Sunday, September 28, 2008

RAYA MASA UNTUK MUHASABAH


Hari Raya itu sebenarnya adalah bagi memperlihatkan tanda kesyukuran kita terhadap Allah s.w.t dalam 3 perkara iaitu menggunakan nikmat yang diberikan pada perkar2 ketaatan, menjauhkan diri dari kemungkaran dan untuk diumumkan atau dikongsi bersama orang lain.

Umat Islam harus sedar bahawa antara nikmat yang Allah berikan kepada mereka Hari Raya iaitu selepas berpuasa dan Hari Raya Korban. Hari Raya diberikan kepada kita adalah sebagai tanda kesyukuran pada Nya atas kejayaan kita menhadapi ujian hidup.

Orang yang menyambut Hari Raya ada 3 jenis orang:-

Seolah-olah tiada apa yang menggembirakan
Golongan ini tidak faham maksud hari raya. Mereka menganggap Aidilfitri sama dengan hari2 biasa dan tiada istimewanya dan tidak perlu diraikan..

Raikan secara sederhana
Golongan ini tahu apa makna raya. Mereka akan menyambutnya dengan penuh gembira dan kesyukuran tetapi secara ala-kadar.Namun tetap meraikan sebagai tanda kesyukuran terhadap nikmat yang Allah swt anugerahkan.

Terlalu ekstrem hingga membazir dan ada unsur maksiat.
Orang jenis ini menyifatkan hari raya adalah hari yang bebas dari puasa.Hari itu mereka gunakan untuk makan sepuas-puasnya , membeli pakaian baru yang melampau, bergaul tanpa batasan dan sebagainya.

Ustaz Zahazan berkata,umat Islam harus jadikan hari raya sebagai hari memperingati Allah swt , menjauhkan diri dari maksiat dan tingkatkan iltizam.Selain itu, hari raya juga perlu digunakan untuk mengekspresikan diri , bersyukur dan mengeratkan silaturrahim.

Sekiranya konsep hari raya itu benar2 difahami, mereka akan menganggap hari raya sama seperti hari biasa bukan hari untuk melakukan pembaziran dan kemaksiatan.

Apa yang berlaku hari ini terutama yang melibatkan ekonomi umat Islam perlu lihat hari raya ini sebagai mempersiapkan diri untuk berazam dan menanam tekad baru agar hari yang mendatang lebih baik.

Raya adalah masanya untuk membuat penilaian diri terhadap amalan2 sepanjang tempoh berpuasa. Kita perlu menilai samaada kita benar2 melakukan yang terbaik dan lebih baik dari sebelumnya.

Pada malam raya, kita seharusnya melakukan i’tikaf di masjid dengan melakukan muhasabah Ramadhan yang kita lalui.Buat senarai amalan yang kita lakukan dan buat penilaian adakah apa yang kita lakukan sepanjang Ramadhan sudah mencukupi atau terdapat banyak kekurangannya dan sekiranya ya,tingkatkan azam untuk melakukan yang lebih baik pada masa hadapan.

Ustaz zahazan memetik ulama’ Muhammad Abduh yang mengatakan Ramadhan adalah masa untuk muhasabah mengenai sembahyang yang sempurna, selesaikan puasa,bacaan Al-Quran , adakah ia beres atau tidak , sedekah atau tidak atau tidak kerna bulan Ramadhan adalah masa untuk belas kasihan dan meraikan keluarga, jiran dan orang yang susah.

Menurut beliau lagi , Islam agama yang fleksible . Islam tidak melarang memakai pakaian cantik dan baru serta menziarahi ketika hari raya tetapi kita perlu melihat keutamaan dengan memastikan setiap amalan kita telah diselesaikan belum..

Boleh pakai baju raya sebagai tanda gembira dan meraikan hari kebesaran itu tapi jangan melampau dan untuk menunjuk-nunjuk . Sebelum itu kita perlu nilai amalan2 kita sepanjang Ramadhan . Ingatlah jangan berbelanja secara melampau agar wang yang ada boleh digunakan untuk perkara lain terutama dari segi pendidikan ank2. Ulama’ juga menasihatkan umat Islam agar menjadi org yg realistic dan kotemporari..

Jadikan Ramadhan ini untuk menuntut ilmu ke masjid , membaca Al-Quran dan perlu ada matlamat seperti berjaya membaca Al-Quran sebanyak 10 juzu’ lengkap dengan terjemahannya dan sebagainya.

Dalam keadaan semasa hari ini memerlukan kita lebih berjimat - cermat dalam berbelanja , kita menyedari Syawa kali ini tidak sama dgn thn lalu.Kena tanamkan daam fikiran kita bahawa hari raya bukan hari tok menunjuk-nunjuk..

Untuk itu, kita dinasihatkan bergaul dengan orang yang baik,jauhkan daripada yang negatif dan boeh merosakkan diri kita . Semua harus buat perubahan sekiranya kita sedar perbuatan itu melalaikan dan harus berhadapan dengan segala masalah untuk membuat keputusan.

Cara untuk meakukan perubahan ini adalah kita harus mendampingi orang2 yang berilmu .Mereka harus menjadi mursyid iaitu menjadi pemimpin yang memimpin orang lain.

Tambah beliau lagi, Kaum wanita hari ini perlu pergi ke masjid untuk mengubah diri dan menambah ilmu dan dalam masa yang sama muhasabah diri sebelum bercampur dengan orang lain.

Waktu yang paling baik untuk muhasabah diri adaah waktu subuh . Penghayatan yang berkualiti berlaku apabila kita jauh dari manusia.dan setiap perbuatan dan amalan harusla dilakukan dengan penuh ikhlas.
Selain itu banyakkan berdoa dan yakinlah doa itu adaah perisai yang paling baik. Akhir sekali nasihat Ustaz Zahazan berbelanjalah mengikut peruntukkan kewangan yang ada dan jangan merancang membeli sesuatu apabila tiada duit dalam tangan. Jangan sesekali teribat dengan riba kerana akan membuatkan hati kita susah , stress , rezeki tidak terbuka dan yang paing penting ukurlah baju pada badan sendiri……….

No comments: