Kejahatan iu bukan satu kebetulan . Ia adalah satu kebiasaan yang terbentuk perlahan-lahan, tahap demi tahap.Pertama kali terbuat dosa hati akan diburu resah . Jiwa resah kerana menentang fitrah . Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang resah.Benarlah seperti yang selalu diungkapkan , apabila manusia berdosa dia bukan sahaja menentang Allah tetapi juga menentang dirinya sendiri..
Namun rasa berdosa itu tidak lama . Jika dosa yang sama dibuat kali kedua , ketiga dan seterusnya … rasa bersalah itu akan hilang.Sedikit demi sedikit.Lalu akhirnya , hati itu telah biasa dengan dosa. Rasa bersalah tidak muncul lagi. Ia sirna dimamah oleh dosa demi dosa. Jika dulu ada air mata mengalir kerana kekesalan dan penyesalan … tetapi ditahap kedua ini , tiada air mata lagi..Alah biasa tegal biasa. Hati telah tega untuk berdosa.
Dosa itu racun disalut kemanisan.Dosa yang dilazimi tidak terhenti kesannya pada hati . Dari tahap terbiasa dgn dosa , kederhakaan meningkat dgn lebih parah lagi.Tibalah hati pada tahap ketiga,yakni seronok dan indah dengan dosa. Diri sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukannya. Rasa ketagih dengan maksiat , rasa gian dengan kemungkaran, mencengkam hati dan diri. Racun dosa terasa nikmatnya. Tiada lagi rasa bersalah . Bisa dosa yang terbiasa menjadi fartamogana nikmat yang tiada taranya.
Nafsu tidak pernah puas. Kehendaknya tiada batas . Syaitan tidak pernah tidur.Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur di lebuhraya nafsu , diri yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk ‘maju’ setapak lagi.Itulah tahap keempat yang lebih dasyat yang sesat.Keseronokan dosa menjadi si berdosa itu pembela dan pejuangnya.
Dosa dipromosi dan dihiasi sebagai jalan kebenaran dan denai keindahan.Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat…pejuang dosa itu pun bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan kudrat.
Justeru wahai diri , berhati-hatilah dengan dosa Jangan tertipu oleh kecil atau remehnya suatu kederhakaan.Ingat tusukan dosa bukan seperti belati yang membunuh tiba2, tapi ia umpama api dalam sekam yang membara dalam diam.Keterlanjuran kali pertama jangan disusuli dengan oleh kesengajaan kali kedua . Kelak akan menyusul perancangan dan perjuangan atas nama dosa.
Wahai diri…ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kali kau berdosa,ketahuilah itu adalah ‘peringatan’.yang Allah bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani.Itu petanda hatimu msh hidup.Bukankah penyesalan itu satu syarat taubat ? Maka susulilah dengan syarat kedua dan ketiga (jika dosa itu dengan Allah). Jika dosa itu dengan manusia tambahlah lagi dengan syarat yang keempat.Tidak mengapa jika kau terlanjur dosa selepas itu . Bertaubatlah kembali.Hatimu akan hidup lagi.Selagi ada rasa bersalah , selagi itulah ada sarana untuk kembali kepada Allah.Jangan putus asa oleh taubat yang patah kerana kasih sayang Allah akan menumbuhkan taubat kali kedua , ketiga dan seterusnya.
Wahai diri, biarlah dirimu jatuh bangun , merangkak tegak,dalam taubat demi taubat yang ‘tidak’ menjadi berbanding larian dosa yang maju da laju tanpa henti2.Lebih baik terbentur daripada patah.Lebih baik dirimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, dari tertipu dari ‘nikmatnya’ yang menyebabkan seksa selamanya di akhirat.
Wahai diri, ingatlah sekalipun kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan , tapi jangan sampai tertipu dengan nimat kejahatan..Berhati-hatilah menjaga hati..Tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa.. tetapi jangan sampai kau kau tersenyum kerananya!!Ingatlah selalu , kejahatan ynag menyebabkan kau menangis,lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur!
No comments:
Post a Comment