Friday, September 12, 2008

ERTI SEBUAH TANGISAN

Menurut Ibnu Qayyim, terdapat 10 jenis tangisan iaitu:-

-Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
-Menangis kerana rasa takut
-Menangis kerana cinta
-Menangis kerana gembira
-Menangis kerana menghadapi penderitaan
-Menangis kerana terlalu sedih
-Menangis kerana terasa hina dan lemah
-Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
-Menangis kerana terikut orang menangis
-Menangis orang Munafik – pura-pura menangis

“..dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis”.(An-Najm:43)

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis , serta menyebabkan tercetusnya tangisan itu.Banyak air mata telah mengalir didunia ini.Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering berlaku setiap hari tanpa putus-putus .Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti.

Tangis tercela atau terpuji?

Ada tangis yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul –mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan yang menginsafi dosa lalu atau tangis kerana takutkan azab Allah.

Tangisan memadamkan api Neraka.

“Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah mengharamkan tubuhnya dari api neraka.Dan apabila air matanya mengalir ke pipi , maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada satu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati.Tidakla ada sesuatu pun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata dapat memadamkan lautan api neraka”.

Air mata taubat Nabi Adam a.s yang menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana rasa takut terhadap dosa yang telah dilakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir dijurang Serandip. Dari air mata itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata Adam lalu berkata, ‘Manis sungguh air ini’. Nabi Adam terdengar lalu menyangka yang burung itu mempersendakannya lalu lagi kuat dia menangis.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan , “Hai Adam sesungguhnya belum pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubatmu!”.

Air mata yang tidak dituntut.

Jangan menangis jika tidak tercapai cita-cita. Jangan menangis ketika menonton filem yang cuma lakonan.Jangan menangis kerana cinta tidak berbalas kerana mungkin dia bukan jodoh kita.Jangan menangis jika gagal mendapat pekerjaan mungkin kerana kita kurang persediaan.Jangan menangis jika wang kita hilang di jalanan mungkin kita kurang bersedekah dan beramal.Jangan menangis jika tidak dinaikkan pangkat kerana yakinlah rezeki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu, simpanlah air mata sebagai bekalan menginsafi di atas segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan semoga ia dapat melebur dosa-dosa kita.

Rasulullah bersabda yang bermaksud, “ Ada dua jenis mata yang tidak tersentuh api neraka iaitu mata yang menangis di waktu malam kerana takut kepada Allah s.w.t dan mata yang menjaga pasukan fi sabilillah di waktu malam”.

Berkata Salman Al Farisi r.a , “Aku menangis kerana 3 perkara” :
-Berpisah dengan Rasulullah s.a.w dan para sahabat
-Ketakutan orang yang perkasa tatkala melihat malaikat Izrail datang

mencabut nyawanya.
-Aku tidak tahu sama ada aku kan diperintahkan ke syurga dan neraka

Air mata tanda rahmat Tuhan

Rasulullah s.a.w bersabda : “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara”:

-Apabila dahinya berpeluh
-Air matanya berlinang
-Hidungnya keluar air seperti air hingus

Perkara tersebut menandakan rahmat Allah s.w.t untuk si mayat (riwayat dari Salman Al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara:
“Wajahmu dengan linangan air keinsafan, lidahmu basah dengan zikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Tuhanmu, dan dosa-dosa silam disulami dengan taubat Yang Memilikimu.


Pengajaran yang saya dapat dari artikel ini:


Menangis biarla berpada-pada..
Susah nk rungkaikan perasaan yang ada sebab byk sgt buat salah kot...
Hmm hari ni mood tara baik.. ader raser bersalah ader raser mcm x patut jer ada perasaan tu.. huhu.. Just want to share with my fwenz..Yang mengenali diriku phmla.. aper yg cuber ku sampaikan saper yang agak2 blur tu buat2 paham jerla..

Hari ni, saya x der bender nk bebel lebih baik diamkan diri hehe cause kes saya ni agak parah hehe.. Doktor pun x leh tolong.. teman sejati sj yang menemaniku buat ms ni.. Must Be Strong!!!!! X hidupla kalo Cik Anggerik Rimba moody heheh.. mohon maafla teman dan taulan.. angin kutub utara kutub selatan tak baper baik..ni maafkan Cik Anngerik….Mohon maaf atas segala salah silap saya…Harap dimaafkan…sempena bulan baik nikan saya ingin megucaplan Maaf Zahir Batin pada kawan2 semua..

Ya Allah, tabahkan hati hambamu ini..

(Artikel dipetik dari Muslimah September..)

1 comment:

Anonymous said...

Jangan bazirkan air mata kerana keresahan dunia, tapi limpahkan air mata kerana banyaknya dosa kita... semoga allah melihat rintihan hamba-Nya