Wednesday, September 24, 2008

MERAIKAN AIDILFITRI YANG TERBAIK


Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah .Baginda mendapati ada 2 hari raya yang diraikn ketika itu.Mereka memberitahu Rasulullah 2 hari raya itu diwarisi secara turun-temurun daripada datuk nenek mereka. Lalu Rasulullah memberitahu orang Arab Madinah,Islam menggantikan 2 hari raya yang mereka raikan dengan Hari Raya Aidil Adha ( Raya Korban) dan Hari Raya AidilFitri ( Raya Fitrah).

Pada zaman Rasulullah , seorang sahabat datang kepada baginda. Katanya, “Pada tahun ini saya tidak dapat menyambut Aidilfitri kerana saya tidak ada baju baru”, Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat yang lain agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikn kepada lelaki tersebut tadi.

Dalam hadis Riwayat Saad Aus Al – Ansari daripada ayahnya baginda bersabda, “apabila tiba Hari Raya Fitrah berdirilah malaikat dipintu-pintu jalan lalu menyeru pergilah wahai Muslimin mengadap Tuhan yang pemurah yang memberikan kebajikan dan kemudian memberikan pahala yang banyak,demi sesungguhnya kamu telah diperintahkn melakukn Qiamullail maka kamu membuatnyer dan kamu diperintahkan untuk berpuasa pada siangnya maka kamu berpuasa kamu juga mentaati Tuhan maka kamu terimalah balasan kamu ,maka apabila kamu bersembahyang maka akan menyerulah orang yang menyeru : ketahuila bahawa Tuhanmu telah mengampunkan kamu dan pulangla menuju tunggangan kamu dan itu adalah hari menerima balasan dan dinamakan hari itu dilangit sbg Hari Al-Jaizah (Hari mendapat ganjaran) ”.

Sunah Nabi pada Hari Raya:

Sebelum pergi menunaikan solat Aidilftri, baginda mengenakan pakaian yang terbaik , kemudian menjamah tamar dengan bilangan ganjil 3 , 5 atau 7 biji.Berlainan dengan Hari Raya Aidil Adha baginda tidak makan sebelum menunaikan solat sunat AidilAdha.

Baginda berpesan agar menyegerakan pembahagian zakat fitrah,pada AidilFitri. Ketika solat sunat Aidil Adha pula baginda menyuruh segerakan solat supaya umat Islam dapat mempercepatkan urusan korban.

Ibnu Umar kerana bersungguh menghayati sunnah , hanya akan keluar menunaikan solat sunat selepas terbit matahari dan sepanjang perjalanan beliau bertakbir dan bertahmid.

Rasulullah mengerjakan solat sunat sebelum berkhutbah . Dalam solat baginda bertakbir sebanyak 7 kali dan berhenti seketika.Hanya riwayat Ibnu Masu’d sahaja yang menjelaskan bahawa baginda membaca Hamdalah dan berselawat antara takbir 2 itu. Pada rakaat yang kedua , takbir adalah sebanyak 5 kali .Diriwayatkan juga bahawa Ibnu Umar mengangkat kedua-dua tangannya semasa bertakbir.

Pada rakaat pertama, Rasulullah akan membaca Al-Fatihah dan surah Al- Qaf. Pada rakaat kedua membaca Al-Fatihah dengan surah Al-Qamar. Kadang2 baginda membaca surah Al-A’la and Surah Al–Ghasyiah.
Rasulullah tidak mengerjakan solat lain sebelum atau selepas solat sunat hari raya.Dari Ibnu Abbas beliau berkata ,“ Sesungguhnya Nabi menunaikan solat Aid 2 rakaat tanpa disertai solat yang lain sebelumnya mahupun sesudahnya”. (Riwayat Bukhari Muslim)

Antara amalan sunat yang dianjurkan menjelang Hari Raya.

Bertakbir dan bertahmid kepada Allah bermula terbenam matahari malam hari raya sehingga imam mengangkat takbiratul ikhram sembahyang hari raya.

Mandi sunat di pagi hari raya dan mengenakan pakaian baru atau bersih.

Memakai wangi-wangian dan menghilangkan segala bau.
Memohon maaf kepada ibubapa, suami isteri dan ahli keluarga lain.

Makan sedikit sebelum ke masjid dan melalui jalan yang berbeza untuk pergi dan pulang dari masjid.

Solat sunat Hari Raya.

Ziarah menziarahi dan sebagainya.

No comments: