Monday, September 8, 2008

19 HADIS TENTANG WANITA

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya Rasulullah s.a.w akan hal tersebut ,jawab Baginda s.a.w “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa rg yang penyayang tidak akan sia-sia”.

Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin maka Allah s.w.t mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad ke jalan Allah.s.w.t.

Apabila serang perempuan melahirkan anak , keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan .

Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit , maka Allah s.w.t memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t dan orang yang takutkan Allah s.w.t akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Barang siapa membawa hadiah(barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya ,maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Perempuan apabila solat lima waktu ,puasa bulan Ramadhan ,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya , masukla dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

Aisyah berkata, “ Aku bertanya pada Rasulullah s.a.w , siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,“ Suaminya” . Siapa pula berhak terhadap lelaki? Jawab Rasulullah s.a.w,“ Ibunya”.

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama maka Allah s.w.t memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripadanya suaminya (10000 tahun).

Wanita yang taat akan suaminya , semua ikan-ikan dilaut ,burung diudara,malaikat dilangit,matahari dan bulan beristigfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

Daripada Aisyah r.a “ Barang siapa diuji daripada sesuatu daripada anak – anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka”.

Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga . Masukla dari mana – mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Barang siapa mempunyai 3 anak perempuan ,3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta tanggungjawab maka syurga baginya…..

Depetik dari Dara.dot.com Edisi 39 Sept 05

No comments: