Thursday, September 4, 2008

Buat Renungan Bersama




KEMATIAN YANG INDAH…

Berapa ramai umat manusia yang dipanggil Allah SWT dalam bermacam cara . Ada yang meninggal dalam keadaan tragic seperti kemalangan jaln raya, sakit kronik,dan banyak lagi cara Allah memanggil hamba- hambaNya , tidak terkecuali kita.

Bila masanya kita akan panggil Allah SWT dan bagaimana bentuk kematian kita dan kematian seperti apa yang kita inginkan?Apakah strategi agar kita dipanggil Allah SWT dalam keadaan yang indah?

Selain dari mengetahui dan memahami hal diatas perlu juga menggunakan strategi lain seperti:

Berlumba melakukan amal soleh .Jangan menangguh niat berbuat baik.Dalam satu hadis ada menyebut,’Apabila kamu mempunyai niat untuk berbuat baik di pagi hari maka jangan kamu tunda untuk dilakukan pada petang hari,dan apabila kamu mempunyai niat pada petang hari jangan kamu tunda esok hari.
Luangkan banyak masa dengan beribadah.
Jangan terlena dengan keindahan dan kemegahan dunia, hingga lupa tujuan penciptaan manusia ,lupa kepada Pencipta hari akhir dan lupa kepada hari yang dijanjikan iaitu hari kematian dan hari kebangkitan.
Mempunyai jiwa yang khusyuk,
Berda bersungguh – sungguh supaya mati dalam keadaan Husnul Khatimah.


Dipetik dari Majalah Muslimah Edisi ogos..(Rejab & Syaaban)

No comments: