat memadamkan lautan api neraka”.

Air mata taubat Nabi Adam a.s yang menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana rasa takut terhadap dosa yang telah dilakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir dijurang Serandip. Dari air mata itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata Adam lalu berkata, ‘Manis sungguh air ini’. Nabi Adam terdengar lalu menyangka yang burung itu mempersendakannya lalu lagi kuat dia menangis.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan , “Hai Adam sesungguhnya belum pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubatmu!”.

Air mata yang tidak dituntut.

Jangan menangis jika tidak tercapai cita-cita. Jangan menangis ketika menonton filem yang cuma lakonan.Jangan menangis kerana cinta tidak berbalas kerana mungkin dia bukan jodoh kita.Jangan menangis jika gagal mendapat pekerjaan mungkin kerana kita kurang persediaan.Jangan menangis jika wang kita hilang di jalanan mungkin kita kurang bersedekah dan beramal.Jangan menangis jika tidak dinaikkan pangkat kerana yakinlah rezeki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu, simpanlah air mata sebagai bekalan menginsafi di atas segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan semoga ia dapat melebur dosa-dosa kita.

Rasulullah bersabda yang bermaksud, “ Ada dua jenis mata yang tidak tersentuh api neraka iaitu mata yang menangis di waktu malam kerana takut kepada Allah s.w.t dan mata yang menjaga pasukan fi sabilillah di waktu malam”.

Berkata Salman Al Farisi r.a , “Aku menangis kerana 3 perkara” :
-Berpisah dengan Rasulullah s.a.w dan para sahabat
-Ketakutan orang yang perkasa tatkala melihat malaikat Izrail datang

mencabut nyawanya.
-Aku tidak tahu sama ada aku kan diperintahkan ke syurga dan neraka

Air mata tanda rahmat Tuhan

Rasulullah s.a.w bersabda : “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara”:

-Apabila dahinya berpeluh
-Air matanya berlinang
-Hidungnya keluar air seperti air hingus

Perkara tersebut menandakan rahmat Allah s.w.t untuk si mayat (riwayat dari Salman Al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara:
“Wajahmu dengan linangan air keinsafan, lidahmu basah dengan zikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Tuhanmu, dan dosa-dosa silam disulami dengan taubat Yang Memilikimu.


Pengajaran yang saya dapat dari artikel ini:


Menangis biarla berpada-pada..
Susah nk rungkaikan perasaan yang ada sebab byk sgt buat salah kot...
Hmm hari ni mood tara baik.. ader raser bersalah ader raser mcm x patut jer ada perasaan tu.. huhu.. Just want to share with my fwenz..Yang mengenali diriku phmla.. aper yg cuber ku sampaikan saper yang agak2 blur tu buat2 paham jerla..

Hari ni, saya x der bender nk bebel lebih baik diamkan diri hehe cause kes saya ni agak parah hehe.. Doktor pun x leh tolong.. teman sejati sj yang menemaniku buat ms ni.. Must Be Strong!!!!! X hidupla kalo Cik Anggerik Rimba moody heheh.. mohon maafla teman dan taulan.. angin kutub utara kutub selatan tak baper baik..ni maafkan Cik Anngerik….Mohon maaf atas segala salah silap saya…Harap dimaafkan…sempena bulan baik nikan saya ingin megucaplan Maaf Zahir Batin pada kawan2 semua..

Ya Allah, tabahkan hati hambamu ini..

(Artikel dipetik dari Muslimah September..)

Thursday, September 11, 2008

TOPIC 3 : CITA-CITA


Assalamualaikum dan selamat petang

Saya x menaip 2 hari ni cause ketandusan idea wakaaka.. hmm ni pun push my self taip heheh..hari ni nk citer pasal cita-citaku suatu ketika dulu huhu..Hmm pendek kater kalo cikgu suh listkn dulu semua nk diletaknyer .
Kalo teacher tanyer plak what you want to be when you grow up? Huhu..Berebut-rebut angkat tangan nk jawab..hehe termasukla saya ni..

Pada zaman dulu2,kecik2la yg terlintas kat otak ni nk jadi doctor,peguam,akauntan,tu kire yang top sekalila.. hmm sampai satu ms tu,bile dah dok giler ngan kartun plus anime hmm ader citer nk jadi kartunis.. hehe.jgn sia-siakn bakat yang ader..hehe..pastu up lagi x best r men kartunis2 ni… hehe..kiter men graphic.. bknnyer nk jd pereka fesyen tp nk jd pereka graphic cartoon + anime tadi tula.. huhu.. sbb tersgt2 jatuh cinta ngn cartoon+anime..hehe..but at last.. I end up to????

Hmm disbbkn SPM ku x der excellent maner,art pun x leh skor .. huhu..kantoila.. plak.. xdpt A la mksudnye, saya ni byk men.. je rsnyer dulu.. huhu aper2ntah dibuatnyer, nsb jadi org kalo jadi beruang mcmmaner tu? Heheeh..Then, spt biaserla org berbondong2 apply for matrix.. actually x nk kalah apply gak.. hehe ..then kenerla sedar dr hehe just apply for accounts, spt yg kusangke mmg x dpt wakaka.. add math pun lulus jer..wakaka mane x nyer org x der add math g amik add math last minit form 5 br amik, amik sebijik kat sy lom msk exam dah nangis kecuakkan..hehe sort of afraid on figures.. asal nampak nombor jer start le.. mcm mabuk wakaka..pening2 lalat semua ader..hehe

Ekonomi pun x bp bgs sgt aper2 ntah yg msk dlm otak ni..sy pun x phm.. wakaka layan…mmg kusedar ku byk men.. tp rezeki tu still ader.. tp for kwn2 punyer info.. dr satu sampai lapan sy apply for Uitm.. time tu merit x tinggi lagi, yg ikut kelayakan pun UiTM jer gasakla.. UIA I wonder why I didn’t apply, oh my cousin sister said sth about the fees.. so, sempoila asal belajar..Apply punyer apply 1st choice of course art and design,2nd accountancy,3rd mass com, 4rd banking.. dah tu yang bawah2 x baper nk ingat sangatla..wakaka…last rasernyer cam agama2 camtu x silap..Then, the offer letter come..

Guess what? Dapat UiTM, huhu course Banking wakaka lawak jenaka time tu.. but at least mmg antara yg terplhla.. ingat dpt kat segamat,pastu dok telek lagi surat tu..oo rupernyer dpt kat kota London (Lendu) hehe..Melaka.. o.kla.. tu layan xla jauh sgt..kih3..

Blajar 3 tahun tok diploma, xderla excellent maner.. org len ble dpt straight dean list, dpt 2kali pun jdla.. sempoi.. hhehe.. layan jer janji pernah dpt.. Alhamdulillah…heheh..Then.. pas 3 thn tu.. confuse gak nk smbg ker tidak ke degree ni..?huhu so, smbgla sbb Mama suh smbg.. kwn2 len ader yg trs cr keje pas Dip.. quite high risk actually sbb org kater even Degree pun pyh nk dpt kejer.. just don’t bother what other people said.. smbg jer blaja..

But.. ms nk choose course for degree papa and mama x der disisi.. huhu isk3.. x tau nk ckp ngn saper time.. tu.. mereka g mengerjakn ibadah haji, since then saya tinggal ngn adik abah kat cheras…sbbkn saya msk daftar dl.. pakcik hntr sy dl.. sis pun dftr for hostel 4 a while.. nk hidup so kenerla gagahkan jua walaupun x kuat maner..eh eh melalut dah.. ha, tgh2 runsing, mama call dr saner huhu.. alangkah gembire rs dihati mengalahkn kekasih dihati plak yg tepon wakaka..then mama said it’s up to you , you choose your own.. way.. then decide properly..Xlamer pastu terputus huhu. Aper lagi rindu x hbs lagi terputus plak kaco tolla..kebetulan time tu x sihatla sgt..pakcikku yg prihatin pun trn mlk semata2 nk hntr ubat huhu actually die mmg ader program bercuti dgn colleague die.. kat seremban kalo x, x trn agknyer.. beli ubt tp spt biasa xmknla.. wakaka guner minyak angin ajer.. m.b x sihat sbb nk plh course ape tok degree.Alhamdulillah, saya plak jenis jarang sakit..heheh active dan cergas selalu.. active ke? Bolela..

Hmm.. pastu, wat istikharah, and select randomly.. actually dah survey2 ngan senior. Dah org takut nombor, so nk lari dr nomborla kononnyer... 1st choice Operations Management pekebender tu? Sendiri pun x der idea aper bender tu waakaka. 2nd marketing kot,3rd finance,yg len x igt wakaka aderla HR, Internaional Business smua..huhu.At last dpt Operations yg 1st choice tu.. heheh.. layan taram jer.. Nak kater sng x jugak coursenyer, nk kater ssh pun xjgk.. so so.la…Nombor and figures, mmg x dpt ku elakkan huhu.byk plak figues ngn graph2 kaco..wat degree 2 thn kat UiTM Shah Alam..complete tgh May hr tu.. tp convo lom lgla.. wakaka…m.b hjg bln 10 or awal bln 11…

Sekarang ni aper sy wat?raser2nyer?2bln cmtu tnm anggur.. keje jap x jd ader sbb musababnyer.. then, x psl2 wat part time kat farmasi dulu… ( tmpt kwn mama) sbb die trust kat sy ni..pastu plak payah nk cr org then.. x kisahla kejer data entry jer layan.. But actually tggu gak offer keje tetap len…huhu.. x nmpk batang hidung pun… lom dtg kot rezki.. tu.. nanti dtgnyer bergolek-golek harap begitula..big2 company ni.. phm2 jerla.. payah nk enter.. setakat tekan enter kat laptop sngla.. nk msk big company baper kali kener tapis.. huhu..

Moral of the story… setiap org perlu ader citer2 at least kiter aim sth nk jd aper nk kejer aper, kiter decide kiter hanya mampu merancang Allah yang menentukan.. heheh.. and keep on waiting for the call ..for interview..pendek kater handphone x berenggang kat sisi sy ni.. penting tu…phew…penat membebel.. tu..la bkn x der idea.. ader jer tp takut org bosan bc citer sy ni.. x derla best maner tp blehla share tok adik2 yg msh mencari2 hala tuju nk g maner.

My advicela kan, if u get something grab it tightly, but if the things is not for you don’t be upset try to change the strategy.. what you want to be, what you want to do.. after this..mcm kes sy ni.. lebih kurang.. iklan Aiman x kisah.. camtu..la..Eventhough bender tu bkn yg kiter harapkn challenge yourself.. then you feel it..pnt lelah belajar.. len nanti kejer plak len.. heheh… maser blaja ni byk men dgn strategy saper salah strategi hanyutla.. so, sy harap ader yg dpt tangkap jln citer ni.. walaupun.. cm best x best sgt jer..wakaka…

Eh luper plak citer2 saya x ckp lagi eh nk jadi aper pendek kater sy nk jadi insan yang berilmu & berguna pada masa dpn but one thing for sure, Insya Allah I will continue with my Master hehe last profession lecturer.. kih3.. cikgu jugakk.. wakaka..x tau la plak.. kalo lari lagi dr aim yg asal.. hehehe bkn sng nk jadi corporate lady.. kih3.. just wait and see..la.. jgn x jadi org sudeh… penting tu!!(trademark sy).. tu..la serba sedikit psl citer-citerku suatu ms dulu hingga kini…Hopefully, kesabaran yg diuji ni menjanjikan sesuatu yg amat berharga…..amin……..

Sumber: Aper yg sendiri rase..huhu

Tuesday, September 9, 2008

10 SIKAP BURUK DICELA ALLAH

10 Celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri,sikap yang lazim dilakukan manusia ketika menempuh kehidupan seharian.

Gelojoh ketika makan.

Seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan,yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

Banyak bercakap

Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah-memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

Suka marah-marah

Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak diluar batas kemanusiaan.Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh menyebabkan kecenderungan untuk membunuh.

Hasad Dengki

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah.Perbuatan menipu dan sanggup memusnahkan hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki.Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’. (Riwayat Muslim)

Kedekut

Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

Bermegah-megah

Ia termasuk dalam sikap suka status atau jawatan gelaran dan menerima sanjungan.

Cintakan dunia

Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Sabda Rasulullah “Bekerjalah kamu didunia seolah –olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari”.( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ego atau sombong

Sifat yang membuatkan seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah yang bersifat maha besar.

Ujub dan suka bangga diri


Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana diselaputi sifat ego.

Gemarkan pujian atau riak

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan.Sikap baiknya jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran keikhlasan.

(Sumber Dara.Com.)

Monday, September 8, 2008

19 HADIS TENTANG WANITA

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya Rasulullah s.a.w akan hal tersebut ,jawab Baginda s.a.w “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa rg yang penyayang tidak akan sia-sia”.

Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin maka Allah s.w.t mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad ke jalan Allah.s.w.t.

Apabila serang perempuan melahirkan anak , keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan .

Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit , maka Allah s.w.t memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t dan orang yang takutkan Allah s.w.t akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Barang siapa membawa hadiah(barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya ,maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Perempuan apabila solat lima waktu ,puasa bulan Ramadhan ,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya , masukla dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

Aisyah berkata, “ Aku bertanya pada Rasulullah s.a.w , siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,“ Suaminya” . Siapa pula berhak terhadap lelaki? Jawab Rasulullah s.a.w,“ Ibunya”.

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama maka Allah s.w.t memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripadanya suaminya (10000 tahun).

Wanita yang taat akan suaminya , semua ikan-ikan dilaut ,burung diudara,malaikat dilangit,matahari dan bulan beristigfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

Daripada Aisyah r.a “ Barang siapa diuji daripada sesuatu daripada anak – anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka”.

Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga . Masukla dari mana – mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Barang siapa mempunyai 3 anak perempuan ,3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta tanggungjawab maka syurga baginya…..

Depetik dari Dara.dot.com Edisi 39 Sept 05

TOPIK 2: PapaMama (Sambungan..)


Salam semua..


Meh masuk point lagi satu Papaku.. maybe sebab perkataan yang keluar dari mulut ni Abah so, jadinyer Abahla.. hehehe,macam kelakar jugak once Abah bahasakan diri die papa..Macam pelik jer..hehe..Mungkin description tok Abah x panjang macam Mamaku..
Abahku what can I describe about him? Let me see, dia pendiam,berdisiplin,jarang senyum(payahla nak tengok die senyum),very protective person,serious jer,responsible person.Sayang die tak dapat dikesan course die xtunjuk hehe.Tapi saya tau die sayang kami sangat2.Jap3.. tu jer kot…hehhe..

Ader sikitla criteria dia ader dalam diri saya hmm,ada darah seni tu..heheh.. tapi saya pun dah lamer tak melukis..hehhe.Yang len ikut mama kot..

Ape nak cite pasal Abahyer…ader kot satu yang leh share hehe.. punyer saya mencari-cari cerita yang sesuai hehe..sbb Abah selalu busykn.. cumer sekarang jer die x busy sbb die dah pencen, so die dok umah diam2 jer.. hehe..As for me, die selalu pergi and hantar saya balik dari sekolah, tuisyen ,and rumah kawan.. Pendek kater selalunyer Abah yang amik saya dari sekolah just in case kalo die x ambik sy tumpang kawan atau naik bas kalo tuisyen sah2la memag kene naik bus. Hehe..Aper akan jadi kalo sy balik lambat? Nak tau Mama kater Abah dok tunggu saya depan pintu hehe sesekali die akan menjengulkan kepalanyer hehe.. mencari-cari anaknyer yang sorang ni.. hehe.. Abah tak banyak cakap sangat.. Hmm x tau since when saya jarang bercakap ngn die but sometimes, kalo saya balik kampong dengan dia berdua atau temankan diela.. kan sementara nk hantar saya balik U.. sayala penglipur lara.. hehe dok jadi tukang karut jer.. bukan aper nk elak die ngantuk.. so, sy pun ceriter itu, ceriter ini hehe.. sampai kami sampai ke destinasi..

Yang kelakar tu masa Diploma dah janji dgn kwn2 study group rayer x moh lamer2 cukupla 5 hari camtu..la.. sampai UiTM Lendu bleh x kosong jer hostel sbb org x balik lagi time tu saya jer yg dok semangat nk pulun buku time tu yerla.. final semester x silap mestilah nk pulun sbb subject akhir tu ader plak Banking Law.. hmm hbs segaler peta minda warna-warni saya lukis heheh..Eh2 terlajak plak.. pastu dah dlm keadaan camtu.. Abah x bg saya dok sorang2lakan.. hehe dalam erti kater lain sy pun takut sebenarnyer heheh..yerla. sorang2 kat blok tingkat atas skali plak tu,hostel dkt ceruk mmg sblh hutan jer…huhu.. Lalu kami pun pulang..Aper lagi sampai umah semua kawanku kener bebel denganku huhu..janji rayer ke-5 blk tp sorang pun batang hidung x nampak cekelat tol.Keesokan harinyer,Abah hantar saya balik Melaka balik kan ker jadi kerja dari Johor ke Melaka pastu balik Klang patah balik Melaka..Tahan duit tol jerla.. hhuhu

I think tu serba sedikit psl citer pengorbonan Abahku hehe.. pendek kater.. Saya amat menyayangi mereka.. Saya rasa kawan2 yang len pun samer hhehe..Yerla..baik buruk kiter memang dah mereka amat masak…hehe .Kalo bole sebagai anak kener ingatla pengorbanan mereka x kirela kan besar ker kecik ker.. Tp mmg perlu tu, sbb mereka yang membesarkan kite. Kiter sebagai anak x lehla ikut kepaler sendiri.. tp saya akui sometimes saya pun nakal jugak what to do.. hehe tp pastu cepat2 sedarla..not goodkn biarkn suasana tegang lamer2..Di bawah ni saya sertakan sekali rujukan yang kire boleh direferla..

Riwayat Hakim ada mengatakan:

Kewajipan seorang anak terhadap kedua ibubapanya:-
1. Tanggungjawab terhadap ibubapa ketika mereka masih ada dan pabila mereka tiada.

2. Menjaga tingkah laku dan adab dengan ibubapa , dari segi pertuturan, akhlak,dan perbelanjaan terhadap ibubapa

3. Sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa. Menziarahi pusara mereka yang telah tiada,melangsaikan hutang dan puasa nazar yang tertunda.

4. Taat kepada kedua ibubapa.

5. Anak yang derhaka akan dilaknat..diakhirat kelak..

Hmm.. ader pernah dengar x,kalo ibu atau bapa panggil yang maner satu kener jawab..kalo x silap bleh rujuk dalam hadis nanti saya sertakan sekali, lebih kurang macam nila ayatnyer yang saya ambil dari majalah Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.(sure pernah dengarlakan) heheh..


Raser banyak lagi pesanan2 yang berkaitan nanti kalo ader maser saya sertakan sekali yer.. hhehe Insya Allah.

Harap kawan2 dpt serba sedikit isi dari cerita saya..Kalo boleh nk jadilah anak yang Soleh plus solehah..sentiasa mendoakan kedua ibubapanya. Walau dimana dia berada..Eh lupe plak ader tengok citer Tanggang versi moden kat TV 9 Dekat dihati? Kalo boleh mintak dijauhkan la yer Nauzubillah...Kesian kat mak diekan.. huhu..Isk!! Sedihla pendek katernyer.. K.la, andai ader bahan yang berkaitan isu hangat ni akan
saya sampaikan perkabarannya.. Insya Allah…Semoga ketemu lagi nanti.
Wassalam

Sunday, September 7, 2008

Topic 2: IbuBapa, PapaMama, UmmiWalid….


Assalamualaikum…semua ..Moga sihat semuanya dan diberkati Allah selalu…

Cinta kepada Allah,
Cinta Rasul,
Cinta Ibubapa….
(Ecece siap nyanyi lagi..just for intro)

Topik hari ni yang macam tertera kat atas tu hehhe..o.kla, sape tahu.. aper makne kedua2 yang kat atas tu.. heheh menurut kamus dewan edisi ketiga,Ibu ialah orang yang melahirkan kita atau pangilan hormat terhadap wanita yang telah berumur dan bersuami. Ayah,Abah,dan bapa kata panggilan bagi seorang anak kepada ayahnya.Yang maksud dua2 ni memang saya refer kat kamus dewan..Alang x der kejer meh sini tambah kejer…

Bagi saya pengertian ibu yang saya panggil Mama sekarang ni ertinya lebih kurang samala, tp nak tambah gak lagi,hehe..Tapi kat sini ikut panggilan ibu masing2la yer. Mama, melahirkanku didunia,dia seorang yang tabah,penyayang,tegas,pendengar yang baik,pencetus idea,faktor penggalakku untuk berjaya.Apa lagi yer?Oh Mama sanggup berkorban apa saja untuk anak-anaknya. Itulah mama saya yang saya boleh describe serba sedikit pasal dirinya…Saya amat kasih dan sayang pada Mama sampai tak leh nak katerla.. hehe. Mama insan yang memainkan peranan penting dalam hidupku jatuh bangunku sebagai seorang pelajar,mendidikku sehingga menjadi insan yang berilmu,kata-kata nasihat mama sentiasa terngiang-ngiang di telingaku akan ku ingat setiap masa..walaupun dok banyak kali die ulang kadang2 saya pun pelik tp, itula.. selagi die boleh memberi nasihat..betol x?Penting tu..

Mungkin saya akan terus terang aper yang pernah terjadi sepanjang hidupku…yang boleh dikongsila..hehe..Saya akan terangkan akan terangkan serba sedikit. Pelik tetapi benar..hehe saya rasa tak salah nak kongsi bender baikkan asal leh wat pengajaran wat semua. Kire oraitla tu.. hehe..Pernah dengar tak pepatah orang makan garam lebih banyak pengalamannya dalam hidup? Kat sini saya nak cite sikitla kadang-kadang kita rasa apa yang kita buat tu betul.sampai betul2 terkena kat batang hidung sendiri..hehe..Yerla naluri orang muda kan cuba nak capai apa yang rasa dia nak gapai kadang-kadang tanpa fikir panjang terus wat keputusan..labih kurang camtu..la..situasi.. saya.Tapi yang peliknya Mama selalu sokong apa yang saya buat asal jangan yang merepek-repek la.. Sebelum tu, tok hari ni saya janji x mau hujanla(nangis) sbb semalam dah hujan ..lagipun x elok eh? Seboleh2nya saya cuba tahan untuk hari ni…

Ibu,ibu engkaula ratu hatiku…(pernah tengok iklan tu?) Ni nak habaq mai Kadang2 kiter ni sebagai anak kita tak sedar apa yang kita buat leh mengguriskan hati mereka,tak kirela bender tu jelas atau tak ..Tapi tok Mamaku dia selalu bagi hint jer jarang die bagi yang direct comment dari yang indirect comment..So, anything kenerla.. paham2 sendiri.Tapi itu pun Mamaku kata kami yang berdua ni kurang faham.. apa yang cuba dia sampaikan.Of course kami berdua I mean my sis and me have different character satu jer yang samer.. jujurnyer masalah heheh.. Mamaku teramatla risau .. kat kami berdua ni.Paham2jerla anak perempuan hehe..Semua undercontrol.. Tapi Mamaku relax jer xder nk kater control sangat .More flexible janji kalau nak keluar cakap nak pergi mana,dengan siapa,last ayat dia balik cepat heheh…jangan nk mengada2 balik lambat hehe..walaupun nasihat berbaur gurauan ..tapi kami faham itulah harta yang mereka(Mama dan Abah) ada..kami berdua..Boleh dikatekan kami berdua ni agak pelik sikitla. Tema kite orang sempoi jer.. hehehe.. Ntahla.. orang suker control cun, control ayu.. hehe kiter orang ni ganas sikit wakaka.. xderla ganas tapi brutal kit jer.. kadang2 giler2 remaja jugak ..iye ker?hehe.panjang plak saya melalut.

Pernah terjadi insiden yang boleh dikatekan besarla.. jugak.. antara kami ngan Mama, she too cool you know.. hehe Tapi Allah jer yang tau aper yang die raser time.. tu.. bukan kami x nak ckp ngn die.. just nak die cool down first.. bagi amik masa yang sesuai cakapla.. hehe..Then bender tu jadi normal balik..Istimewanya saya ni, I realize every fault that I’ve done.. mcm kalo xsedap hati tu aderla.. tok my sis I x tau.. hehe..pi tanyer die sendiri..Dan pastu of course air mata ni x berhenti2 turun macam hujan lebatla..masa.. u dok bertapa jer dalam bilik.. banyak mendampingi sahabat setia saya dunia akhirat.. hehe..paham2la yer..

Ingat lagi masa kecik2 dulu time Mama solat saya dok sebelah..lamer jugakla Mama solat tak bangun2 huhu saya dah muler nangis maser tu tak tau paper lagi.. dalam 4 atau 5 thnla..lebih kurang… time tu Boleh plak dah nangis2 boleh mintak ampun pastu saya kater ngan Mama, maafkan saya Mama,janji tak buat lagi..dulu kecik2 senang jer nak cakap dah besau2 ni bkn x geti nk cakap ntahla takut nangis kot,biola time rayer jer nangis puas2 ..Satu jer Mamaku x suker tgk saya nangis2..hmm.. sbb kalo nangis x nk berhenti.. hhehe.. mama kata masa kecik senang nak jaga saya sebab jarangla nak melalak + meragam..dah besau2 plak ni terbalik.Sikit2 nangis,aduh.. cengeng sungguh!!Hhehe..

Ni point lagi satu sambung esok,o.k nanti panjang pengsan plak nk bacer.Takut bosan plak nanti.. hhehe..Insya Allah kisah selanjutnyer akan disambung sekali ngn conclusion sekali k?hehhehe..Mohon diri dulu…Wassalam….


************************************************************************

Saturday, September 6, 2008

TOPIK 1: Puasa ( sambungan)



Assalamualaikum.. dan selamat pagi..hhehee…

Hari ni hari Sabtu, hmm hari saya bekerja org len ok relax2 maybe ader yang half day.Agak pelik tp namer pun kejer,kejer jerla...Hmm x der aper yang menarik berlaku.. Macam biaserla.. rutin harian..Buat kerja umah aper yg patut dibuat..cumer hari ni jer saya kerja so, hari ni.. x byk bender sy watla..

Kalo ikut rutin memang pas wat kerja umah mmg ngadap PC penting tu.. hehe kawan baik paling setia..pi cari maklumat untuk dibaca.Sbb saye suker membaca br saya tahu membaca sangat seronok selen mengurangkan risiko dari kener penyakit nyanyuk waktu tua nanti so, I keep on read and read. Salah satu sbb sy suker membaca pun sbb sudah dipupuk dari kecil lagi dok ngadap buku.Mama kater mama x der harta so, mama bagi ilmu jer itu yang mama ada.The most valuable things they have..they gave to me. I appreciate it a lot!!!.. Thank’s Mama.. I learned something from reading each day..

Panjang plak intro hari ni..hehehe k, bolehla sambung topic semalam yang tertangguh pasal puasa hmm.. ader hadis yang mengatakan mulut org yang berpuasa ni lebih harum dari bau kasturi, btol ke?boleh refer buku (Hadis 40 Riwayat Bukhari).selen tu.. tu.. kiter sebagai umat Islam ni kenerla..menjaga segala anggota kita hehe.. nk jaga apernyer eh?
Jaga pertuturannya,jaga telinga dari mendengar bender yang tak patut didengar pendek kater jager la semua heheh.. yg sy sebut tu sikit jer..

Hmm sepanjang bulan puasa ni jgn luper pertingkatkan ibadah yang sedia ader.Sebagai contoh kalo bacer Quran 2 muka surat dok pi naik 5 helai,buatla pelan2 kite digalakkan menambah segala bentuk ibadah kiterkan.Paling x pun setiap kali pas solat cuba bacer Quran. Kalo yang mampu mehla dok katam sekali.. yang lagi expert leh katam berkali2 hehe...Untuk yang membaca merangkak2 tu don’t worry Allah s.w.t sentiasa memberi ganjaran x kirela walaupun, ader yang bacer merangkak Allah s.w.t Maha Pemurah lagi Maha Penyayang untuk mereka yang mcm baru2 lagi tu ganjaran untuk mereka pabila mereka mereka membaca Quran dan kesabaran mereka cuba untuk menyebut setiap patah ayat dalam Al- Quran..(nanti sy statekan info dr maner sy amik eh) Masya Allah, begitu pemurahnya Allah s.w.t tu yer..

Selain membaca Quran, dibulan puasa ni pun digalakkan kite bersedekah, sejujur-jujurnya saya selalu tak sampai hati tengok orang yang kurang upaya ni, terutama yg beragama Islam, tak salah nk tolong yang non Muslim, yerla kalo x tolong orang sendiri cam tak best la kan? Kiter pun bukan shj boleh sedekah kat psr mlm jer, masjid pun ader tabung die sendiri,derma untuk anak yatim, derma tok warga tua..Kalo tgk warga tua ni kan sy sayu..la raser kat hati ni, harap saya dpt menjalankn tanggungjawab sebaiknyer terhadap mama dan abah.Saya harap kawan2 pun samer..

Saya pernah berayer kat hospital 2thn lps, jaga nenek dihospital, maklumla.. pada mulernyer memang susah nk handle karenah nenek sendiri itu saya akui, dah Arwah pun die.. kesabaran tu kener mmg tahap maximumla..Tak sangka plak sblm rayer pertama dia dimasukkan ke hospital,bermakna rayer pertama sy rayer dihospital...agak sejuk tangan die masa sy pegang tangan die,masuk air byk jugakla..alamak hujan plak..(??) tak lamer lepas tu kalo tak silap rayer ke-5 nenek saya pergi tinggalkan saya..dan ahli keluarga yang lain.Saya sekeluarga sempat mohon ampun padanya,tapi maser tu die dah tak berapa nak ingat .. hanya Allah s.w.t jer yang tahu perasaan saya hari tu..sedih tak terkata kebetulan kami akan balik kerumah pada hari yang saya mohon maaf pada dia. Dalam perjalanan balik ke rumah dah sampai highway Seremban Pakcik telefon,mengatakan nenek sudah pergi...Sedihnyer x terkata…kami patah balik ke Johor utk bagi penghormatan yang terakhir…Antara kami, mestilah mama yang paling terkilan kerana tak dapat berada dekat dgn nenek dalam masa2 genting tu…

Airmata ni tak tau la byk sgt dah tumpah sampai dah tak boleh keluar dah...saya sempat menghadiahkan nenek saya bacaan Quran sebelum dia dikafankan..Yang menariknyer, maser tu saya akan menduduki peperiksaan akhir, tapi tu..la.. kalo namer pun insan tersayang agak memberi kesan jugakla pada diri saya…Alhamdulillah saya lulus semua paper…Kami sekeluarga akan ziarah kubur nenek setiap kali hari Jumaat,kalo boleh tak nak miss sbb tu je peluang nk ziarah kubur dia.. walaupun saya boleh kirimkan Surah Yasin jarak jauh hehe….

Last point saya before saya nk mengundur diri,dibulan puasa ni rajin2kanlah diri bangkit bangun malam wat qiam..heheh..Buat yang simple pun x per..bile lagi nk rebut selen tu mintak kalo boleh amalan ni diteruskn….sbb manusia ni paham-paham jerla.. xkan la time susah jer baru nk berdoa.. btol x? harap dpat dijadikan amalan disamping membuat amalan2 sunat yang len yang wajib jangan plak ditinggalkan heheh. Wajib tu.Berzikirla setiap masa walau dimana anda berada,x kirela nk tido pun bleh gak hmm… Phew lega plus lapang sikit dada ni… pas hujan.. alamat bengkakla mater ni nk gi kejer.. hhehe…

Rasernyer sampai sini jerla kot...sbb den kener siap sedia dah ni..nk g kerja hehe.Ni kire simple jer dari cik Anggerik hope kawan2 sudi membaca.. hehe.. Disamping tu saling ingat ingat-mengingatila.. yer.. Sbb kiter pun kadang2 luper..Sahabat yang setia sentiasa mengingatkan sahabatnyer …Mohon maaf atas segala kekurangan yang ader.. Harap dapat membantu sedikit sebanyak dengan pengalaman dan ilmu yang saya ada…Sesungguhnya yang baik datangnya dari yang Esa….

Wassalam…………..

Friday, September 5, 2008

KEHEBATAN SURAH YASIN.

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

*Apabila orang lapar membaca surah Yasin , dia boleh merasa kenyang.


*Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.


*Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.


*Jika terpenjara akan dibebaskan.


*Jika musafir membacanya akan mendapat kesenangan apa yang

dilihatnya.


*Jika tersesat leh sampai ke tempat yang dituju.


*Jika dibaca pada oaring yang telah meninggal dunia. Allah

meringankan seksanya.


*Jika dalam ketakutan boleh hilangkan rasa takut.


*Jika orang yamg dahaga membacanya , hilang rasa hausnya.


*Jika dibacakan kepada orang yang sakit terhindar daripada

penyakitnya.


*Rasulullah s.a.w bersabda, “ Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai

hati dan hati di Quran itu ialah Yasin. Sesiapa yang membaca surah

Yasin nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-

Quran sebanyak 10 kali.


*Sabda Rasulullah s.a.w lagi… “ Apabila datang ajal orang yang

sukamembaca surah Yasin pada setiap hari,turunlah beberapa malaikat

berbaris bersama malaikat maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya

diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan

turut menyembahyangkan jenazahnya”.


*Malaikat tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka

membaca Yasin sehingga datang malaikat Ridwan dari syurga

membawa minuman untuknya . Ketika dia meminumnya alangkah

nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa

bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyanwanya diambil.


*Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya : “Sesiapa bersembahyang sunat

dua rakaat pada malam Jumaat , dibaca pada rakaat pertama surah

Yasin dan rakaat kedua surah Al-Mulk , Allah jadikan setiap huruf

cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima

suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70

orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan

ini dia adalah orang munafik.

Dipetik dari Dara.dot.com ( Edisi 36 – Jun 05)

TOPIC 1: BULAN RAMADHAN (PUASA)



Salam semua.. hehe & selamat pagi Malaysia …

Semoga rakan- rakan sihat hendaknya..heheh.. Mungkin waktu sekarang ada yang sudah masuk ofis ..dan yang untuk yang kerja swasta on the way la.. kire2nya...Elok2 dalam perjalanan. Selamat menjalani tugas…

Erm.. semalam saya terpaksa mohon diri awal sebab cuaca tak mengizinkan saya nk merepek panjang kat blog ni…hhehhe.. topic aper yang saya nk ceritakan yer hari ni…?
Hmm… let me see first…

Disebabkan ni bulan puasa mehla kiter citer pasal bulan puasa…hmm penghulu segala bulan hehhe….Hmm.. nanti saya cari info sikitla.. nk tambah2 sikit.Jumper pun Ramadhan dipanggil penghulu segala bulan sebab dimana bulan Al-Quran diturunkan dan disamping tu terdapat hari yang yang dikenali mlm Lailatul Qadr. Ganjaran pahalanya menyamai.. 1000 bulan (83 tahun) malahan lebih lagi..
(sumber Al-Azim.com)

Hmm.. Bulan puasa salah satu bulan yang mewajibkan umat Islam menunaikan ibadah puasa merupakan salah satu dari rukun Islam.Setiap umat Islam wajib melaksanakan perintah yang wajib ni.. tak kirela.. orang kayer ke miskin ker.. samer ajer..

Kat sini.. setiap golongan akan merasakan keperitan yang dihadapi oleh orang miskin…Hmm.. luper plak sblm sy terlupa.. pada yang tak berdaya ada syarat kelonggaran yang khas untuk golongan tertentu..Islam adalah agama yang flexible .. dimana memudahkan umatnya bukan untuk membebankan umatnya…

Bagi saya bulan Puasa kali ni memberi satu perasaan yang luar biasa..la hm.. camner nk cakap eh.. satu yang boleh timbulkan rasa keinsafan dalam diri ni.. huhu.. yerla diri ni.. serba kekurangan…. No person is perfect.. So, bagi saya bulan Rmadhan kali ni amat bermakna… bagi diri saya. Harap kawan – kawan lain pun raser mcm tu jugak..

Mungkin sbb bulan puasa itu sendiri satu bulan yang sangat istimewa,hehe.. Hopefully berterusan.la.. aper yang saya cuber hajatkan ni..
I found peace here…ececeh…

Menariknyer bulan ni bulan yang disediakan ganjaran pada umat-umatNya yang soleh. Hmm sy pasti ramai yang berlumba-lumba untuk mendapatkn keberkatan pada bulan yang mulia ni….Meh,jom gi samer2 nak pegi maner? Nak pegi.. jalankan tanggungjawabla.. cewahh.. cik anggerik ni… dah muler dah dia ni.. hehe.
Wassalam..



Thursday, September 4, 2008

Free Quote


CommentEstate.com: Click Here To Get One
Naruto Wallpaper - Chicken Recipes - Funny Stuff - Computer Geeks

ASAL 4 BUAH SUNGAI DI SYURGA


Besabda Nabi s.a.w ‘Semasa aku Isra’ dan naik ke langit yang tinggi , malaikat Jibrail a.s telah memberi aku kesempatan kepada aku unuk melihat ke dalam semua syurga Allah .Aku lihat di dalamnya terdapat empat buah sungai yang besar – besar dan airnya bermacam – macam .Ada air susu ada air arak tapi arak yang tidak memabukkan , ada airnya madu dan ada airnya yang tidak masin.

Sesungguhnya keadaan ini samalah seperti firman Allah di dalam Al Quran,’Didalam syurga itu ada airnya yang tidak masin.Ada sungai dari arak yang lazat bagi yang meminumnya dan ada sungai madu sebagai pilihan.

Aku bertanya kepada Jibrail a.s ‘Wahai Jibrail a.s dari manakah asalnya sungai-sungai ini dan kemanakah akhirnya?”

Jibrail a.s menjawab”Ya Rasulullah s.a.w ,aku hanya tahu ianya mengalir dalam telaga Al-Kausar ,asalnya tidak aku ketahui”.

Aku pun memohon petunjuk Allah lalu muncullah seorang Malaikat dengan memberi salam .Setelah aku menjawab salamnya ,dia menyuruh aku memejamkan mataku. Lalu aku pejamkan . Apabila aku bukakan mataku semula , aku berada dekat sebuah pohon pokok yang besar. Aku lihat ada sebuah kubah yang amat besar diperbuat daripada permata yang putih berkilauan manakala pintu-pintunya daripada jakut hijau dan kunci – kuncinya daripada emas.

Dan aku melihat mengalir empat batang sungai dari bawahnya.Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh Malaikat dengan bertanya ,”Tidakkah engkau ingin melihat di dalamnya?”.

Aku pun bertanya ,”Bagaimana dapat aku masuk sedangkan pintunya berkunci?
Dimana kuncinya”
Jawab Malaikat itu ,”Kuncinya dalam tanganmu”
Tanyaku ,”Dimana?”.
Jawabnya ,” Cukuplah engkau ucapkan Bismillahirrahmaanirrahim”.

Lalu, aku ucapkan dan pintu itu pun terbuka dengan sendirinya dan aku pun masuk ke dalamnya .Sungguh menakjubkan ciptaan Allah Azzawajalla, sungai – sungai itu memancutkan airnya dari empat buah liang yang besar- besar.

Melihat aku mahu keluar,Malaikat itu bertanya kepadaku,”Apakah engkau sudah cukup puas melihat pemandangan ini?Sesungguhnya masih ada yang engkau belum lihat .Cubalah engkau perhatikan lagi sekali dengan baik- baik , dari apakah sungai itu memancutkan itu memancutkan airnya”.

Lalu, aku perhatikan airnya sekali lagi.Aku lihat terdapat kalimah Bismillahirrahmaanirrahim diantara empat batang tiangnya.Dari huruf mim perkataan Bismillah ,keluar air sungai yang tawar. Dari lubang huruf ha’ perkataan Allah ,keluar air sungai susu.Dari lubang huruf min perkataan Arrahman , keluar air sungai arak.Dan dari lubang lubang huruf mim perkataan Arrahim ,keluar air sungai madu.
Demikianla asalnya empat buah sungai di dalam syurga.Dari itu, barangsiapa dari umatkuyang membaca Bismillahir rahmaa nirrahim , pasti akan dapat minum air sungai ini diakhirat kelak.

Muslimah Edisi Rejab dan Syaaban..

Buat Renungan Bersama




KEMATIAN YANG INDAH…

Berapa ramai umat manusia yang dipanggil Allah SWT dalam bermacam cara . Ada yang meninggal dalam keadaan tragic seperti kemalangan jaln raya, sakit kronik,dan banyak lagi cara Allah memanggil hamba- hambaNya , tidak terkecuali kita.

Bila masanya kita akan panggil Allah SWT dan bagaimana bentuk kematian kita dan kematian seperti apa yang kita inginkan?Apakah strategi agar kita dipanggil Allah SWT dalam keadaan yang indah?

Selain dari mengetahui dan memahami hal diatas perlu juga menggunakan strategi lain seperti:

Berlumba melakukan amal soleh .Jangan menangguh niat berbuat baik.Dalam satu hadis ada menyebut,’Apabila kamu mempunyai niat untuk berbuat baik di pagi hari maka jangan kamu tunda untuk dilakukan pada petang hari,dan apabila kamu mempunyai niat pada petang hari jangan kamu tunda esok hari.
Luangkan banyak masa dengan beribadah.
Jangan terlena dengan keindahan dan kemegahan dunia, hingga lupa tujuan penciptaan manusia ,lupa kepada Pencipta hari akhir dan lupa kepada hari yang dijanjikan iaitu hari kematian dan hari kebangkitan.
Mempunyai jiwa yang khusyuk,
Berda bersungguh – sungguh supaya mati dalam keadaan Husnul Khatimah.


Dipetik dari Majalah Muslimah Edisi ogos..(Rejab & Syaaban)