Friday, September 19, 2008

MOHON MAAF BUKAN MINTA MAAF

Perkataan mohon maaf sekarang ini mula pupus amalan dan kebiasaannya penggunaannya dalam masyarakat Melayu. Kebanyakan orang Melayu sekarang ini lebih gemar meggunakan perkataan ‘sorry’ atau mintak maaf sahaja. Seimbas lalu,jika dihitungkan dan dipertimbangkan dengan mudah orang ramai akan menyatakan sama sahaja apabila ucapan ‘sorry’ dan minta maaf digunakan. Jika dikaji dengan teliti dan mendalam perkataan mohon maaf didapati lebih beradab, lebih murni dan ternyata mempunyai perukuran peradaban yang lebih tinggi nilai pengunaaanya.Ahli masyarakat yang tinggi nilai moral yang lebih mementingkan kesopanan dan kesusilaan murni menyatakan bahawa penggunaan perkataan mohon maaf sepatutnya digunakan dalam amalan kehidupan orang-orang Melayu.

Amat penting sekarang ini ibubapa membiasakan anak-anak untuk mengamalkan dan menggunakan perkataan mohon maaf berbanding perkataan sorry atau minta maaf.Perkataan mohon mengandaikan terdapat sesuatu perasaan bersalah dan kesedaran sebenarnya daripada mereka yang mengharapkan kemaafan berbanding dengan perkataan minta yang dirasai sedikit kasar dan bersahaja dan tidak bersungguh-sungguh apabila digunakan.

Dalam hubungan didikan ibubapa dan anak-anak pada zaman moden hari ini,ibubapa tidak membiasakan diri mereka untuk memohon maaf pada anak-anak, ibubapa sering beranggapan perlakuan mohon maaf hanya sesuai dilakukan oleh anak-anak, tidak sesuai dilakukan oleh ibubapa kepada anak-anak ,daripada orang-orang dewasa untuk yg lebih muda umurnya.

Ahli psikologi berpendapat bahawa ibubapa yang tidak membiasakan diri untuk memohon maaf pada anak – anak apabila melakukan kesilapan ,akan membentuk anak-anak yang tidak gemar menggunakan perkataan mohon maaf apabila mereka melakukan kesalahan terutama sekali apabila melakukan sesuatu kesalahan dikalangan keluarga.

Diperturunkan contoh ayat yang boleh digunakan ketika berinteraksi bersama-sama pasangan dan anak-anak apabila berlaku sesuatu keadaan yang tidak menyenangkan dalam hubungan dalam keluarga.

‘Saya mohon maaf,saya tidak sepatutnya bersikap biadap dengan menggunakan perkataan yang kasar tadi.Tolong maafkan saya’.

Penggunaan perkataan sebegini akan membuatkan sikap ego yang anda punyai akan berkurangan, begitu juga dengan sikap individu yang mempunyai hubungan dengan anda.

Amat sukar untuk membentuk dan membiasakan anak-anak untuk menggunakan perkataan mohon maaf jika ibubapa sendiri tidak sering menggunakannya dalam interaksi harian.
Pastikan ibubapa sentiasa mengamalkan perlakuan mohon maaf agar kebiasaan penggunaan perkataan ini dapat akan dapat membantu keluarga harmoni. ‘Saling menyayangi antara satu sama lain’.

Moral of the story, heheh sempena Hari Raya Eid-Fitri yg nk menjelang ni. Jom practice ckp mohon maaf..pada kedua ibubapa kiter .. wakaka.. hope.. kawan2 dpt point2 nyer.. hehhe..

Dipetik dari ( Muslimah Ogos 2008)

1 comment:

Anonymous said...

xnak..
nak cakap." Mak selamat hari raya maaf zahir batin"
hehe